Hari ini, 14 Februari. Valentine’s Day. Disebut sebagai hari kasih sayang, ramai pasangan kekasih teruja untuk menantikan hari ini. Makan-makan, keluar bersama, tukar-tukar hadiah konon dilihat sebagai romantik!
Bagi pasangan kekasih, awal-awal lagi sudah prepare budget nak belikan apa untuk pasangan. Nak coklat, nak bunga, nak baju, nak beli apa pun sampai perlu bertanya kepada kekasih, apa yang mereka inginkan pada hari kasih sayang ini. Kata anak muda, budget nak glamer ajer!
Pendek kata, ramai orang Islam yang acah sweet nie tak tahu apa ada di sebalik kisah Valentine’s Day yang diraikan ini. Untuk pengetahuan, hari Valentine ini adalah hari memperingati ajaran agama Kristian tetapi ramai anak muda yang acah sweet mengambil pendekatan dan pemahaman sendiri, hanya mahu meraikan “kasih sayang” itu sendiri.
Ramai pasangan kekasih beranggapan hari ini, 14 Februari adalah tarikh istimewa dalam hidup mereka.
Apa kata Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) tentang isu ini. Remaja bertanyakan lima soalan dan beliau kupaskannya.
Kita tahu ia bukan budaya orang Islam tetapi kenapa sengaja nak menyambutnya?
Masyarakat kita suka kepada budaya viral dan popular. Kadang-kadang tanpa rasional dan bimbingan ilmu. Disebabkan sambutan Valentine's Day dilihat popular atau ala-ala glamour, ramai terikut-ikut untuk menyambutnya.
Ads
Kebanyakan mereka yang menyambutnya bukanlah untuk mengikut sambutan seperti agama Kristian tetapi lebih kepada ikut-ikutan dan seronok-seronok sahaja.
Berbekalkan kejahilan, anak-anak muda kita hanyut tanpa tujuan. Walaupun tanpa pengetahuan tetapi disebabkan sambutan Valentine's Day itu berkait dengan agama, ia seharusnya difahami dengan ilmu. Budaya hidup viral, popular ataupun seronok-seronok perlulah sentiasa dipandu oleh sempadan agama, selagi tidak bercanggah dengan akidah dan hukum asas dalam Islam.
Hari ini dipenuhi kasih sayang, kononnya…
Adakah kita sudah dipengaruhi oleh budaya Barat?
Hari ini, antara sebab utama juga adalah faktor globalisasi. Semua berita seluruh dunia ada di depan mata dan hujung jari menyebabkan pengaruhnya memberi impak yang kuat kepada masyarakat kita untuk mengikutnya.
Adakah hati kita sudah hitam?
Ads
Saya tak nafikan, ada kelonggaran aspek pegangan agama disebabkan oleh pengaruh luaran yang mungkin menjauhkan daripada kehidupan beragama. Bila kekuatan agama rendah, memungkinkan hati kita tidak istiqamah dalam mengikuti panduan agama. Walaupun dah tahu larangan-larangan agama, kadangkala tunduk kepada desakan pengaruh luaran, keinginan nafsu dan sebagainya.
Seolah-olah hari ini sahaja hari kasih sayang, hari lain bagaimana?
Adakah hati kita sudah tidak menerima Nur Allah lagi?
Semakin banyak kita hidup dalam maksiat dan dosa di sekeliling kita, semakin mudah hati kita tertutup menerima kebenaran. Kekuatan untuk kita beristiqamah dalam amalan hidup beragama ataupun kekuatan untuk melawan gangguan tarikan untuk melanggar larangan Tuhan, akan jadi lemah dan terganggu bila hati dah terbiasa dengan titik-titik dosa.
Ads
Acah-acah sweet konon bila Valentine's Day yang jadi ikutan anak muda
Apa patut kita buat?
Jangan kita semata-mata salahkan pengaruh barat yang mempengaruhi, sebab kalau diri kita kuat, kita tidak akan bermasalah dengan pengaruh luaran. Yang penting, kita perlu betulkan kita, Antaranya:
1. Ibu bapa lebih rapat dan banyak masa sentiasa bersama anak-anak. Banyakkan aktiviti yang lebih menarik tanpa perlukan aktiviti sambut Valentine's Day. Kita tak mampu mengubah barat, tetapi kita boleh ubah kita?!
2. Permantapkan kefahaman dan kekuatan berpegang kepada hukum agama dalam keluarga.
3. Masyarakat boleh sampaikan penerangan hukum Valentine's Day dengan cara lebih dekat dan mudah diterima oleh anak-anak muda, elakkan semata-mata mengambil sikap 'against' dan menentang mereka.
4. Elak menyalahkan tetapi juga perlu menyediakan alternatif sambutan yang lebih baik dan menggembirakan golongan anak muda.
Wallahua'lam
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tapi tak salah kalau nak berangan mengenai momen perkahwinan idaman kita sementara masih single lagi kan? Hehe..
Biasalah perempuan, dari usia kecil lagi dah advance memikirkan jenis baju kahwin yang nak disarungkan nanti, berapa ramai tetamu nak jemput (“I nak buat kecil-kecilan je” – ah tipu!), apa tema pelamin dah macam-macam lagilah.
REMAJA pasti perempuan pernah melihat laman web baju perkahwinan walaupun sekali je semasa usia mereka masih belasan tahun. Dari situlah timbul obsesi nak menyarung gaun kahwin ala kebaratan kerana itulah yang telah mereka ‘hadam’ sejak kecil.
