Bagi yang memang mengikuti perkembangan beauty pageant, pasti korang tak sabar nak tunggu Miss International Pageant 2019 yang bakal berlangsung pada November ini.
Negara kita tidak ketinggalan untuk menghantar wakil dan sudah tentu peserta yang dipilih bakal memberi saingan hebat kepada calon-calon di seluruh dunia.
Memperkenalkan wakil dari Malaysia, Charmaine Chew yang berusia 22 tahun merupakan seorang pelajar dalam bidang Public Relations dan juga hos serta model.
Anak jati Kedah yang berketinggian 173 cm ini akan mewakili negara ke Miss International di Jepun, November nanti.
Rata-rata masyarakat memuji kecantikan gadis ini dan ramai yang teringin nak dengar macam mana agaknya gadis cantik ini bercakap dalam loghat Kedah. Hiks!
Ads
Ads
Ads
Dalam video Instagram yang dimuat naik oleh pageMalaysian Beauty Pageant FC, Charmaine mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan melalui DM yang diterimanya.
Siapa kata anak perempuan tak mampu menempah kejayaan di lapangan yang lasak.
Apatah lagi dalam bidang ketenteraan udara! Tahniah REMAJA ucapkan kepada semua graduan dan wanita berbangsa India pertama yang bergelar juruterbang TUDM.
Diiktiraf sebagai Juruterbang Wanita Berbangsa India Pertama, bukan saja menjadi kebanggaan kepada Lt Lohappriya, malah turut dijadikan lambang kejayaan Pasukan Udara Diraja Malaysia (TUDM) melahirkan juruterbang serba boleh.
Menerusi Facebook TUDM, semalam telah berlangsung satu Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan Bagi Kursus Asas Penerbangan Siri 81/18 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 60/18.
MAJLIS PENYAMPAIAN SAYAP PENERBANGAN KURSUS ASAS PENERBANGAN SIRI 81/18 DAN KURSUS ASAS PENERBANGAN HELIKOPTER SIRI…
Yang menariknya dari semua penerima sayap penerbangan, beberapa orang darinya merupakan anggota wanita TUDM antaranya Lt Lohappriya Manisegaran
Bukan sahaja membanggakan kaum wanita malahan lebih menariknya apabila dikhabarkan, Lt Lohappriya adalah wanita berbangsa India pertama yang bergelar juruterbang TUDM.
Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Parthiban Al Muniandy
.
Majlis penyampaian Sayap Penerbangan Lt Lohappriya dan pelatih lainnya telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, Alor Setar.
Laman Facebook TUDM turut berkongsi foto-foto dan majlis sewaktu majlis tersebut dijalankan.
Rata-rata warganet turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada juruterbang wanita berbangsa India pertama negara itu yang mana menurut mereka pastinya akan memberikan inspirasi kepada semua wanita diluar sana.
REMAJA turut sama berbangga dengan kejayaan Lt Lohappriya dan rakan-rakan ini. Best of luck on your future!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di saat umat Islam menantikan sambutan hari raya korban atau disebut Hari Raya Haji yang akan disambut esok, semalam negara diuji dengan berita sedih apabila berlakunya tiupan angin kencang yang melanda negeri-negeri di utara tanahair.
Dalam kejadian semalam, Taufan Lekima yang membadai timur negara China turut membawa tempias ke negara-negara berdekatan seperti Thailand dan Malaysia apabila ekor taufan berkenaan menghempas negeri-negeri di Utara malam tadi.
Memetik laporan berita Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian ribut di beberapa negeri utara tanah air disebabkan ekor Taufan Lekima yang membadai timur negara China.
Ketua Pengarahnya Jailan Simon, ketika dihubungi Astro AWANI, berkata garis badai itu berlaku akibat tumpuan angin di selatan Thailand yang turut menerima kesan sama.
“Apa yang berlaku sebenarnya adalah kita panggil garis badai adalah garisan ribut petir akibat tumpuan angin barat daya dan barat laut di tengah laut berpunca ribut tropika berlaku di timur China.
“Di selatan Thailand berlaku tumpuan angin menyebabkan garis badai ini. Ia bergerak daripada barat laut ke arah tenggara dan mengenai beberapa kawasan di Kedah dan Langkawi.
“Kelajuan yang dicatatkan setakat ini 28 meter per saat bersamaan 100.8 kilometer sejam. Bagaimanapun gelombang kedua bergantung kepada kedudukan taufan. Ketika ini MetMalaysia tidak menjangka gelombang kedua kerana kebiasaannya ia berlaku sekali sahaja,” jelasnya.
Kejadian kira kira jam 8 malam Jumaat itu membadai beberapa kawasan antaranya di Langkawi, Alor Setar Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Ekoran kejadian tidak terduga ini, seorang wanita maut apabila motosikal yang ditungganginya terkena sekeping zink besi yang diterbangkan ribut di depan Masjid Sharifah Fatimah, Batu 13, Jitra, malam tadi.
Mangsa, Marziah Che Omar,27, yang menunggang bersendirian terjatuh selepas terkena zink besi terbabit sebelum digilis sebuah kereta yang berada di bahagian belakang motosikalnya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata kejadian berlaku ketika angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan terbabit.
Katanya, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 62 tahun itu sedang dalam perjalanan dari arah Batu 13 menghala ke bulatan Jitra.
“Angin yang kuat menerbangkan sekeping zink besi yang terkena mangsa dan menyebabkan mangsa jatuh. Zink yang sama kemudiannya mengenai dan menutup cermin depan kereta yang berada di belakang motosikal mangsa. Ia menyebabkan pemandu tidak nampak apa-apa lalu tergilis mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pemandu yang tidak cedera kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Jitra.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. (Sumber : Sinar Harian)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah pun diumumkan dan rata-rata ibu bapa tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan kejayaan anak mereka.
Ustaz Kazim Elias turut meluahkan rasa syukur dan berkongsi berita gembira bahawa anak kelimanya menerima keputusan cemerlang 9A dalam SPM. Ustaz telah memuat naik salinan keputusan SPM yang memaparkan keputusan A bagi sembilan subjek yang diambil.
Anak ustaz Kazim mendapat empat subjek A+ bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik. Subjek lain yang diambil termasuklah Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
Di dalam kapsyen yang telah dibuat, ustaz juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang mengajar anaknya dan rata-rata warganet juga turut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diperoleh anak ustaz selebriti ini.
Dilaporkan daripada sejumlah 407,097 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, seramai 9,696 orang calon atau 2.54 peratus telah memperoleh keputusan semua A.
Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2021. Walau apa pun keputusan yang korang perolehi, jangan patah semangat kerana perjalanan di luar sana masih lagi luas dan banyak lagi pengalaman dan ilmu yang korang boleh timba.
Semoga calon-calon SPM 2022 bertambah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam mendapat keputusan cemerlang SPM.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...