Setiap kali Perodua memperkenalkan jentera baru kepada pasaran di Malaysia, masyarakat kita pastinya tidak boleh duduk diam untuk mengetahui rupa jentera tersebut, harga jualannya dan spesifikasi yang ditawarkan.
Hari ini, rahsia di sebalik model terbaru Perodua telah dapat diketahui oleh pihak media setelah beberapa keping foto yang menampilkan brosur jentera tersebut diperolehi.
Sumbe Foto: BHarian
Tertera nama ATiVA di bahagian atas dengan slogan ‘Activate Every Destination’. Biarpun Perodua Ativa masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Perodua, ia telapun menjadi topik perbualan hangat terutamanya mereka yang sedang bersiap sedia untuk memiliki jentera ini pada harga sekitar RM62,500 hingga RM73,400.
Menurut info ringkas yang disertakan pada brocur tersebut, ia menyebut Ativa sebagai jentera pertama Perodua yang menggunakan tranmisi boleh laras berterusan (CVT) yang sekaligus akan menjamin kecekapan bahan apinya pada kadar 18.9 kilometer seliter.
Lantas, model ini adalah pilihan yang baik untuk menjimatkan bahan api dan merendahkan kesan penggunaan jentera kepada alam sekitar.
Ativa hadir dengan lampu LED pada ketiga-tiga variannya iaitu X, H dan AV. Cuma bezanya terletak pada fungsi ‘adaptive driving beam’, sistem infotainmen skrin sentuh 9 inci dengan ‘voice recognition’ pada varian H dan AV.
Oleh itu, ini besar kemungkinan membuatkan varian X sebagai pilihan mampu milik.
Sumber Foto: WAPCar
Sumber Foto: WAPCar
Setiap varian jenis SUV ini akan menawarkan enjin 1.0 liter turbo DOHX tiga silinder dengan 97 kuasa kuda. Ia juga hadir dengan enam beg udara, kawalan kestabilan, sistem brek kecemasan autonomi, sensr kamera hadapan (varian X) untuk membantu parkir, sensor kamera belakang serta kamera mengundur (varian HH dan AV saja).
Dari segi rupa luarannya, kita masih belum mengetahuinya secara teliti lagi.
Ingat, foto-foto dalam artikel ini bukanlah foto rasmi Perodua Ativa.
Namun, apa yang kita tahu buat masa ini adalah ia hadir dengan rekaan lampu depan dengan adative driving beam, rim aloi bilah 17 inci dan rekaan lampu belakang dengan kombinasi LED tail lamp.
Jadi, korang teruja tak untuk menantikan pengumuman rasmi daripada Perodua? Exciting kan!
Adakah korang merasakan jentera yang bakal dijual dalam skema warna Glittering Silver, Granite Grey, Cobalt Blue, Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red ini akan menjadi rebutan rakyat Malaysia? We think so.