Pelakon berpengalaman, Datuk Adi Putra telah mencuri perhatian ramai apabila diangkat sebagai duta International College of Management and Sports.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok miliknya, pelakon naskhah hit Lelaki Itu bersyukur di atas pelantikan berkenaan dan akan menjalankan tugas yang diberi dengan baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dilantik Sebagai Pakar UMCced Jadi Perdebatan Netizen, Orang Akademik Tampil Ulas
“Alhamdulillah syukur, terima kasih diucapkan atas perlantikan saya sebagai ICMS Star Ambassador International College of Management and Sports.
“Insya-Allah amanat ini saya laksanakan sebaik mungkin demi masa depan para pelajar,” coretnya ringkas.
Menerusi perkongsian sama, pelakon filem Mat Kilau itu turut memuat naik foto momen menerima pengiktirafan tersebut dengan memakai jubah graduasi pada Majlis Graduasi ICMS kali ke-12.
Terdahulu, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced), namun telah menjadi perdebatan ramai apabila kelayakannya dipertikai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Adi Putra