Drama Korea yang pernah mencipta fenomena, Itaewon Class kini bakal ditayangkan dalam siri adaptasi Jepun yang berjudul Roppongi Class. Watak Park Searoyi yang dimainkan oleh Park Seo Joon akan dimainkan oleh Takeuchi Ryoma, pelakon siri Kamen Rider.
Itaewon Class mengisahkan tentang seorang anak muda (Park Searoyi) yang ingin membalas dendam dan menegakkan keadilan atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh anak majikan bapanya. Dia mahu membalas dendam dengan cara membina empayar perniagaan untuk mengalahkan bekas majikan ayahnya itu.
Roppongi Class adalah projek bersama Korea-Jepun oleh JTBC Studio yang menerbitkan versi Korea dan Kakao Entertainment serta TV Asahi sebagai produksi bagi versi Jepun ini. Drama adaptasi ini bakal ditayangkan pada bulan Julai.
Menurut inf.news, drama ini mengambil latar tempat di Roppongi, Jepun dan nama watak utama Park Searoyi ditukar kepada Miyabe Shin. Adaptasi ini menerima pelbagai respon berbeza, ada yang teruja menantikannya malah ada juga yang menganggap perubahan yang dibuat bakal menghilangkan ‘vibes’ sebenar drama Itaewon Class.
Namun, pihak produksi menjelaskan perubahan yang dilakukan itu bagi membuatkan masyarakat di Jepun lebih dekat dengan drama adaptasi ini kerana mereka tidak begitu mengenali lokasi Itaewon di Korea.
Apa-apa pun kita tidak boleh menghakimi terlebih dahulu adaptasi ini tanpa menontonnya lagi. Sama-sama kita nantikan Roppongi Class Julai ini.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=AYk1bsTX4DU