Jika dahulu, ramai akan merasa gentar sekiranya mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu yang mewajibkan mereka untuk kuarantin di rumah atau di pusat pengawasan Covid-19 (CAC).
Terbaru, ada satu lagi warna gelang terbaru yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Gelang berwarna hitam berbelang ini dikhususkan untuk golongan antivaksin yang disekat oleh pihak kerajaan daripada bergerak bebas. Ini demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan orang ramai setelah negara melebihi kadar vaksinasi dewasa 90%.
Selain itu, secara tidak langsung, masyarakat akan sedar akan keberadaan golongan antivaksin di kawasan awam lalu menjauhi mereka.
Tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, gelang hitam berbelang adalah satu bentuk amaran kepada golongan antivaksin yang bukan saja memilih untuk tidak mahu divaksin. Malah ada dalam kalangan mereka yang menyebarkan berita palsu secara lantang di media sosial berkenaan proses vaksinasi lalu mempengaruhi kejiranan, ahli keluarga dan rakan lain.
Dengan adanya gelang ini, mereka tidak lagi boleh bergerak bebas seperti memasuki premis, dikenakan larangan dine-in dan larangan rentas negeri. Malah, KJ juga berkata ia akan. “menyusahkan hidup golongan antivaksin.” Fuh..
Dalam pada itu, ada yang mengesyorkan sekiranya aplikasi MySejahtera menyediakan label baharu seperti ‘Tidak Mahu Divaksin’ dan ‘Dikecualikan Vaksin’ bagi membezakan golongan antivaksin dan mereka yang tidak divaksin kerana masalah kesihatan.
Sumber : (1)
Siapa Insta Famous Pernah Rasa Nak Bunuh Diri Kerana Dapat “Like” Kurang Dari Pengikutnya…
Menerima pujian adalah satu penghargaan. Ia salah satu bentuk kegembiraan kepada si penerimanya. Jika ramai suka menerima kata-kata pujian mungkin mendengar kata-kata negetif adalah sesuatu yang sukar diterima.
Di media sosial, kita kerap membaca, melihat dan mendengar para insta famous dan orang-orang ternama yang akan selalu tampil cantik demi sebuah pujian. Namun kisah di sebalik pujian ini mungkin tidak ramai yang tahu.
Kenalan kepada seorang instafamous yang lebih dikenali sebagai Hawa Wong di laman facebooknya telah menulis di entrinya Jumaat lalu mengenai nasib kawan baiknya ini. Ada sesuatu yang harus kita pelajari dari tulisannya. Mendapat banyak like dan pujian mungkin tidak sebanyak hutangnya di bank. Rakannya ini sanggup berbelanja besar semata-mata mahukan “like” dari pengikutnya.
Seharusnya kita belajar menerima ada kekurangan dan kelebihan diri dan jangan kerana terlalu mahu mendapat pujian, diri sendiri yang merana.
Baca catatan Hawa Wong di facebooknya Jumaat lalu…
Tazkirah Jumaat.
Semalam ada kawan lama telefon ajak jumpa. Hal penting katanya. Biasa kalau kawan lama nak jumpa ini ada dua kategori je, pinjam duit atau ajak join mlm. Hawa pesan awal-awal, kalau sebab dua benda ni Hawa taknak. Dia jawab, tak. Dia depresi katanya.
Jadinya terpaksa Hawa kerja separuh hari demi nak melayan si dia ni. Cerita ini sangat serius bagi Hawa. Kawan Hawa ni merupakan salah seorang yang popular di socmed. Dia popular di laman instagram dan twitter dek kerana mempunyai wajah yang cantik dan perwatakan menarik.
Dia kata dia mengalami tanda-tanda depresi yang agak teruk. Tidak boleh tidur malam. Cepat marah. Sedih tiba-tiba. Tidak fokus dalam melakukan sesuatu.
Bila menjadi orang yang popular, kehidupannya menjadi tidak menentu. Dia menghidap penyakit narsis yang perlu selfie setiap hari untuk muat naik gambarnya dia socmed.
Dia harus pastikan setiap gambarnya sempurna kerana dia perlu meraih like yang banyak. Sampaikan gajinya habis dek kerana sentiasa beli baju baru, kasut baru dan beg tangan baru. Nasibnya agak baik kerana dia ada mata pencarian tambahan dengan “paid review” di laman instagram.
Tapi lama kelamaan dia merasakan ini bukan dirinya lagi. Dia perlu berlakon menjadi orang lain. Dia perlu bersaing dengan insta famous yang lain walaupun mereka yang popular di laman instagram ini berkawan antara satu sama lain.
Bila ada kawannya beli bag tangan baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya yang beli baju baru, dia juga perlu beli baju baru. Bila ada kawannya beli alat solek baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya beli kasut baru, dia juga perlu kasut baru.
Barangan yang mereka beli dan pakai haruslah barang yang berjenama. Baru ada class katanya. Dia juga jenuh google quote menarik setiap hari agar sesuai dengan gambar yang dia muat naik pada laman instagramnya.
Selepas muat naik gambar atau update twitter, dia akan cek siapa yang like gambarnya dan retweet tweet dia. Walaupun beribu yang like dia sanggup cek satu persatu. Sanggup baca komen-komen pengikutnya. Sesiapa yang beri komen negatif dia akan block pengikutnya.
Bila ada kawan-kawan tak like gambar dia, dia akan mula mempersoalkan perkara itu pada dirinya sendiri. Kenapa ek dia tak like gambar aku? Kenapa ek dia tak komen gambar aku? Dia cemburu lah tu.
Hari hujung minggu yang sepatutnya dia penuhkan dengan keluarga, dia batalkan dan akan pergi ke kafe atau restoran mewah. Sebelum makan, ambil gambar dulu dan muat naik pada socmed. Setiap kali ada cuti panjang dia akan pergi bercuti ke luar negara walaupun jarak dekat semata-mata untuk muat naik gambar dalam kapal terbang. Pernah satu ketika dia buat loan bank hanya semata-mata mahu menaiki penerbangan kelas pertama ke luar negara.
Apabila melihat ada kawan lain yang muat naik gambar dengan baju/bag/kasut atau kereta baru dia akan mula rasa tertekan dan rasa tercabar. Dia mahu menjadi lebih dari mereka. Kalau dia tak mampu untuk menandingi kawannya, dia akan terpuruk di dalam bilik mengira baki wang yang ada dan akan usaha sedaya upaya untuk ada apa yang kawannya ada.
Bila pulang ke rumah selepas bekerja, masa dia hanya pada socmed sahaja. Dia tidak lagi mempedulikan ahli keluarganya yang lain. Tidurnya tidak pernah cukup kerana socmed. Begitulah hidup dia sehari-hari.
Sekarang, wang simpanan telah habis dipakai. Hanya mengharapkan gaji bulanan dan imbuhan dari paid review yang dia lakukan. Malangnya, pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk membayar hutang-hutang dia pada bank.
Sampai satu ketika dia merasa diri dia tidak berguna lagi kerana menjadi hamba socmed. Pernah terniat untuk bunuh diri supaya dia tidak lagi perlu berlawan dengan insta popular yang lain.
Ada juga kawannya yang mengalami masalah yang sama. Sehinggakan sanggup menjual maruah demi wang asalkan dapat tunjuk di socmed yang kehidupan mereka begitu mewah dan bahagia. Dia juga hampir-hampir melakukan perkara yang sama tapi mujur imannya masih ada.
Selepas tekun mendengar segala cerita dia, Hawa sarankan dia jumpa doktor supaya tidak melarat. Hawa hanya mampu mendengar sahaja. Hawa tak boleh buat apa-apa.
Hawa sempat berkata, mungkin kau kurang mensyukuri nikmat Tuhan. Betapa ramai manusia yang hidupnya susah. Kais pagi, pagi pun tak mampu dapatkan makanan. Cuma Hawa tidak mahu berlebih-lebih dalam menasihati dia kerana Hawa faham depresi itu tiada wajah. Boleh jadi dia gembira di pagi hari tapi di malam hari dia menangis hingga keesokkan paginya.
Kesimpulannya, kurangkanlah masa dengan socmed. Jadi manusia yang bijak dalam mengatur masa. Hawa hanya buka socmed sekali sehari atau Hawa peruntukkan satu jam sehari tapi boleh buka socmed banyak kali.
Kehidupan sebenar tanpa socmed itu lebih indah. Tanya pada diri sendiri apa yang kita mahu sampaikan pada socmed masing-masing. Mahu berkongsi kehidupan sendiri atau sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk kehidupan sendiri? Mahu membaca berita, menjadi penyampai berita atau mereka-reka berita? Mahu bersilaturrahim atau mencipta musuh? Mahu berkongsi ilmu atau menunjuk ilmu? Mahu mengejar populariti atau mahu bersederhana? Mahu menjadi pemarah atau pemurah?
Semuanya berbalik pada diri sendiri. Tidak salah mahu berkongsi. Tidak salah mahu belajar. Tidak salah mahu mengajar. Tidak salah mahu menyampaikan. Yang salah bila kau menjadi hamba pada socmed hingga kau lupa tanggungjawab kau sebagai manusia.
Mohon maaf, tiada niat untuk menyinggung sesiapa. Sekadar berkongsi kisah yang harus kita ambil teladan dan pelajaran darinya.
Meninggal Dunia Di Usia 30 Tahun, Ini 8 Filem Popular Aktor Jepun Haruma Miura
Selamat jalan Eren Jaeger, rest in love!
Berita kematian pelakon dan penyanyi terkenal Jepun, Haruma Miura mengejutkan seluruh dunia.
Aktor berusia 30 tahun ini ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada sebentar tadi. Kepergian Miura untuk selamanya ini membuatkan para peminatnya diseluruh dunia meluahkan rasa sedih di socmed.
Menurut laporan, dia ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya dipercayai membunuh diri sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Miura memulakan kerjaya lakonan ketika kanak-kanak dan sangat terkenal menerusi filem Kimi ni Todoke pada 2010. Dia turut membintangi Attack on Titan pada 2015.
Dia turut popular membintangi pelbagai drama TV termasuk Bloody Monday, Last Cinderella dan Gokusen. Filem lainnya termasuk Koizora dan Eien no Zero.
Dia juga pernah membuat kemunculan di beberapa pementasan muzikal antaranya adaptasi Broadway berjudul Kinky Boots di mana dia memainkan peranan sebagai ‘drag queen’.
Mengenang kepergian crush zaman sekolah penulis ini, berikut beberapa filem terbaik yang pernah dibintangi oleh Miura dan mencuri perhatian dunia.
1. Catch A Wave
2. Koizora
3. Kimi ni Todoke
4. Tokyo Park
5. Attack on Titan The Movie
6. Bloody Monday
7. Five Minutes To Tomorrow
8. Little Nights, Little Love
Selamat jalan untuk Miura, terima kasih untuk semua karya terbaik yang pernah dipersembahkan. Rest in love!
Usop Mula Berani Upload Foto Girlfriend, Amboi Cantik Betul!
Kalau korang masih ingat momen selepas episod finale Big Stage musim 3 melabuhkan tirainya kira-kira sebulan lepas, naib juara pertandingan tersebut iaitu Usop pernah memberikan hint mengenai dirinya yang sudah berpunya.
Tanpa mengemukakan nama buah hatinya kepada pengacara Big Stage Live Plus iaitu Radin ERA dan Isha Norisham, Usop bagaimanapun berkata dia akan memperkenalkan siapakah gerangan orangnya itu tak lama lagi.
Kini, Usop nampaknya sudah bersedia untuk memuat naik foto teman wanitanya sekaligus berkongsi kepada para peminatnya.
Ia berlaku semasa sambutan mengejut ulang tahun kelahirannya yang ke 23 pada 25 Oktober lalu. Dalam foto yang baru dimuat naik olehnya 2 hari lalu, gadis yang dilaporkan bernama Nur Fatehah itu bukanlah seorang daripada industri seni. Malah, Usop juga sedang memberikan gambaran kepada kekasihnya mengenai selok-belok industri seni.
“Dia baru lagi, dia pun takut nak masuk dalam bidang saya.”
Bagaimanapun, Usop tidak kisah sekiranya gadis yang mesra dipanggil dengan gelaran Teha itu mula memuat naik foto atau video mereka bersama.
Kata Usop kepada rakan media di Gempak, “Saya okay saja bila Teha pun (mula) berkongsi momen-momen bersama saya di media sosial sebab saya tak pernah dapat kejutan macam itu daripada orang yang saya sayang. Saya rasa sangat dihargai.
“Selalunya, kalau saya kata okay, barulah dia akan post gambar kami. Saya (pun) nak repost foto tersebut di Instagram sebab saya nak jadikan momen itu sebagai kenangan,” akui pemilik nama Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor itu.
Mengenai sama ada Usop juga mempunyai perancangan untuk berkahwin tak lama lagi, ujarnya dia sudahpun bertemu keluarga Teha dan keluarga mereka berdua juga saling mengenali.
Yayy Usop, so happy for you!