Berita

Adik Ubai Berjaya Raih 10A Dalam SPM 2023, Hajat Arwah Ibu Termakbul

Share

Suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah, Ubai turut berkongsi kegembiraan apabila adik perempuannya, Alieya berjaya meraih keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2023).

Menurut personaliti media sosial itu, hajat ibu tercinta, Allahyarham Rohani Jamal mahu melihat anak bongsu memperoleh keputusan cemerlang akhirnya tercapai.

Artikel berkaitan: “Anak Mama Pandai…” Kak KM Hadiahkan Anak Lelaki Kereta & Cek RM10,000 Sempena Keputusan SPM 6A

“Assalamualaikum mak, anak bongsu mak dapat ‘straight’ A untuk SPM. Hajat dan impian mak tercapai,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Katanya lagu, sebagai abang dia bangga melihat pencapaian adiknya yang lebih bagus daripadanya dan adik-beradik lain selain menyifatkan kejayaan mereka empat bersaudara adalah berkat doa insan paling disayangi iaitu bonda tercinta.

“Sebak dan bangga kami. Anak-anak lelaki mak dulu cukup makan sahaja keputusan tapi alhamdulillah, berkat doa mak, kami berjaya.

“Ubai rindu mak. Ini (keputusan) untuk mak,” coretnya lagi.

Menerusi perkongsian tersebut, Ubai turut berkongsi gambar Alieya bersama ibu mereka berserta tangkap layar slip keputusan SPM yang membanggakan itu.

Terdahulu, arwah yang menghidap kanser ovari tahap tiga menghembuskan nafas terakhir pada 30 Julai tahun lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Ubai

IKLAN