‘Adik, You Are Still So Young’ – Neelofa Maafkan Individu Didakwa Menabur Fitnah

Share

Baru-baru ini penghujung tahun 2020 kecoh dengan cerita kononnya hubungan di antara Neelofa dan juga PU Riz berada dalam keadaan yang tidak baik setelah beberapa ciapan di Twitter tersebar luas.

Bermula dengan pelbagai andaian, sehinggalah kepada kononnya perbualan mendakwa masalah-masalah yang dihadapi Neelofa menerusi perbualan whatsapp menjadi perhatian warga net. Pemilik akaun Syamira Safiya yang didakwa menabur fitnah dan menyatakan perkara yang tidak sahih telah pun mengeluarkan satu kenyataan rasmi memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya.

Sumber: Instagram Syamira Safiya

Neelofa menyambut baik permohonan maaf tersebut dalam satu penyataan menerusi hantaran di insta-story miliknya. “Adik you are still so young, baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan. Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat. Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah menjagamu,” ujar selebriti dan ahli perniagaan berjaya ini.

Sumber: Instagram Neelofa

 

BUKA BUKU BARU

Tinjauan Remaja di laman Instagram Syamira pula, dia memanjatkan kesyukuran dan mengambil peristiwa ini serta teguran sebagai satu pengajaran di dalam kehidupannya. Menurut tulisan diiringi gambar dengan perkataan End with Alhamdulillah, gadis ini berkata, “Alhamdulilah syukur, terima kasih banyak kepada semua atas support, teguran, cacian, makian, carutan. Semoga dipermudahkan segala urusan awak semua di dunia dan akhirat, insyaallah aamin, doa yang baik2.”


.

***P/S- Untuk remaja di luar sana, gunakan sosial media dengan baik. Perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah dan memberikan kesan tidak baik kepada orang lain dan diri sendiri tidak patut ditularkan. Jadikan insiden ini satu pengajaran kepada kita semua.

Published by
Fiezreen