Masalah kebimbangan melampau (anxiety disorder) seringkali menjadi perdebatan hangat. Kebimbangan melampau merujuk kepada situasi seseorang akan terlampau risau dengan perkara remeh sedangkan pada akal fikiran yang waras, hal itu dapat diselesaikan dengan mudah.
Siapa sangka, dalam kita mengagumi dan gembira dengan transformasi bentuk badan terbaru penyanyi Inggeris dan pemenang anugerah Grammy, Adele. Rupanya tersimpan satu rahsia yang ramai orang tidak tahu.
Tapi sayangnya perubahan Adele tidak disenangi ramai, ada seperti tidak dapat menerima hakikat penyanyi itu sudah kurus dan mahukan Adele yang ‘dulu’.
Melalui laporan Vogue, Adele akhirnya bersuara apa yang terbuku di hati selama ini yang tidak dikongsi kepada orang ramai. Bagaimana dia berjuang dengan anxiety akibat penceraian dengan bekas suami Simon Konecki pada 2019.
Adele mengatakan bahawa rutin workout membantu dia menghadapi masalah kesihatan mentalnya dengan baik.
“Saya menyedari bahawa ketika saya workout, saya tidak mempunyai anxiety. Ini bukan tentang penurunan berat badan. Saya fikir, sekiranya saya dapat menjadikan badan saya kuat secara fizikal, dan saya dapat merasakannya dan melihatnya, mungkin suatu hari nanti emosi dan fikiran saya juga kuat secara fizikal.
“Orang terkejut kerana saya tidak berkongsi ‘perjalanan’ saya. Mereka terbiasa dengan orang yang mendokumentasikan semuanya di Instagram. Saya melakukannya untuk diri sendiri dan bukan orang lain.
“Anda tidak perlu berat badan yang berlebihan untuk menjadi individu yang positif, anda boleh berada dalam bentuk dan ukuran apa pun,” jelas Adele.
Khabarnya, Adele telah berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan Sirtfood Diet dan latihan kardio sebanyak tiga kali seminggu. Yang penting Adele makin sihat dan cantik sekarang.
Sumber : Vogue