Jenama minuman pilihan ramai, Zus Coffee tampil permohonan maaf secara terbuka selepas menerima kritikan daripada pengguna media sosial berhubung berkolaborasi dengan jenama Adidas.
Zus Coffee memberitahu, penyertaannya pada acara itu dan pemberian kasut Adidas yang diiklankan di akaun Instagramnya adalah aktiviti yang dilakukan hanya sekali sahaja dan tidak akan berlaku lagi.
“Kami tidak akan mengaitkan diri kami dengan peperangan dan mengutuk secara tegas sebarang tindakan keganasan. Kami akan lebih berhati-hatidalam aktiviti yang kami lakukan, dan jenama yang kami bakal bekerjasama.
ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson Titip Pesanan -“Belajar Untuk Tolak, Anda Tak Layak Untuk Dilayan Seperti Orang Bodoh…”
“Untuk mengelakkan kejadian ini berulang, kami mengambil setiap tindakan yang perlu untuk mengukuhkan dasar dan prosedur kami untuk memastikan amalan yang terbaik. Kami memohon maaf dan dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan itu,” katanya.
Terkini, jenama tersebut telah meraih perhatian warganet apabila dilihat berkerjasama dalam melakukan aktiviti giveaway bersama Adidas. Tangkapan layar di Instagram oleh rangkaian kopi tersebut dilihat sedang mengumumkan pemberian kasut Adidas kepada mereka yang bertuah.
Pemerhatian Remaja mendapati, Zus Coffee telah memadam perkongsian berkenaan sementelah mendapat kecaman hebat warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Zus Coffee