Hiburan

“Adakah Halal Atas Dasar Boikot?”, Naim Daniel Terima Kecaman dan Ugutan Dari #Blockout2024

Share

Selepas gerakan Blockout 2024 dilakukan secara besar-besaran di media sosial baru-baru ini. Penyanyi, Naim Daniel turut menerima kecaman dan ugutan daripada beberapa individu gara-gara menasihatkan orang ramai supaya tidak melampaui batas untuk memboikot selebriti.

Melalui beberapa gambar tangkap layar yang dikongsi oleh Naim melalui Instagram, Naim meluahkan rasa kecewa kerana menurutnya ada segelinitir menyalah tafsir dengan pendapatnya mengenai gerakan

#Blockout2024 ini.
Kredit: Instagram naimdanielx

“Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #Blockout2024 maka terangkan kepada saya apakah dihalalkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa atas nama boikot?”

Kredit: Instagram naimdanielx

“Saya dididik penuh hikmah dan sopan oleh kedua orang tua saya yang juga beragama Islam. Saya tidak pernah menidakkan kesengsaraan mahupun kezaliman saudara mara sedarah seagama di Palestin sana”

Menurut Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, dia tidak pernah menidakkan kesengsaraan dan pergolakan yang sedang berlaku di bumi Gaza. Malah, dia juga tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari mana-mana jenama yang berpihak dan menyokong Zionis Israel.

Kredit: Instagram naimdanielx

“Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan”

“Saya berpesan supaya tidak bersifat melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan” – Naim Daniel 

Penyanyi lagu Sumpah ini juga tertanya-tanya sama ada setiap komentar dari masyarakat yang berbaur kecaman dan penghinaan itu ‘dihalalkan’ atas dasar boikot

Sebelumnya, Naim menyifatkan mereka yang melancarkan gerakan tersebut sebagai tidak beradab kerana menjatuhkan hukuman sesuka hati.

Kredit: Gempak

Sekadar info, #Blockout2024 diwujudkan bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Gerakan tersebut disambut baik oleh bukan sahaja di luar negara, malah di Malaysia turut sama serta menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai masih bekerjasama dengan jenama pro Israel dan bertindak menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka. 

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE