Warna Gelang Baru Oleh KKM, Hitam Berbelang ‘Special’ Untuk Golongan Antivaksin?

Share

 

Jika dahulu, ramai akan merasa gentar sekiranya mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu yang mewajibkan mereka untuk kuarantin di rumah atau di pusat pengawasan Covid-19 (CAC).

Terbaru, ada satu lagi warna gelang terbaru yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Gelang berwarna hitam berbelang ini dikhususkan untuk golongan antivaksin yang disekat oleh pihak kerajaan daripada bergerak bebas. Ini demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan orang ramai  setelah negara melebihi kadar vaksinasi dewasa 90%.

Selain itu, secara tidak langsung, masyarakat akan sedar akan keberadaan golongan antivaksin di kawasan awam lalu menjauhi mereka.

Adakah rupa gelang hitam berbelang itu kelihatan seperti ini? Sumber Foto Hiasan : Support Store

Tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, gelang hitam berbelang adalah satu bentuk amaran kepada golongan antivaksin yang bukan saja memilih untuk tidak mahu divaksin. Malah ada dalam kalangan mereka yang menyebarkan berita palsu secara lantang di media sosial berkenaan proses vaksinasi lalu mempengaruhi kejiranan, ahli keluarga dan rakan lain.

Dengan adanya gelang ini, mereka tidak lagi boleh bergerak bebas seperti memasuki premis, dikenakan larangan dine-in dan larangan rentas negeri. Malah, KJ juga berkata ia akan. “menyusahkan hidup golongan antivaksin.” Fuh

..

Dalam pada itu, ada yang mengesyorkan sekiranya aplikasi MySejahtera menyediakan label baharu seperti ‘Tidak Mahu Divaksin’ dan ‘Dikecualikan Vaksin’ bagi membezakan golongan antivaksin dan mereka yang tidak divaksin kerana masalah kesihatan.

Sumber : (1)

 

Published by
FZ