Kegagalan Adisak Kraisorn menjaringkan penalti di lima saat terakhir perlawanan separuh akhir ke dua antara Malaysia dan Thailand yang berlangsung di Stadium Rajamalanga di Bangkok semalam pastinya menggembirakan hati 32 juta rakyat Malaysia.
Wajah-wajah murung penyokong Thailand jelas kelihatan malah mereka seakan tidak percaya wira mereka itu gagal menjaringkan gol yang merupakan “hidup mati” Thailand. Jika rakyat Thailand kecewa dan mengeji kegagalannya tapi pastinya bagi rakyat Malaysia, Adisaklah HERO.
Terima kasih Adisak kerana gagal menyepak sepakan penalti dan menggembirakan hati seluruh rakyat Malaysia yang ketika itu “sudah hampir nyawa-nyawa ikan” bernafas ketika Thailand mendapat sepakan penalti di saat akhir.
Saksikan keriangan rakyat Malaysia yang “melompat” bila Adisak gagal menyepak bola penalti itu di sebuah kedai mamak.
Tapi sebelum terus-terusan gembira, tentu korang nak tahu sikitkan tentang Adisak Kraisorn. Berusia 27 tahun, Adisak lahir pada 1 Februari 1991. Dirinya merupakan pemain bola profesional dan bermain di posisi penyerang. Buat masa ini Adisak merupakan pemegang penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki Cup 2018 dengan 6 gol.
Adisak mewakili kelab Muangthong United selain pasukan kebangsaan Thailand. Pemain kacak ini merupakan pemegang Ijazah Sains Kesihatan dari University Thammasat.
Okay, ini 5 fakta tentang Adisak yang perlu tahu.
Nama panggilannya Golf – Julukannya adalah Golf. Nama ini diberikan oleh keluarganya diambil dari salah satu cabang olahraga iaitu permainan Golf. Malah gelaran Golf itu merupakan nama rasmi bagi Instagram Adisak iaitu @golf_ak9. Followers dia punya punyalah ramai, 593.2 k ya. Orang glam mesti ramai peminatkan.
Hampir tak dapat join Piala AFF Suzuki Cup 2018 sebab ligamen lutut koyak – Di sebalik Adisak menjaringkan 6 gol, dirinya hampir saja tak bermain dalam Piala AFF Suzuki Cup 2018. Ini kerana Adisak mengalami kecederaan lutut pada Februari lalu.
Ikutkan cedera begini memerlukan masa setahun untuk pulih tapi dia berusaha keras untuk sembuh di mana dalam masa 6 bulan, Adisak sudah disahkan cergas. Tapi masa yang sama, penyerang hebat ini masih bimbangkan kecederaan dialaminya. (Owh mungkin sebab itu Adisak menyepak bola ke atas sehingga menembus orbit bumi..hikz).
Tapi bukan itu saja kecederaan Adisak. Sepanjang kariernya, Adisak alami kecederaan lutut sebanyak tiga kali antara 2016-2017.
Pada Piala AFF Suzuki Cup 2016, kecederaan lutut memaksanya tidak bermain. Pada April 2017, kecederaannya masih bersisa walau tidak separah 2016. Dan sekali lagi, lututnya cedera pada Februari 2018 membuatkan dia tidak beraksi sepanjang musim Thai League 1. Malah Adisak sempat berfikir untuk pencen dari bermain bola sepak.
Penggemar Ultraman – Mesti korang pernah tengok dia silangkan tangan macam siri kartun popular dari Jepun iaitu Ultraman. Inilah signaturenya kerana dia meminati karektor kartun Ultraman yang pernah kita tengok masa kecik-kecik dulu. Mesti korang ingatkan terutama bagi generasi 80-an kerana siri kartun ini memang top sangat-sangat. Bila bateri dekat dada dia nak padam masalah tu lah Ultraman kembali kuat. Fire..fire.
Tonggak utama Muangthong United –Jangan tak tahu, Adisak ini memang hebat wei. Dia merupakan tonggak utama bagi Muangthong United sejak beberapa tahun lalu. Kelab ini bukan calang-calang ya.
Malah Muangthong United telah menyertai Liga Perdana Thailand sejak 2009 selepas memenangi gelaran Liga Divisyen 1 Thailand pada 20018. Muangthong United adalah salah satu kelab bola sepak terkaya di Thailand. Kelab ini dikenali sebagai The Kirins atau Twin Qilins. Kini kelab ini berada di kedudukan ke empat di Liga 1 Thailand.
Adisak pernah berlakon filem –Jangan tak tahu, Adisak pernah berlakon filem. Tajuknya Film You And Me XXX. Bukan dia saja tapi ramai pemain top Thailand seperti Chanathip Songkrasin dan Tristan Do. Filem ini mengisahkan mengenai seorang mahasiswa bernama Pong yang harus masuk kelab bola sepak walau pun dia tahu pun main bola. Hah, mesti bestkan..
Apa pun begitulah bola. Adat ada menang dan kalah. Apa pun terima kasih Adisak kerana menggembirakan hati rakyat Malaysia semalam. Jom ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember ini untuk saksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki Cup 2018. Tak kisah sapa lawan Malaysia antara Vietnam atau Filipina. Yang pasti ayuh Malaysia.