Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
SIapa sangka, gelaran pertandingan ratu cantik yang sama boleh bertukar tangan di antara dua beradik secara ‘back-to-back’!
Begitulah keajaiban yang berlaku kepada Thanu Shri yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Miss Eco Malaysia 2023 sempena pentas akhir pertandingan ratu cantik, Ratu Wanita Malaya.
Thanu yang anggun menyarungkan busana rekaan Fyza Alexandra pada malam Sabtu lalu telahpun mengenepikan saingan 17 lagi jelitawan sekaligus bakal menjadi wakil Malaysia ke pertandingan Miss Eco International pada tahun hadapan.
Menariknya, Thanu telah dimahkotakan oleh adiknya sendiri, Prasana Shri yang juga merupakan Miss Eco International 2022!
Jelas riak wajah Prasana yang terkejut dan teruja apabila nama Thanu diumumkan.
Prasana, 25 merupakan seorang graduan jurusan pergigian telahpun membanggakan negara setelah berjaya meletakkan dirinya pada kedudukan tempat kelima sewaktu pertandingan dilangsungkan di Mesir, Mac lalu. Tidak cukup sekadar itu, Prasana juga telah dinobatkan sebagai pemenang dua kategori sampingan iaitu Best in Evening Gown dan Miss Elegant.
Persoalannya kini, mampukah Thanu mengulang kecemerlangan yang telah dipahat oleh Prasana bahkan melakukan yang lebih baik pada edisi tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan. Tidak mustahil Thanu dan Prasana akan berganding bahu bagi memastikan persiapan Malaysia kelak sudah tersiap-sedia.
Menerusi segmen soal jawab pada malam kemuncak Ratu Wanita Malaya itu, Thanu telahpun ditanya apakah perkara yang ingin diperolehinya menerusi penyertaan dalam pertandingan ratu cantik seperti ini.
Thanu bermula yakin dengan menyatakan, “Saya percaya saya telah menemui diri sebenar, kekuatan dan kelemahan saya, ia adalah sebentuk pencapaian untuk saya..,” namun dirinya terhenti di tengah ayat.
Thanu tidak berputus asa dan kembali menyambung jawapannya dengan berkata, “Saya percaya saya dapat menemui diri sebenar dengan mempelajari kekuatan dan kelemahan sendiri yang membolehkan saya untuk mencapai kekuatan serta penambahbaikan diri.
Ads
“Saya percaya yang saya telah mecapainya dan disebabkan itulah saya berdiri di atas pentas ini pada malam ini.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia hari ini memperoleh pengiktrifan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu persalinan kebaya untuk dikongsi bersama-sama empat buah negara dari Asia Tenggara lain iaitu Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.
Pencalonan untuk Kebaya: ‘Knowledge, Skills, Traditions dan Practices’ itu dicapai secara sepakat oleh lima buah negara rantau Asia Tenggara di bawah kategori ‘Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity’.
Kesepakatan itu terhasil dengan kerjasama strategic antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Jabatan Warisan Negara, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO dan Kementerian Luar Negeri (KLN).
Kebaya Malaysia yang disarungkan oleh pelakon, Anna Jobling.Kebaya Thailand yang disarungkan oleh Miss Face of Humanity Thailand 2022, Bew Nuttha Thongkaew.Kebaya Indonesia yang disarungkan oleh pelakon, Dian Sastrowidoyo.
Memetik kenyataan MOTAC, pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu dibuat menerusi Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara (IGC ICH) sesi ke-19 yang berlangsung dari 2 hingga 7 Disember ini di Asuncion, Paraguay.
Rata-rata warganet meraikan kejayaan bersepakat yang diraih untuk persalinan tradisional yang sinonim dipakai di lima buah negara berkenaan.
Pengiktirafan ini juga bukanlah yang pertama diperolehi oleh Malaysia secara persepakatan dengan negara lain. Sebagai contoh terdahulu, Malaysia memperolehinya untuk seni pantun bersama Indonesia (2020) dan Upacara Wangkang bersama China (2020).
