Hadirnya musim panas pada setiap tahun pasti memberikan satu keasyikan kepada penggemar jenama aksesori popular, Pandora. Saban tahun, mereka tentu akan memperkenalkan koleksi terbaru untuk direbut oleh pengumpul tegar jenama tersebut kerana keunikan rekaan yang ada.
Menariknya untuk 2022, rupanya bukan kita saja yang ternanti-nantikan koleksi musim panas ini tetapi juga personaliti popular seperti penyanyi Charli XCX, selebriti media sosial Addison Rae, penari Kanada Donte Colley, selebriti TikTok Cecilia Cantarano dan penyanyi Filipina-Inggeris Beabadoobee.
Menerusi kempen Pandora Me 2022, lima orang duta fresh ini memperagakan aksesori pilihan yang dekat dengan hati serta karakter peribadi mereka.
Bagi peminat Charli, tentunya korang tahu dengan konsep more is more yang selalu dipilih penyanyi Boom Clap itu. Jika korang juga seorang maximalist, pilihlah beberapa rekaan berbeza untuk dipadankan dengan teknik layering pada bahagian leher dan lengan.
Gaya Charli dan Addison Rae ini mudah untuk korang capai memandangkan koleksi musim panas 2022 membawakan rekaan persis era fesyen 1960-an hingga 70-an.
Lihat sajalah kepada bentuk-bentuk comel lagi unik seperti pelangi, hati dan matahari. Yang mana merasakan diri mereka seorang ‘Angel Baby’, korang juga boleh mendapatkan cincin dengaan typografi label tersebut!
Yang penting, there are no wrongs in styling a
Pandora Me collection. Yang penting korang selesa dan yakin semasa menggayakannya.ARTIKEL BERKAITAN : Peminat Pandora & Marvel Assemble! Edisi Collectors Terbaru Ini Memang Wow – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.