
Pelakon berpengalaman, Datuk Adi Putra telah mencuri perhatian ramai apabila diangkat sebagai duta International College of Management and Sports.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok miliknya, pelakon naskhah hit Lelaki Itu bersyukur di atas pelantikan berkenaan dan akan menjalankan tugas yang diberi dengan baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dilantik Sebagai Pakar UMCced Jadi Perdebatan Netizen, Orang Akademik Tampil Ulas
“Alhamdulillah syukur, terima kasih diucapkan atas perlantikan saya sebagai ICMS Star Ambassador International College of Management and Sports.
“Insya-Allah amanat ini saya laksanakan sebaik mungkin demi masa depan para pelajar,” coretnya ringkas.
Menerusi perkongsian sama, pelakon filem Mat Kilau itu turut memuat naik foto momen menerima pengiktirafan tersebut dengan memakai jubah graduasi pada Majlis Graduasi ICMS kali ke-12.
Terdahulu, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced), namun telah menjadi perdebatan ramai apabila kelayakannya dipertikai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Adi Putra
‘Pre-Listening’ & ‘Pre-Judging’ Lain, Ketua Juri AJL38 Sangkal Dakwaan Pemenang Dipilih Awal

“Kita tidak buat jugding awal seperti yang ditomahkan kepada kita..”
Acapkali malam kemuncak Angerah Juara Lagu melabuhkan tirainya, pasti ada sahaja yang melontarkan pelbagai spekulasi terhadap sistem penjurian yang dipraktikkan oleh barisan juri yang dilantik oleh penganjur.
AJL ke-38 semalam tidak terkecuali apabila ramai netizen di media sosial mendakwa bahawa para pemenang telah diputuskan lebih awal dari malam pertandingan. Kata mereka, tidak hairanlah ramai yang boleh meramalkan keputusan dengan tepat lalu sedikit sebanyak mencacatkan elemen kejutan dalam penentuan pemenang bagi setiap trofi yang dipertandingkan.
Mengulas dakwaan ini dalam sidang media semalam, pengarah dan konduktor muzik berkaliber, Datuk Mokhzani Ismail yang dilantik sebagai Ketua Juri menjelaskan wujud perbezaan antara sesi ‘pre-listening’ di mana para juri mendengar 12 buah lagu yang dipertandingkan dengan teliti dan ‘pre-judging’ seperti yang didakwa netizen.

“Juri mengupas lagu-lagu tersebut dalam bentuk notation semasa pre-listening.. bukan pre-judging; untuk kesemua 12 buah lagu ke dalam bentuk notation supaya kesemua juri-juri faham tentang kaedah lagu, form lagu, struktur, chord, changes dan genre.
“Itu sangat penting kerana kita mempertandingkan kesemua jenis lagu yang diletakkan ke dalam satu pertandingan.
“Desas-desus mengatakan kita ada pre-judging. Tidak sama sekali. Saya sebagai Ketua Juri menyangkal dakwaan sebegitu,” tegasnya.

Tambah Datuk Mokhzani lagi, sukar untuk para juri terdiri daripada diri beliau bersama-sama Datuk Wah Idris, Datuk Acis, Azlan Abu Hassan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis dan Adlin Aman Ramlie untuk meneliti kesemua kriteria selepas 12 buah lagu dipersembahkan dek waktu yang suntuk.
Oleh itu, proses pre-listening tersebut memainkan peranan yang cukup penting.
“Masing-masing diberikan tanggungjawab supaya malam ini kita akan mendapat satu jawapan yang tepat.
“(Tapi) kita tidak buat judging awal seperti yang ditomahkan kepada kita kerana mustahil. Melodi mungkin boleh buat (penjurian awal) tapi apa yang kita lihat dalam kriteria adalah melodi, lirik, gubahan dan vokal.
“Vokal pula kadang bertukar. Dalam audio lain, ada pula penyanyi gantian.. sudah lain. Itu kita ambil kira,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Air Mata Iringi Kemenangan Amir Jahari Di AJL-38, Aina Abdul Sambar 3 Trofi – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Populariti Mencanak, Pelakon ‘Alchemy of Souls’ Jung So-Min Terus Tukar Label

Pelakon drama Korea Selatan, Jung So Min seringkali dikaitkan dengan watak dalam drama bergenre komedi romantik.
Dengan personaliti, wajah dan karakternya yang bersesuaian dengan drama sebegitu rupa, So Min menjadi pilihan ramai pengarah K-drama.
Namun menerusi drama yang kini tular menerusi saluran penstriman Netflix berjudul Alchemy of Souls, So Min pantas mencipta fenomena dalam industri lakonan di sana.

Alchemy of Souls menceritakan tentang ahli sihir wanita yang memasuki roh seorang wanita buta dan bertemu dengan seorang lelaki yang meminta pertolongannya untuk mengubah nasib.
Selain So Min, drama berkonsepkan fantasy-period itu turut dibintangi Lee Jae Wook, Hwang Min Hyun, Shin Seung Ho dan Arin daripada grup OH MY GIRL.
Alchemy of Souls berterusan menduduki tangga pertama dalam carta rating saluran televisyen Korea Selatan; besar kemungkinan disebabkan pelbagai plot twist yang menemui penonton.
Menerusi episod yang ditayangkan pada 31 Julai, ia merekodkan rating tertingginya 7.6 peratus; lalu menjadi program nombor satu di Korea Selatang sewaktu slot siarannya.
Menghampiri penghujung drama ini, hari ini So Min dilaporkan telahpun dilamar oleh syarikat TH Company untuk menandatangani kontrak eksklusif dengannya.
Kata Kim Tae Ho yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TH Company, “Bersama-sama Jung So Min yang teruja dengan masa hadapannya, kami merancang untuk menyokongnya bagi sebarang promosi supaya dia dapat mempertontonkan kelebihannya menerusi pelbagai bidang.”
Selain Alchemy of Souls, Jung So Min juga pernah membintangi drama alin seperti My Father Is Strange, Because This Is My First Life, The Smile Has Left Your Eyes dan Monthly Magazine Home.
ARTIKEL BERKAITAN : 7 K-Drama Terbaharu Yang Ditayangkan Sepanjang Ogos Ini – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selena Gomez & Zayn Malik Tengah Hangat Bercinta. Cinta Lama Berputik Kembali Ke?

Kalau jodoh tak kemana…
Begitulah perumpamaan hubungan cinta antara Selena Gomez dan Zayn Malik yang kini dilaporkan tengah hangat bercinta.
ARTIKEL BERKAITAN : [FOTO] Pertemuan ‘Cheek-To-Cheek’ Selena Gomez & Hailey Bieber Tutup Mulut Peminat Fanatik
Hal ini selepas timbul laporan mengenai kedua-duanya ‘ditangkap’ sedang makan malam dan bermesra. Ramai peminat terkejut dengan hubungan mereka. Tetapi laporan baru-baru ini mendedahkan bahawa persahabatan Selena dan Zayn telah wujud sejak lama. Mereka juga dikatakan suka antara satu sama lain sejak Harry Styles berpacaran dengan Taylor Swift.
Malah, memetik portal US Magazine, Zayn dilihat bersama Selena sambil berpegang tangan dan berciuman sambil berjalan di sekitar SoHo di New York City, Amerika Syarikat pada Khamis.
Bagaimanapun, Zayn ataupun Selena tidak membuka mulut tentang khabar angin mereka namun saling mengikuti di laman Instagram.
Peminat Teruja
Gosip mengenai keakraban hubungan Selena Gomez dan Zayn Malik ini juga membuatkan peminat teruja. Lama sebelum ditangkap bersama, mereka pernah digosipkan menjalinkan hubungan. Sumber mendedahkan, rakan rapat dengan mereka tidak terlalu terkejut dengan berita itu kerana mereka berdua sememangnya saling menyukai antara satu sama lain.
“Mereka meminati sesuatu tahun lalu apabila Taylor dan Harry menjalinkan hubungan. Ia tidak mengejutkan saya sama sekali apabila mengetahui mereka mempunyai potensi untuk bersama,” kata satu sumber kepada Page Six.
Pendedahan hubungan Selena dan Zayn itu sendiri bermula apabila seorang pekerja di sebuah restoran di Soho melihat kedua-duanya berciuman awal bulan ini. Rakan pelayan bernama Klarissa Garcia kemudian membuat video TikTok tentang apa yang dilihat oleh rakan baiknya.
“Tiada sesiapa yang perasan mereka (di restoran). Ia agak terbuka tetapi tiada siapa mengambil berat tentang orang terkenal di New York,” kata Klarissa dalam catatan tularnya.
Susulan daripada khabar itu, bekas kekasih Zayn iaitu Gigi Hadid bagaimanapun dilihat seakan-akan memberikan sokongan kepada pasangan tersebut. Menurut sumber yang juga merupakan kenalan kepada model berkenaan, Gigi memberi restu selain berharap Zayn mampu menjadi bapa yang baik untuk anak mereka kelak.
“Gigi tiada masalah apa pun dengan pasangan Zayn. Selama dia bahagia dan terus menjadi bapa yang baik kepada anak-anak mereka dia baik-baik sahaja untuk pasangan Zayn,” katanya.
Sebelum digossipkan bersama Zayn Malik, khabarnya Selena Gomez rapat dengan seseorang namun tiada siapa yang benar-benar memperkenalkannya sebagai teman lelaki. Sementara itu, Zayn diketahui sudah berpisah dengan Gigi Hadid yang menjadi ibu kepada anaknya.
BACA LAGI : Selena Gomez Rasa Dirinya ‘Dicabuli’ Semasa Zaman Disney Oleh Jurukamera – REMAJA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.