Sebagai seorang umat Islam, sudah menjadi kebiasaan apabila kita mengirimkan salam kepada individu yang dikenali jika tidak dapat bertemu. Amalan ‘kirim salam’ ini adalah melalui seseorang kepada seseorang yang lain.
Walau bagaimanapun, ada yang menyatakan bahawa berdosa sekiranya kita tidak menyampaikan salam yang telah dikirimkan oleh individu lain.
Persoalannya adakah benar kenyataan ini? Jom kita lihat apakah jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus, adakah boleh mengirim salam seperti tu dan adakah mesti disampaikan kiriman salam itu kepada orang yang ditujukan salam tersebut?
Hukum mengirim ucapan salam adalah disunatkan oleh seorang kepada seorang yang tidak hadir seperti berkata yang mengirim salam itu ‘sampaikan salam kepada sifulan’ atau ‘sampaikan ucapan assalamualaikum’ kepada si fulan.
Maka jika orang yang dikirimkan baginya ucapan salam itu bersetuju nescaya wajib dia sampaikan kiriman salam tersebut apabila berjumpa dia dengan orang yang dikirimkan baginya salam itu kerana menyampaikan salam yang dikirim kepadanya itu sudah menadi satu amanah.
Tersebut pada Kitab I’anah At-Talibin:
(فُروعٌ) يُسَنُّ إِرْسَالُ السَّلَامِ لِلْغَائِبِ وَيَلْزَمُ الرَّسُوْلَ التَّبْلِيْغُ لِإَنَّهُ أَمَانَةٌ وَيَجِبُ أَدَاؤُهَا وَمَحَلُّهُ مَا إِذَا رَضِيَ بِتَحَمُّلِ تِلْكَ الأَمَانَةِ أَمَّا لَوْ رَدَّهَا فَلَا وَكَذَا إِنْ سَكَتَ
Ertinya: “Disunatkan menyampaikan salam bagi orang yang tidak hadir dan wajib atas yang dikirimkan itu menyampaikannya kerana sungguhnya ia adalah amanah. Dan wajib menunaikkannya apabila dia bersetuju dengan menyampaikan amanah tersebut. Ada pun jika dia menolak untuk menyampaikannya maka tidak wajib dia sampaikannya dan begitu juga tidak wajib dia sampaikan jika dia diam sahaja.”
Maka terjawablah persoalan yang sering bermain difikiran tentang hukum menyampaikan salam. Semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan buat korang sendiri.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus