“Adam Pun Suka Kari Ayam” – Arena Wan Akui Tak Mudah Jaga Adik Autistik

Share

 

Kanak-kanak serta remaja Autistik adalah satu kurniaan Tuhan kepada manusia.

 

Dilahirkan istimewa dan berbeza dengan kanak-kanak lain, ramai sebenarnya yang masih tidak memahami apakah itu autism.

Lalu sempena Hari Kesedaran Autism Sedunia pada 2 April, penulis bercakap dengan finalis Dewi Remaja 2018/19 iaitu Arena Wan Mun Yi yang mempunyai seorang adik autism bernama Adam Wan Mun Yu, 19.

Instagram: Adam’s Autism Family

“Sudah tentu, apabila kita mempunyai ahli keluarga Autistik, seluruh keluarga akan terlibat sama dalam proses menjaganya. Sama jugalah dengan kami.

“Cuma kadangkala jika Arena terlibat dengan kerja di luar seperti pergi ke event ataupun penggambaran drama, Arena perasan yang ibu tidak mahu merisaukan Arena dengan situasi Adam di rumah. Sedih juga bila mereka perlu mengawal Adam sendiri,” kata Dewi Favourite 2018/19 itu.

Instagram: Adam’s Autism Family

Menerusi akaun Instagram @adamsautismfamily, keluarga Arena yang diketuai oleh ayahnya, Iman Wan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman mereka menjaga Adam. Bukan semuanya indah.

Kadangkala ketika keluar dari rumah, Adam mempunyai momen di mana dirinya mudah gelisah dan mengalami tantrum. Apabila ia berlaku, mereka sekeluarga perlu ‘pin him down’ ke atas lantai sehingga orang di sekeliling salah faham. Mereka menganggap Adam sedang dibuli sedangkan itu cara terbaik untuk menenangkannya.

“Kita tidak mahu Adam cederakan orang lain terutamanya kanak-kanak dan warga emas. Jadi tindakan pantas seperti ini perlu dilakukan.”

Instagram: Adam’s Autism Famiy

Bercakap mengenai diet Adam, Arena berkongsi bahawa dia tidak boleh mengambil makanan manis kerana mempunyai kondisi ADHD. Walaupun makanan jenis ‘gluten-free’ agak mahal, ia amat digalakkan agar saluran darah remaja autistik tidak terkesan. Jika tidak, dia akan mudah hyper

ataupun meltdown.

“Adam sama juga seperti kita, dia suka sangat makan pasta dan nasi dengan kari ayam,” katanya.

*

Seboleh mungkin, Arena dan keluarga ingin memperbetulkan persepsi kanak-kanak serta remaja Autistik kepada masyarakat.

Autism bukanlah symptom down syndrome. Autism juga bukanlah penyakit yang boleh ‘hilang’ dengan menelan pil.

“Alhamdulillah, Adam dalam kategori verbal autism di mana dia masih boleh berkomunikasi dengan kami. Lebih sukar jika seseorang itu dalam kategori non-verbal. What they need is enough protection, care, attention and love.”

*

Selamat hari kesedaran autism sedunia kepada semua. Klik video di bawah untuk mengetahui keadaan Adam yang pernah ke sekolah

Published by
FZ