Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila kehilangan orang yang disayangi. Namun lebih menyedihkan bagai tahu ajalnya sudah tiba, seorang pelajar SPM yang dalam perjalanan ke sekolah untuk kertas Biologi sempat berpesan kepada abangnya untuk menjaga emak kesayangan mereka.
Dalam kejadian semalam, Muhammad Adam Syamsul Shahril, 17 yang dalam perjalanan ke sekolah dan dihantar bapanya meninggal dunia di Hospital Kepala Batas, Kepala Batas Pulau Pinang selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.
**media[80956]**
Menurut abangnya, Muhammad Arif, 21 tahun, adiknya itu sempat berpesan kepadanya beberapa hari sebelum kejadian sedih menimpa mereka.
“Jaga mak baik-bai, adik nak pergi dulu,” itulah kata akhirnya,” kata Muhammad Arif.
Laporan Harian Metro menyebut, Arif berkata, adiknya sebelum ini seorang yang periang dan kerap berbual namun berubah sikap sejak minggu lalu apabila kerap berkurung di dalam bilik.
Katanya, dia menyangka kelakuan itu hanya biasa memandangkan adiknya itu sedang sibuk membuat persiapan bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Saya memang tidak ada rasa apa-apa dengan sikapnya yang agak pendiam kerana tahu dia sedang fokus belajar apatah lagi hari ini akan menjawab kertas bagi subjek biologi.
“Tetapi tidak menyangka berlaku perkara sebaliknya apabila saya mendapat panggilan daripada ibu memaklumkan bahawa ayah dan adik sudah tiada kerana terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB), di Kepala Batas, hari ini.
**media[80954]**
**media[80953]**
Dalam kemalangan 6.30 pagi semalam, Muhammad Adam bersama bapanya Syamsul Shahril Abd Rahman, 51, yang bekerja sendiri, terbabit kemalangan dengan bas Rapid Penang yang dipandu lelaki berusia 48 tahun di Jalan Teluk Air Tawar, Butterworth.
Ads
Pada ketika itu, Syamsul Shahril yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar Muhammad Adam ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Air Tawar bagi menduduki peperiksaan SPM bagi subjek Biologi.
Kemalangan itu menyebabkan Syamsul Shahril meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Muhammad Adam menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Menurut Muhammad Arif, adiknya itu pada minggu lalu ada berpesan supaya menjaga ibu mereka, Aziah Salleh, 50-an kerana dia bakal meninggalkan keluarga itu.
“Saya terkejut pesanan itu adalah tanda bahawa dia akan pergi hari ini bersama ayah.
“Kebiasaannya ayah yang keluar bekerja akan menghantar Adam di jeti dan kemudian Adam akan menaiki bas tetapi hari ini lain pula.
Ads
“Ini semuanya takdir dan walaupun sedih kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Muhammad Adam adalah anak ketiga daripada empat beradik dan disifatkan seorang penyayang serta patuh pada nasihat ibu bapa.
Sementara itu, rakan sekolah Muhammad Adam, Maznan Noor, 17, berkata, kawasan persekitaran sekolah pada waktu pagi agak gelap manakala kenderaan terutamanya bas kerap dilihat memandu dalam keadaan laju.
“Dua tahun lalu ada juga kemalangan meragut nyawa di hadapan sekolah ini dan boleh dikatakan ada sahaja perkara tidak diingini berlaku kerana kawasan yang gelap pada waktu pagi.
“Lebih menyedihkan hari ini ia menimpa kawan baik saya bersama bapanya,” katanya.
Ads
Jelasnya, Muhammad Adam adalah sahabat yang baik, peramah dan sentiasa memberi kata-kata motivasi supaya tidak melakukan perkara yang mengecewakan ibu bapa.
Jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Bandar Perda selepas solat Asar.
**media[80957]**
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor memaklumkan, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila motosikal dinaiki dua beranak dari arah Bagan Ajam menghala ke Teluk Air Tawar yang berada di lorong kiri telah mengubah haluan ke lorong kanan sehingga masuk ke laluan bas yang berada di belakang.
"Tindakan penunggang motosikal mengubah haluan itu telah menyebabkan bas tersebut gagal mengelak dan melanggar belakang motosikal berkenaan," katanya di sini hari ini.
Noorzainy berkata pemandu bas berusia 48 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan itu untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Pemandu bas itu akan dibawa ke Mahkamah Butterworth esok bagi mendapatkan perintah reman. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biskut mazola merupakan kuih raya legend yang digemari ramai. Jom cuba buat biskut mozola ini menggunakan resepi perkongsian oleh Nayla Gee. Hanya menggunakan 4 bahan mudah sahaja.
Bahan-bahan
1. 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpa menggunakan minyak dan kemudian blender kering)
.
2. 1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)
.
3. 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
.
4. 1 cawan minyak Mazola
—
.
Cara Membuat
.
1. Campurkan kacang kisar, gula icing & tepung gandum. Kemudian gaul kesemuanya dengan sebati.
2. Tuang minyak Mazola sedikit demi sedikit, kemudian uli & gaul.
3. Jika dah dapat tekstur tepung yang sempurna, bolehlah mula dikepal-kepalkan atau dibulat-bulatkan.
4. Letakkan lebihan kacang sebagai hiasan dan sapukan telur kuning di atasnya.
5. Masak dalam oven menggunakan suhu 150°c selama 20 minit.
6. Setelah siap dibakar, tunggu sehingga biskut menjadi sejuk dan baru masukkan ke dalam bekas.
Nampak sedap je biskut ni kan, terliur tengok…hehehe. Selamat Mencuba!
Sumber: Nayla Gee & Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas 9 tahun Toy Story 3 menemui penonton, kini filem legend Walt Disney Pictures kembali dengan siri terbaru mereka, Toy Story 4.
Seperti sekuel-sekuel yang lepas, kami boleh katakan Toy Story antara filem yang mempunyai sekuel terbaik daripada filem-filem yang lain. Ada di antara filem yang membuat sekuel tetapi tidak sehebat filem pertama mereka.
Tidak seperti siri Toy Story, ramai yang menantikan kesinambungan filem ini dan kami percaya, bukan hanya kanak-kanak, orang dewasa juga turut tidak sabar untuk menonton Toy Story 4.
Mana kan tidak, dari kecil lagi dah membesar dengan filem Disney ini kan?
Lebih adventure
Toy Story 4 mengisahkan tentang Sheriff Woody dan Buzz Lightyear yang kini sudah pun menjadi milik seorang kanak-kanak bernama Bonnie, selepas diberikan kepadanya oleh pemilik mereka terdahulu, Andy.
Satu lagi karakter baru muncul, Forky, garpu yang ditukar menjadi permainan kepada pemiliknya, Bonnie ketika menghadiri sesi orientasi sekolah. Selepas kewujudan Forky, Bonnie sudah mula bersemangat untuk ke sekolah.
Namun, sebelum memulakan hari persekolahan, mereka telah pun pergi bercuti dan lebih menyedihkan lagi, bila Forky hilang di sebuah kedai antik.
Bermulalah pengembaraan yang mendebarkan bagi Woody dan Buzz dalam misi mendapatkan semula Forky demi kegembiraan tuan baru mereka, Bonnie.
Perfect score
Seperti Toy Story dan Toy Story 3, filem terbaru Toy Story 4 ini juga telah mendapat rating sebanyak 100% di Rotten Tomatoes dan mempunyai lebih kurang 100 ulasan diberikan oleh pengkritik filem. Begitu juga di IMDb yang mendapat rating 9/10, di mana cukup untuk menggambarkan bahawa filem ini sangat menghiburkan dan wajib ditonton.
Setiap karakter di dalam Toy Story 4 ini mempunyai tarikan yang tersendiri dan yang pasti, mereka bakal membuatkan korang tergelak sakan dalam panggung.
Aksi comel dan bersahaja yang ditonjolkan sangat menghiburkan. Pendek kata, kalau korang rasa nak gelak dalam panggung, pergilah menonton Toy Story 4. Serious, tak rugi!
Dibintangi oleh suara bintang-bintang terkenal seperti Tom Hanks, Tim Allen, Annie Potts, Tony Hale, Keegan-Michael Key, Maddie McGraw, Christina Hendricks, Jordan Peele, Keanu Reeves, filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 20 Jun 2019. Jangan lepaskan peluang untuk serbu panggung wayang yang berdekatan okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini, dunia dikejutkan dengan kematian pengasas dan ‘ayah’ kepada Marvel Studios, Stan Lee.
Pada usia 95 tahun, Stan cukup dekat di hati peminat Marvel Cinematic Universe kerana kehadiran sebagai cameo di dalam setiap filem dan siri animasi terbitan Marvel Studios serta Marvel Knights.
Dunia komik tidak akan sama tanpa adanya Stan Lee. Beliaulah yang bertanggungjawab menghasilkan komik Marvel seperti The Fantastic Four, The Amazing Spider-Man dan siri Avengers.
Kami ingin mengimbas kembali kehadiran Stan di dalam 10 buah filem, daripada 30 buah filem yang menampilkan beliau selaku cameo.
Spider Man (1994)
Stan Lee: “You know what Spidey, I’ve always wanted to experience real web slinging.”
Spider Man: “And I’ve always wanted to be appreciated as a real hero”
Spider-Man 3 (2007)
Stan Lee: “You know, I guess one person can make a difference. ‘Nuff said.”
Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer (2007)
Butler: “Invitation, sir.”
Stan: “I should have been on that list.”
Butler: “Name?”
Stan: “Stan Lee.”
Butler: “Yeah, nice try.”
Iron Man (2008)
Tony Stark: “Looking great Hef (Hugh Hefner)..”
Iron Man 2 (2010)
Stan Lee sebagai Larrie King.
The Amazing Spider-Man (2012)
Stan Lee mendengar musik klasik sambil Spider-Man berhempas-pulas bertarung di belakang.
Iron Man 3 (2013)
Stan Lee sebagai juri pertandingan ratu cantik.
Dead Pool (2016)
Stan Lee sebagai deejay di kelab.
Stan: “Give it up for Cassidy..!”
Doctor Strange (2016)
Stan: “Hahaha, this is hilarious!” sambil Doctor Strange terlekat pada cermin bas.
Spider-Man Homecoming (2017)
Stan: “Don’t make me come down there, you punk!” kata Stan kepada Peter Parker.
Marjerie: “Hey Gary, how’re you doing?”
Stan: “Marjerie, how are ya? How is your month?”
Mungkin korang sukakan cameo beliau di dalam filem berlainan seperti di bawah?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...