Jenama sukan dan gaya hidup gergasi, adidas kembali melayangkan permohonan maaf kepada kesemua yang terlibat bagi kempen ‘Sukan Olimpik Munich’ mereka yang telah diturunkan setelah ia mendapat respon negatif daripada banyak pihak.
Permohonan maaf oleh adidas itu juga ditujukan sekali lagi kepada wajah kempen tersebut iaitu supermodel, Bella Hadid.
Ini setelah Bella, 28 digugurkan daripada kempen terbaru adidas yang menampilkan rekaan kasut sukan baharu yang diinspirasikan daripada Sukan Olimpik Munich 1972 yang menuai kritikan daripada kumpulan pro-Israel.
Visual kempen terbaru adidas yang menampilkan Bella Hadid.Tragedi kematian 11 orang atlet Israel akibat serangan ganas warga Palestin di Sukan Olimpik Munich 1972
Tidak cukup sekadar namanya digugurkan, Bella juga menjadi antara mangsa tempias negatif akibat penglibatannya.
Bukan sahaja idea rekaan dan kempen tersebut didakwa seakan membuka semula kotak memori terhadap tragedi keganasan yang pernah berlaku di Sukan Olimpik Munich 1972 sehingga mengakibatkan kematian.
Malah, latar belakang Bella yang berdarah kacukan Palestin dari belah bapanya juga dilihat ironik memandangkan tragedi kematian itu menimpa 11 orang atlet warga Israel.
Ads
Justeru, sumber terdekat memberitahu Bella akan mengupah peguam dan mengambil tindakan undang-undang terhadap adidas kerana pegangannya yang menentang keganasan.
Tindakan Bella itu juga lahir daripada rasa kecewa terhadap jenama yang berpangkalan di Jerman itu kerana mereka didakwa tidak mengiktiraf konteks sejarah sebelum mengambil inspirasi daripada edisi Sukan Olimpik tersebut yang menyaksikan pertumpahan darah berlaku.
Ads
Bella Hadid sewaktu majlis pelancaran kempen kasut terbaru adidas di kota New York.
Susulan laporan mengenai tindakan undang-undang yang ingin diambil oleh Bella, adidas sekali lagi menyusulkan permohonan maaf secara terbuka setelah berbuat sedemikian hujung minggu lalu.
“Hubung kait (dengan insiden Sukan Olimpik Munich 1972) ini tidak dirancang sama sekali dan kami memohon maaf sekiranya telah mengakibatkan kekecewaan dan ketegangan dalam kalangan mana-mana komuniti di seluruh dunia.
“Kami telah melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.
“Kami juga memohon maaf kepada rakan perniagaan kami, Bella Hadid, A$AP Nast, Jules Kounde dan lain-lain, atas impak negatif terhadap mereka dan kami sedang menilai semula kempen ini,” catat adidas.
Ads
Sama ada permohonan maaf ini sudah cukup untuk meredakan kekecohan yang tercetus dan membuatkan Bella Hadid menarik semula niatnya untuk menyaman adidas, sama-sama kita nantikan.
Terdahulu, Bella Hadid merupakan antara segelintir selebriti antarabangsa yang lantang menolak keganasan rejim Zionis ke atas masyarakat dan negara Palestin. Biarpun diancam dari pelbagai sudut, Bella dan kakaknya, Gigi Hadid kekal dengan sokongannya terhadap Palestin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya, kini para pelajar Tingkatan 5 dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 boleh melakukan persediaan akhir kerana peperiksaan dijadualkan berlangsung pada awal Disember depan.
SPM pada tahun ini akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Ujian Amali Sains, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris.
Alang-alang menyeluk pekasam, meh kami kongsikan tarikh penting bagi setiap ujian yang anda perlu take note!
1- Ujian Bertutur Bahasa Melayu ia akan dilaksanakan bermula pada 2 hingga 5 Disember 2024.
2- Ujian Amali Sains (9, 10 dan 12 Disember 2024 untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi). Manakala bagi mata pelajaran Sains Tambahan, ujian amali akan diadakan 12 Disember 2024.
3- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (16 hingga 19 Disember 2024).
4- Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (31 Disember 2024).
Seterusnya, bagi peperiksaan bertulis SPM 2024 pula, ia bakal bermula dari 2 Januari 2025 sehingga 6 Februari 2025.
Bagi calon-calon SPM 2024, anda masih ada banyak lagi masa untuk mengulangkaji subjek lain kerana Kertas Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual – Teori Seni merupakan subjek pertama yang akan diduduki pada 2 Januari 2025, Khamis.
Ia disusuli Kertas Bahasa Inggeris dan Tasawwur Islam pada 6 Januari 2025. Untuk memudahkan para pelajar SPM, ibu bapa, dan guru, Remaja sertakan sekali lampiran senarai tarikh peperiksaan:
Kami di Remaja mendoakan para pelajar yang bakal menduduki SPM 2024 berjaya dan semoga anda dikurniakan kekuatan serta kesihatan mental dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan itu tidak lama lagi.
Ingat! Jangan pernah putus asa sebab setiap penat lelah anda pasti akan membuahkan hasil yang berbaloi!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemain boling remaja negara, Adelia Nur Irwan Syazalee berhasrat untuk mempertahankan gelaran terbuka wanita pada Kejohanan Boling Remaja Antarabangsa All-Stars Bawah 22 Tahun (B22) 2024 di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid baru-baru ini.
Pemain berusia 17 tahun, yang menewaskan wakil Singapura Althea Dang 227-204, 264-207 pada perlawanan akhir tahun lepas berazam untuk mengulangi kejayaan itu apabila edisi ke-24 berlangsung dari 4 hingga 15 Disember ini.
“Terdapat ramai pencabar hebat yang kembali beraksi tahun ini. Jadi mereka tahu permainan saya, dan saya juga tahu permainan mereka, tetapi saya akan menggunakannya sebagai satu kelebihan kepada saya, ditambah dengan pengalaman yang dipelajari daripada jurulatih dan rakan sepasukan saya untuk mengekalkan gelaran berkenaan,” katanya pada sidang media semalam.
Meskipun sibuk membuat persiapan untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai bulan depan hingga awal tahun, Adelia optimis kejohanan itu tidak akan menghalangnya daripada memperoleh keputusan cemerlang.
“Kedua-duanya, kejohanan dan SPM, adalah sukar dan sangat mencabar, tetapi saya boleh mengatasinya dengan baik. Saya akan pergi ke sekolah pada waktu pagi dan meneruskan sesi latihan pada waktu petang”
“SPM adalah peperiksaan yang sangat penting, tetapi saya rasa, dengan sokongan daripada ibu bapa, jurulatih dan rakan sepasukan, saya boleh melakukannya. Saya akan cuba yang terbaik untuk berjaya dalam kedua-duanya,” tambahnya.
Sementara itu, Pengurus Besar Sunway Megalanes Tan Yoke Chiang berkata kejohanan itu mengekalkan statusnya sebagai satu kejohanan boling remaja paling berprestij di rantau ini, dengan lebih 800 peserta dari 16 negara mengesahkan penyertaan pada edisi tahun ini.
“Bagi tahun ini, selain hadiah wang tunai RM200,000, kami juga menyediakan peralatan boling bernilai lebih RM100,000 untuk para peserta,” katanya.
Penolong Pengurus Pemasaran Sukan Milo Sheena Ayesha Dina Rizal berkata Kejohanan Boling Remaja Antarabangsa All-Stars menjadi platform terbaik bagi pemain muda negara mengasah kemahiran mereka dan menetapkan standard lebih tinggi berbanding peserta dari negara lain.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Universiti Teknologi Petronas (UTP) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi universiti pertama dari Malaysia tersenarai dalam kelompok 250 buah universiti terbaik di seluruh dunia menurut senarai
Menurut senarai Times Higher Education World University Rankings 2025 yang dikeluarkan pada hari ini, UTP berjaya memperbaharui kedudukannya untuk berada dalam kedudukan 201-250 pada tahun ini berbanding dalam kedudukan 301-350 pada tahun lalu.
Lonjakan melebihi 50 kedudukan universiti terbaik itu sekaligus merupakan satu pencapaian yang cukup memberansangkan; bukan sahaja bagi institusi berusia 27 tahun berkenaan tetapi juga bagi sistem pendidikan Malaysia secara amnya.
Ia sekaligus membuktikan bahawa Malaysia semakin memperkukuhkan identiti selaku hab pendidikan global terbaik di rantau ini dan di peringkat antarabangsa; khususnya dalam bidang penyelidikan.
Sebagai perbandingan sesama negara dalam rantau Asia Tenggara, Singapura terus maju dengan menduduki kedudukan ke-17 menerusi National University of Singapore dan kedudukan ke-30 menerusi Nanyang Technological University. Ini merupakan kali pertama ASEAN memiliki dua buah universiti dari rantau ini dalam senarai 30 insititusi terbaik TIMES.
Dalam pada itu, institusi pengajian tinggi (IPT) tertua negara, Universiti Malaya mengekalkan prestasi cemerlang dalam kedudukan 251-300 terbaik.
Manakala Sunway University menjadi IPT dari Malaysia yang mencatatkan lonjakan kedudukan paling drastik dalam senarai tersebut iaitu dari kedudukan 601-800 pada tahun lepas ke kedudukan 401-500 pada tahun ini.
Antara IPT lain yang turut berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing dalam senarai 500 universiti terbaik dunia kali ini termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...