Tapi, kalau REMAJA katakan yang korang akan ubah fikiran untuk memilih konsep baju tradisional selepas ini, korang percaya tak?
Haa, sempena acara fesyen The Wedding KL yang berlangsung sehingga malam ini, REMAJA berkesempatan untuk singgah sebentar melihat paparan koleksi perkahwinan pereka fesyen tempatan. Dalam lautan rekaan gaun putih yang ditampilkan, kami tertarik dengan koleksi tradisional yang dibawakan oleh Zaimi Zulkafli.
Mengangkat tema tradisi namun kekal dengan identiti jenama itu sendiri yang kontemporari, Zaimi Zulkafli mengingatkan seluruh dewan akan kehebatan potongan baju tradisi seperti kurung Riau, Pahang dan pelbagai lagi.
Cuba tengok koleksi penuh oleh pereka adik-beradik ini. #longgarituindah
Dalam nukilan kapsyen di Instagram, Zaimi Zulkafli sempat berkata, “Ramai yang selalu bertanya nak buat apa dengan baju kahwin selepas tamat majlis nanti?
”Jadi, kami membayangkan koleksi timeless seperti ini untuk dibawa ke kelas mengaji mungkin atau ke mana saja,” tulis mereka dalam nada bergurau, namun ada kebenarannya.
Koleksi ini punya daya sensual dalam kesopanannya. Pemakai pun tak kurang cantik dan seri walaupun bergaya tradisional.
Apa pendapat korang? Onz tak Onz??
Walaupun lambat lagi nak kahwin pun, REMAJA rasakan kita boleh je sarungkannya untuk ke majlis kahwin, majlis formal atau sebagai baju Raya. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kumpulan popular k-pop BTS bukan hanya mendapat sambutan di negara kita, malah mereka juga mempunyai peminat fanatik yang ramai di Indonesia.
Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok menjadi viral apabila kehadiran ‘Jungkook’ menjadi perhatian di sebuah majlis pernikahan pasangan pengantin di Jakarta, Indonesia.
Namun begitu, kehadiran Jungkook itu bukanlah figura aslinya, tapi hanya standee yang dibawa oleh seorang wanita yang merupakan tetamu undangan majlis tersebut.
Video 28 saat itu menunjukkan reaksi pengantin perempuan yang terkejut dan hampir menangis melihat kejutan yang dibawa oleh sahabatnya itu.
Apa yang menariknya, standee selebriti itu berukuran seperti ketinggian sebenar manusia bahkan hampir sama dengan ketinggian si pengantin lelaki.
Di saat rakannya itu memberikan standee Jungkook tersebut, pengantin perempuan kelihatan sangat gembira melihat idolanya hadir ke majlis pernikahannya walaupun hanya dalam bentuk standee.
Perkongsian ini turut mendapat perhatian peminat BTS di Malaysia yang bertanyakan sama ada ia dijual di Malaysia atau tidak.
Nah, macam-macam yang sanggup dilakukan kalau dah nama peminat fanatik kan. Hiks! Tak mengapalah asalkan boleh bahagiakan kawan-kawan kan? Hehe!
Tidak dinafikan penyanyi rap berkumpulan tempatan, MK K-Clique kini cukup popular apatah dengan pengikut 1.5 Juta pengikut dilaman sosialnya.
Mengikuti perkembangannya di laman Instagram, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24 sudah maju setapak ke hadapan apabila dipilih menjadi duta pusat tuisyen dan peningkatan akademik, PTTI Group Sdn Bhd sejak awal Januari lalu.
Hal ini turut dikongsikan oleh penyanyi dari Sabah ini melalui videodi laman Instagram mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mula menduduki peperiksaan berkenaan sejak 22 Februari lalu.
Kata pemilik nama penuh Muhammad Hairi Amin itu, dia percaya tanggungjawab yang digalas itu datang dengan amanah yang murni serta besar.
“Sejujurnya saya mengambil masa memikirkan untuk menyatakan persetujuan sebagai duta pusat akademik berkenaan.
“Saya ‘dirisik’ pihak mereka sekitar Oktober tahun lalu. Ketika itu pun saya sudah mula diundang pihak berkenaan sebagai panel jemputan bersama teman artis lain.
“Ketika itu fungsi dan peranan saya lebih kepada memberi semangat dan mendorong calon SPM 2020 yang berdepan pengalaman dan cabaran berbeza di era pandemik COVID-19 ini,” katanya.
MK berkata, dia mula memeterai perjanjian bersama pusat akademi itu hujung tahun lalu.
“Cuma dalam hati saya terdetik kenapa pihak PTTI berkenan menyunting saya sebagai duta. Saya percaya ada calon lain yang lebih baik berbanding diri sendiri.
“Namun rezeki itu tak pernah salah alamat. Jadi amanah yang digalas ini akan saya sebaik mungkin. Mungkin juga saya ada pencapaian dan sedikit pengaruh yang boleh mendekatkan PTTI dengan generasi masa kini yakni pelajar SPM,” katanya yang bergelar duta pusat akademik itu selama setahun.
Untuk info, PTTI yang ditubuhkan sekitar tahun 2016 dan kini memiliki 25 tenaga pengajar, yang mengajar menerusi formula dan teknik berkesan membimbing pelajar menghadapi SPM.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...