Ternyata, doa dan solat hajat yang dilakukan oleh orang ramai agar kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dalam insiden rusuhan tahun lepas di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dimakbulkan Allah taala.

Malah sehari sebelum pendengaran inkues ini, seperti dilaporkan oleh Malaysian Gazatte, ibu Allahyarham Asma Aziz, 52, berkata sejak kematian anaknya, dia tidak pernah berhenti berdoa dan berharap keadilan dapat diperoleh bagi arwah Muhammad Adib.

“Masa pergi Mekah untuk tunaikan ibadah Haji tahun ini pun saya tak lupa untuk doakan arwah. Harapan saya sama dengan suami dan rakyat Malaysia supaya keputusan inkues esok memihak kepada arwah Muhammad Adib.

“Petang ini, ada bacaan Yasin di rumah dan malam nanti di Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau dan ramai yang datang beri sokongan kepada kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Nyata, doa orang ramai dan di hari Jumaat yang disebut juga penghulu segala hari, pagi ini, Mahkamah Koroner Shah Alam di sini memutuskan bahawa kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah, yang dilakukan oleh lebih dua orang individu yang tidak diketahui.

Mahkamah Koroner menyerahkan kes ini peguam negara dan pollis untuk menjalankan siataan pendakwaan.

Ads
Adib Sah Mati Dipukul, Doa Ibu & Ayahnya  Termakbul
Adib yang kritikal akibat dipukul dalam insiden rusuhan di kuil yang membawa orang ramai mengharap kematiannya dibela.
Adib Sah Mati Dipukul, Doa Ibu & Ayahnya  Termakbul
Insiden rusuhan di  Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya  tahun lalu mencetuskan isu perkauman namun berjaya diredhakan oleh pihak berkuasa.

Terdahulu,Peguam mewakili keluarga Muhammad Adib, Yahaya Othman tiba di Mahkamah Koroner Shah Alam pukul 8.10 pagi tadi untuk keputusan Inkues punca kematian Muhammad Adib di Mahkamah Seksyen 8, di sini, hari ini.

Turut kelihatan, beberapa pegawai dan anggota bomba yang tiba sekitar pukul 8.20 pagi.

Prosiding keputusan dijangka berjalan pukul 9 pagi nanti.

Ads

Sementara itu, para wartawan sudah mula berada di Mahkamah Koroner sejak pukul 7 pagi tadi.

Prosiding inkues berkenaan dijalankan ekoran punca sebenar yang meragut nyawa wira bomba itu telah dieksploitasi pelbagai pihak.

Pada 27 Nov lepas, Muhammad Adib parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini.

Ads

Bagaimanapun, selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara (IJN).

Sepanjang inkues itu dijalankan, 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dipanggil dan 137 bahan bukti dikemukakan dengan pelbagai hujahan dilontarkan oleh pihak terlibat sebelum prosiding berkenaan ditutup pada 24 Julai lepas.

Antara saksi pakar yang dipanggil ialah Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Perunding Kanan Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid.

Susulan insiden itu, pada 28 Dis lepas, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) secara simbolik menyerahkan kenaikan pangkat Gred KB22 kepada bapa Muhammad Adib iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid.

KPKT menyifatkan pengorbanan Muhammad Adib sehingga terkorban ketika rusuhan itu sebagai wira negara. Sumber : BERNAMA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI