“ADOI, DRAMA LAGI. Terlalu Ramai Hati Tak Jujur, Chef Wan Komen Isu Perlantikan Peguam Negara

Share

Nampaknya isu perlantikan Peguam Negara Tommy Thomas yang dicadangkan oleh kerajaan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Sultan Muhammad V terus mendapat perhatian serius dari segenap lapisan masyarakat.

Isu bermula apabila YDP Agung Sultan Muhammad V dikatakan akan meneliti dahulu perlantikan nama dan mesyuarat itu akan dilakukan esok bersama Raja-Raja Melayu berkenaan kes perlantikan ini.

Sementara itu dalam satu sidang akhbar, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata, mereka hanya menghantar satu nama sahaja iaitu Tommy Thomas bagi menggantikan Tan Sri Apandi Mohamad yang diminta berundur dari tugas sebagai Peguam Negara sebaik Pakatan Harapan dapat menerajui kerajaan.

Isu ini agak panas apabila nama Tommy Thomas ini diusulkan. Isu agama iaitu perlantikan BUKAN ISLAM dikaitkan sekaligus timbul pelbagai isu pro dan kontra dalam hal perlantikan ini. Masa yang sama, tertulis di dalam perlembagaan Islam adalah agama rasmi di negara ini dan tiada yang mampu mengganggu gugatnya.

Disebabkan terlalu ramai mengulas dengan pelbagai alasan, tidak terkecuali mengulas isu perlantikan nama Peguam Negara ini ialah chef terkemuka iaitu Chef Wan yang menulis di instagramnya.

Nama peguam tersohor ini, Tommy Thomas dicadangkan sebagai Peguam Negara namun esok adalah penentuan keputusannya

Menurutnya, isu perlantikan ini tidak patut dipertikaikan kerana ia bukan berkaitan bangsa atau agama tetapi adalah sebagai satu Malaysia.

Tulisnya, “Adoi drama lagi negara kita. Kali ini dengan pelantikan peguam negara. Amat mengagumkan dengan sistem perundangan negara, boleh pula (peguam) negara jadi pak turut.

“Patut la negara kita kucar-kacir kerana terlalu ramai manusia yang hati tidak jujur, mereka lebih mementingkan hak bangsa masing-masing di sebalik melihat kita semua sebagai Malaysia yang satu,” katanya di media sosial.

Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail berkata dalam keadaan sekarang masih ramai mahu mempertikaikan calon AG kerana faktor bangsanya.

“Dan kita masih mempertikaikan bangsa asing nak dilantik menjadi peguam negara? Macam cerita menteri kewangan (lalu) pula. Yang songlap habis (duit) tu bukan orang Melayu ke?” katanya lagi.

Chef Wan menambah isu berkenaan mesti diselesaikan mengikut perlembagaan.

Mengenai latar belakang agama, katanya, ia sepatutnya tidak menjadi isu besar kerana peranan sebagai penasihat kepada Agong boleh dimainkan oleh institusi lain yang berkaitan.

“Kita kenalah ikut perlembagaan dan pelantikan kena betul-betul manusia yang berpengalaman jujur dan sesuai untuk jawatan tersebut.

“Perihal agama, bukan ke ada badan termasuk mufti yang boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong?” katanya.

Inilah senarai Peguam Negara yang pernah dilantik oleh pihak kerajaan Malaysia

Apandi yang tidak disenangi  Pakatan Harapan kerana peranannya dalam siasatan skandal 1MDB melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak serta isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Pernah menjadi hakim, Apandi adalah orang yang bertanggungjawab mengesahkan Najib tidak melakukan sebarang penyelewengan atau salah laku dalam skandal 1MDB serta anak syarikatnya SRC International.

Kredit :- Malaysia Kini

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros