Adakah Kamu Layak Dapatkan Peluang Kedua Dalam Hubungan? Mungkin.. Jika 5 Perkara Ini Terjadi

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Rasa cinta itu ada naik turunnya..

 

Tidak semua pasangan bertuah untuk memiliki hubungan yang mampu bertahan dari zaman sekolah, universiti hinggalah ke fasa kahwin dan memiliki keluarga sendiri.

Hakikatnya, ramai yang kecundang di tengah jalan dan merasa frust apabila hubungan tidak ‘menjadi’. Percaya atau tidak, hampir separuh daripada mereka yang pernah melalui perpisahan akan mengharapkan peluang kedua dalam perhubungan.

Setelah mengambil roh single terbaru Nabila Razali ‘Peluang Kedua’, penulis senaraikan 5 situasi untuk menentukan sama ada korang layak atau tak untuk menerima peluang kedua daripada pasangan korang.

Sambil baca tu, dengarkan terus single terbaru ini:

 

 

01

LAYAK Bila Ia Lebih Dari Cinta

Pasti ada di kalangan korang yang bingung, bagaimana kita hendak mengukur tahap cinta kita kepada seseorang? How in love should we be – or rather feel – untuk memastikan kita betul-betul mencintainya?

Ketahuilah bahawa cinta itu lebih daripada sekadar mengungkapkan kata-kata keramat ‘I love you’. Ia seharusnya lebih daripada itu jika korang sedang menggunakan peluang kedua selepas perpisahan.

Jangan lupa, dalam setiap hubungan ada faktor-faktor lain yang penting seperti kepercayaan, kesetiaan dan hormat. Jika korang setakat ‘bercinta’ pada mulut (dan menerusi WhatsApp) tetapi tidak memiliki 3 faktor ini, peluang kedua tak akan mempunyai makna. Korang hanya membazir masa.

 

02

LAYAK Bila Korang ‘Sanggup’

Maaflah nak cakap, jika korang yang meranapkan hubungan kalian terdahulu, you have some BIG making-things-up to do.

Dari situ barulah pasangan betul-betul dapat melihat yang korang serius untuk menyelamatkan hubungan lama. Namun, jangan pernah terfikir bahawa kemewahan saja akan dapat menutup segala cacat cela hubungan lama sepantas itu.

Hadiah, duit dan kebendaan tidak akan bertahan lama. Malah jika korang terlalu try hard dengan membeli barangan mahal untuknya di awal hubungan PART 2, mungkin si dia akan jelik dengan korang dan merasa offended. Apa yang mereka inginkan adalah pasangan yang sanggup menghabiskan masa bersama dan sanggup mengambil mereka secara serius.

 

03

LAYAK Bila Kedua-Duanya ‘Sanggup’

Aik, tadi dah sanggup. Ini sanggup apa pula??

Apabila pasangan sudah terfikir untuk memberikan korang peluang kedua, itu bermakna mereka mulai membuka pintu kemaafan untuk melupakan segala yang buruk daripada masa lampau. Now, that does not come often.

Banyak pasangan yang mudah meluahkan perasaan maaf dan menerima maaf seseorang. Namun jauh di suduh hati mereka, masih tersemat kenangan buruk tersebut. Most people can forgive but it is hard to forget.

Ini kerana perangai manusia sememangnya sukar untuk berubah sekelip mata.

Oleh itu, kalian berdua mempunyai ‘kerja’ untuk dilakukan dan ia dipanggil sebagai komitmen. Korang perlu komited untuk berubah manakala pasangan pula perlu komited untuk betul-betul memaafkan korang.

 

04

LAYAK Bila Masing-Masing Sudah Cuba Move On

Seringkali kita mendengar frasa, ‘Move on jelah..’ dikatakan kepada mereka yang telah putus hubungan.

Bukan kita enggan untuk move on. Percayalah, jika ada kemahuan yang paling besar sekarang, ia adalah untuk melupakan perpisahan yang pernah berlaku kerana rasa pedih itu terasa dalam. But of course, it is easier said than done.

Ada pasangan yang mencuba untuk move on selama bertahun-tahun lamanya, tetapi cinta kembali bertaut kepada yang lama. Sekiranya korang dan ex sudah cuba melupakan diri masing-masing tetapi gagal, mungkin cinta kalianlah merupakan cinta sejati. Pengalaman cuba move on itu pula menjadi pengajaran bahawa korang tidak boleh melupakan diri masing-masing. So do not mess this second chance!

 

05

LAYAK Bila Dia Setuju Korang Layak

Tak kisahlah apa yang orang lain nak kata. Tak kisahlah berapa banyak artikel relationship yang telah korang baca ( Hi readers! ). Dan tak kisahlah berapa kerap korang berdua mendapatkan nasihat heart-to-heart bersama BFF, kawan, ibu, ayah dan mereka yang rapat dengan korang.

Jika hati sudah mengatakan, ‘Ya, kami berdua inginkan peluang kedua ini’, siapalah mereka untuk menidakkannya. The heart will always want what it wants.

Jika dia merasakan korang layak untuk diberikan peluang kedua, itu bermakna korang layak di mata si dia.

Kami tidak katakan bahawa keputusan untuk kembali bersama itu adalah keputusan yang tepat. Mungkin ia akan berakhir dengan kekecewaan, SEKALI LAGI. Namun apa yang kami tahu, korang kini lebih berani daripada dahulu.

Korang berani untuk mengakui ada kesilapan yang pernah berlaku. Korang berani untuk mengatakan hubungan korang tidak sempurna seperti yang selalu dipaparkan dalam movie. Dan tentunya korang berani untuk ‘memperjudikan’ hati, masa dan tenaga bagi peluang kedua ini. Korang tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, tetapi korang tahu segala kesilapan yang tak boleh diulangi semula.

*

Ahem ini hanyalah pendapat peribadi penulis. Jangan judge love life penulis yang tidak wujud ya.

NEXT READ: 5 Perkara Yang Buatkan ‘I’m Sorry’ Kami Tak Berkesan

 

 

Published by
FZ