ADELE Kembali Setelah 6 Tahun! Single Terbaru 15 Oktober Ini

Share

 

She is fresh, she is feeling better than ever and we cannot wait for this new era.

Setelah sekian lama ‘menghilangkan’ diri daripada radar dunia hiburan, tidak menghadiri sebarang acara anugerah dan hanya muncul sekali menerusi slot Saturday Night Live pada tahun lalu, penyanyi Inggeris popular Adele akhirnya mengumumkan comeback dalam masa kurang dua minggu dari sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN : Penampilan Pertama Adele Dengan Tubuh Slim! Rahsianya, Diet Sirtfood – REMAJA

 

Bersesuaian dengan musim luruh yang sedang melanda, muzik terbaru Adele ini seakan menjadi penambah perisa buat peminat muzik sedunia. *Cue feels*

Menerusi akaun media sosialnya (termasuk Twitter yang tidak dikemaskini hampir setahun lamanya), Adele memuat naik teaser berdurasi 21 saat bagi single berjudul Easy On Me. Klip pendek itu menyaksikannya berada di dalam sebuah kereta sambil mendengar dentingan piano daripada kaset yang baru dimasukkan. (Haa, korang tahu tak apa tu kaset?)

Di belakang kenderaan pula kelihatan perabot yang diangkutnya bersama; seolah-olah seperti dia baru saja meninggalkan seseorang atau sesuatu tempat.

Gambaran imej teaser ini serta-merta mengingatkan peminat Adele terhadap single Hello yang dilancarkan pada tahun 2015 dahulu.

Sekiranya benar album keempat Adele akan keluar pada tahun 2021, ini bermakna album tersebut mungkin sekali dinamakan ’30’ seiring dengan usia. Terdahulu, Adele telah menamakan albumnya 19, 21 dan 25 juga sebagai signifikan kepada usianya.

Kami jujurnya tidak sabar menantikan single Easy On Me yang akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 15 Oktober 2021 hadapan.

*Fun Fact : Hello juga dilancarkan pada bulan Oktober tahun 2015.*

Penyanyi berusia 33 tahun ini juga mungkin sekali akan mengumumkan albumnya pada 30 Oktober untuk menyamai tajuk albumnya, 30 (jika benar).

Era baharu bagi muzik Adele ini masih tidak lari daripada identitinya selama ini. It will be another classic Adele record

. Dia masih kekal dengan genre soul dan pop; dan itulah sebab utama peminat Adele setia dengannya. Lihat saja kepada respon yang diterima Adele dalam tempoh sejam selepas membuat pengumuman malam tadi. Di Twitter dan Instagram saja, klip tersebut telah ditonton sebanyak 6 juta kali.

Tontonnya di bawah :

BACA LAGI : Adele ‘Tayang’ Kekasih Di Instagram, Bukan Biasa-Biasa. Kenali Rich Paul! – REMAJA

Published by
FZ