“Adakah Aku Setanding Mereka?” – Selepas Neelofa & Siti Nurhaliza, Kini Mira Filzah Pula Mengikut Jejak

Share

Hebatnya rezeki Mira Filzah…

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman bukanlah nama asing dalam dunia hiburan tempatan. Memulakan langkah dalam dunia seni sejak berusia 22 tahun, kini boleh dikatakan dia antara celebrity in demand yang menjadi dambaan ramai pengarah, stesen tv dan juga jenama.

Selepas melangsungkan perkahwinan dan kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, langkahnya semakin maju. Pernah memperlahankan karier seni seketikqa kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga, kini dia kembali aktif.

Terbaharu, anak kelahiran Ipoh, Perak ini mengumumkan yang dia merupakan wajah terbaharu Swarovski di Malaysia. Bukan calang-calang, dia merupakan selebriti berhijab ketiga menjadi wajah jenama antarabangsa tersebut selepas Neelofa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bersyukur atas pemilihannya sebagai wajah Swarovski untuk koleksi Ramadan Raya 2023, luahan hari aktres yang kini popular menerusi drama bersiri Imam Instant, Ustazah Sacmmer ini cukup menyentuh hati.

“Hari ini adalah tarikh posting dimana saya perlu kenalkan diri saya sebagai wajah Swarovski untuk Ramadhan dan Raya di media sosial. Tapi untuk memikirkan caption sahaja, sudah makan masa berjam jam. Where should I begin

?
Mira Filzah dalam kempen Swarovski sempena Ramadan Raya 2023

“Saya hanya seorang gadis berusia 22 tahun bila saya membuat keputusan untuk masuk dunia hiburan dan bekerja sepenuh masa dalam industri ini. Tiada ilmu, tiada teman, hanya berbekalkan doa dan restu mak dan abah. Fast forward. Here I am.

“Pada tahun 2023, berusia 30 tahun, saya di angkat menjadi wajah sebuah jenama antarabangsa. Satu jenama yang cukup besar. Dua orang selebriti hijab yang saya sangat segani dan hormati, pernah menjadi wajah jenama ini.

“Bila saya di angkat menjadi selebriti berhijab yang ketiga sebagai wajah jenama ini, terdetik dalam hati saya, adakah aku setanding mereka? Another milestone achieved,

” kongsinya panjang lebar.

Tampil anggun dalam persalinan rona hijau zamrud, Mira kelihatan cukup elegan menggayakan rangkaian aksesori-aksesori Swarovski. Semestinya perhiasan tersebut menepati personaliti selebriti popular ini.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen