Bagi yang memang mengikuti perkembangan beauty pageant, pasti korang tak sabar nak tunggu Miss International Pageant 2019 yang bakal berlangsung pada November ini.
Negara kita tidak ketinggalan untuk menghantar wakil dan sudah tentu peserta yang dipilih bakal memberi saingan hebat kepada calon-calon di seluruh dunia.
Memperkenalkan wakil dari Malaysia, Charmaine Chew yang berusia 22 tahun merupakan seorang pelajar dalam bidang Public Relations dan juga hos serta model.
Anak jati Kedah yang berketinggian 173 cm ini akan mewakili negara ke Miss International di Jepun, November nanti.
Rata-rata masyarakat memuji kecantikan gadis ini dan ramai yang teringin nak dengar macam mana agaknya gadis cantik ini bercakap dalam loghat Kedah. Hiks!
Dalam video Instagram yang dimuat naik oleh page
Malaysian Beauty Pageant FC, Charmaine mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan melalui DM yang diterimanya.Berharap dapat memberikan yang terbaik dalam pertandingan itu nanti, sama-samalah kita berikan sokongan buat anak Malaysia ini.
Good luck
Charmaine, make us proud!