Adakah Stor Pop-Up BTS Di Malaysia Akan Diserbu ARMY Esok?

Share

 

Setiap kali produk baharu berkaitan kumpulan sensasi K-pop, BTS diperkenalkan, pasti para peminat mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkannya.

Lihat sajalah fenomena BTS Meal yang diperkenalkan oleh francais makanan segera, McDonald’s beberapa bulan lalu. Hanya dalam tempoh beberapa hari saja, set makanan beberapa ketul nugget, minuman ringan, kentang goreng dan dua sos istimewa itu habis terjual di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN : Army Malaysia Beri Sumbangan Lebih 200 Set ‘BTS Meal’ Kepada Petugas Barisan Hadapan – REMAJA

BACA LAGI : Artis Singapura Buat Kasut Dari Kotak Terbuang BTS Meal, Kreatif! – REMAJA

Di Indonesia dan Filipina jangan cakaplah, macam nak roboh restoran McDonald’s di sana!

ARTIKEL BERKAITAN : McDonald’s Indonesia Diserbu Gara-Gara BTS Meal – REMAJA

Justeru, apabila REMAJA mendapat tahu sebuah stor pop-up BTS bakal dibuka esok di Malaysia, kami tertanya-tanya sekiranya ia akan diserbu para ARMY tempatan?

Berlainan dengan situasi beberapa tahun lalu di mana ARMY sanggup berkhemah semalaman di hadapan stor demi menjadi di antara pengunjung pertama melangkah masuk; kali ini tindakan sebegitu tidak akan berlaku memandangkan Malaysia sedang mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) ketat terutamanya di pusat membeli-belah yang baru dibuka semula di Lembah Klang.

Bercakap mengenai lokasinya, stor ini terletak di aras Ground Floor, Luxe Zone dekat pusat membeli-belah 1 Utama, Petaling Jaya. Kuala Lumpur merupakan lokasi terakhir dalam siri jelajah stor pop-up sejak ia bermula tahun lalu di Singapura; diikuti oleh Manila, Taiwan dan Bangkok. Itulah yang menjadikannya lebih istimewa bagi REMAJA.

Stor Pop-Up BTS di Singapura. Sumber Foto : Bandwagon Asia
Stor Pop-Up BTS di Singapura. Sumber Foto : Bandwagon Asia
Stor Pop-Up BTS di Manila, Filipina. Sumber Foto
: Rappler
Stor Pop-Up BTS di Manila, Filipina. Sumber Foto : Rappler

Korang mesti tertanya-tanya kan, apa yang menarik sangat dengan stor pop-up ini?

Well, ia meupakan dedikasi khas untuk ARMY. Ia menampilkan replika set pentas kumpulan itu dan pelbagai merchandise yang diinspirasikan daripada album Map of the Soul. Antara yang boleh korang miliki adalah bekas AirPod, baju hoodie, pen, tuala muka, poster dan ‘TinyTan’ animated-figure yang mewakili setiap ahli BTS. Harap-haraplah kesemuanya tidak dijual pada harga Yahudi.

Contoh ‘TinyTan’ animated-figure BTS.

Turut disertakan dalam stor ini adalah prop yang pernah ditampilkan dalam video muzik BTS. Menariknya, tiada siapa yang tahu prop manakah yang dipilih bagi destinasi Kuala Lumpur hinggalah esok apabila ia dibuka.

Jadi, bagi korang yang ingin ke 1 Utama esok sempena hari pembukaan, terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

  • Hanya pengunjung yang telah melengkapkan 2 dos suntikan vaksin saja yang dibenarkan masuk.
  • Pengunjung perlu menunjukkan e-sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera sebagai bukti.
  • Pengunjung perlu mematuhi SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka sepanjang masa, jaga penjarakan sosial dan beratur selepas mendaftarkan diri.
  • Hanya 30 orang saja dibenarkan memasuki stor pada satu-satu masa hingga tempoh maksimum 45 minit.

Bagi mereka yang tidak dapat ke 1 Utama minggu ini, janganlah kecewa. Stor pop-up BTS ini akan terus dibuka hingga 31 Januari 2022. Jadi, rancanglah kunjungan korang ke sana sebaik-baiknya.

Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai kolaborasi BTS bersama jenama Louis Vuitton untuk pameran ‘store-window’ sempena ulang tahun kelahiran Louis Vuitton ke-200.

ARTIKEL BERKAITAN : Peminat ‘Selidik’ Rekaan Beg Pakaian Louis Vuitton Yang Dilukis BTS – REMAJA

Published by
FZ