Terdahulu pada Disember 2021, REMAJA pernah melaporkan pengiktirafan UNESCO terhadap Songket sebagai Warisan Budaya Tidak ketara.
Setelah dua tahun ditangguhkan, pertandingan Miss International 2022 akhirnya telah melabuhkan tirai. Wakil Jerman, Jasmin Selberg berjaya merebut takhta dan mengalahkan 65 peserta lain untuk bergelar juara baharu Miss International.
Seiring dengan kemenangannya, Jasmin menjadi juara pertama yang dimahkotakan dengan mahkota baharu Miss International yang direka berinpirasikan bunga Sakura. Dia telah dimahkotakan oleh Miss International 2019, Sireethorn Leearamwat yang memegang kemenangan selama tiga tahun.
Ketika bergelar Miss International Germanry 2022.
Kemenangan gadis berusia 22 tahun memberi sedikit kejutan kerana dia bukanlah peserta yang menjadi pilihan ramai, namun tidak dapat disangkal kecantikannya dan juga kepetahannya dalam berbicara cukup memukau.
Dua peserta kegemaran ramai, Stephanie Amado dari Cabo Verde dan Tatiana Calmell dari Peru terpaksa berpuas hati berada di kedudukan naib juara dan tempat ketiga. Melengkapkan senarai top 5 adalah wakil dari Colombia, Natalia Lopez dan Dominican Republic, Celinee Santos, masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.
Tahun ini menyaksikan kejutan apabila hanya satu sahaja wakil dari benua Asia berjaya melangkah ke peringkat top 15 menerusi perwakilan Hannah Arnold dari Filipina. Wakil dari negara-negara powerhouse dalam dunia ratu cantik seperti Vietnam, India dan Filipina tidak berjaya meraih sebarang tempat.
Sedikit latar mengenai Miss International yang baharu ini, dia merupakan seorang pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sejarah & Filosofi di Ruhr University Bochum. Selain itu dia pernah bekerja sebagai seorang penterjemah Bahasa Jerman ke Bahasa Inggeris.
Menarik tentang dirinya, Jasmin mengasaskan organisasi Queens Raising Awarenes yang merupakan komuniti antarabangsa yang didorong oleh misi, visi dan nilai yang percaya kepada “perubahan kecil memberi impak yang besar”. Ia merupakan kerjasama dengan komuniti ratu cantik untuk meningkatkan kesedaran mengenai topik alam sekitar dan sosial.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak nak bentuk wajah cengkung dan tirus ala ahli kumpulan Blackpink Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa. Jangan risau, korang masih boleh diselamatkan walaupun berwajah ‘tembam’.
Caranya sangat mudah, murah dan berkesan. Duduk saja-saja dekat rumah pun boleh buat. Kalau korang mengamalkan senaman ini selama 10 minit setiap hari, kesannya akan kelihatan dalam masa sebulan.
Gua sha berkesan dalam menghilangkan dagu berlapis. Pastikan kamu mengamalkannya secara konsistan, ingat, ini bukan sesuatu yang boleh kamu lakukan sekali saja untuk hasil ajaib segera.
Yang kamu perlukan hanyalah alat gua sha dan teknik yang betul.
Malah, gadis Tiktok ini turut berkongsi video cara mengunakan batu Gua Sha ini dengan betul.
Nota : Sebaiknya lakukan rutin ini pada waktu pagi selepas cleansing, bila wajah kelihatan agak bengkak sejurus bangun tidur. Letak juga facial oil atau serum sebelum mula rutin Gua Sha.
Gua Sha, bukan bermaksud saya (gua) dan sha (si polan bernama sha), akan tetapi Gua Sha merupakan satu kaedah perawatan wajah turun-temurun yang diamalkan masyarakat China sejak zaman-berzaman.
Okay…selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...