“Ada Yang Kekal.. Selamanya. Itulah Big Bang.” Luahan Pertama Daesung Lepas Tinggalkan YG Entertainment

Share

Tidak dinafikan, hujung tahun 2022 telah bertukar dramatik buat YG Entertainment setelah satu persatu artis kelolaannya meninggalkan agensi K-pop terkenal itu.

Pada 27 Disember 2022, anggota Big Bang Daesung secara rasminya telah meninggalkan YG Entertainment. Hanya pada 2 Januari semalam, penyanyi itu mengeluarkan kenyataan rasmi pertamanya.

Daesung.

Menerusi satu hantaran video di saluran YouTube, dia membacakan catatan di dalam sebuah buku lakaran yang ditujukan kepada syarikat berkenaan dan para peminatnya.

“Terima kasih, ‘Y’ou were ‘G’ood. Terima kasih. Saya benar-benar terhutang budi kerana anda menjaga saya selama ini dan membantu saya menjadi seorang dewasa seperti hari ini. Dengan perasaan syukur dalam diri ini, saya akan memulakan perjalanan baharu.”

“Tipulah jika saya katakan saya tidak takut.”

“Namun, secemas mana pun saya untuk mengambil langkah baharu ini, saya percaya ia akan membuahkan hasil,” catatnya.

Tangkap layar YouTube D’splay.
Tangkap layar YouTube D’splay.

“Tahun 2023 kini di hadapan kita. Tanpa mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan, saya mengambil langkah ke hadapan dengan hati yang kental dan keazaman yang tinggi.

“Walaupun saya masih belum berpengalaman dan lemah dari banyak aspek, saya berharap anda akan terus menyokong perjalanan saya ini. Terima kasih. Selamat tahun baru, semua.

“Seseorang pernah berkata, tiada apa yang kekal. Tidak. Ada perkara yang kekal.. selamanya. Ia adalah Big Bang,” akhirinya.

Terlebih dahulu, rakan seangkatan Daesung iaitu T.O.P (Big Bang) meninggalkan YG Entertainment seawal Februari 2022.

Langkah itu diikuti oleh Taeyang (Big Bang) berpindah dari YG Entertainment ke THE BLACK LABEL iaitu sebuah syarikat cabang di bawah YG Entertainment. Manakala kontrak bekas ahli Big Bang, Seungri pula terlerai susulan kes mahkamah membabitkannya.

(Dari atas): T.O.P dan Taeyang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengapa T.O.P Tinggalkan YG Entertaiment Pada Hari Sama BIGBANG Umum ‘Comeback’? – REMAJA

BACA LAGI: Seungri Big Bang Terima Hukuman Penjara 1 Tahun 6 Bulan Atas Kesalahan 9 Jenayah – REMAJA

Kini, hanya ketua Big Bang iaitu G-Dragon sahaja yang masih terikat dengan YG Entertainment.

BACA LAGI: G-Dragon Beli Rumah Termahal Di Korea Selatan, Bayar Secara Tunai – REMAJA

Selain tiga anggota Big Bang yang meninggalkan YG Entertainment, artis lain yang turut melakukan perkara sama sepanjang tahun 2022 ialah Bang Yedam (TREASURE), Mashiho (TREASURE) dan kumpulan iKON.

(Dari atas, kiri): Bang Yedam (TREASURE), Mashiho (TREASURE) dan kumpulan iKON.

BACA LAGI: Stor Merchandise YG Entertainment Ini Lokasi Wajib Baharu Jika Ke Seoul – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