MENYINGKAP PERJALANAN TIGA TAHUN YANG DILALUI LIMA DEWI PENYERI ISU MAC 2022 KAMI, SERIBU SATU PERASAAN TERUNGKAP MENGENANGKAN MEMORI MANIS BERSAMA. KELIBAT MEREKA SEMAKIN DIRASAI DALAM LALUAN MASING-MASING. SETIAP SEORANG PUNYA KISAH TERSENDIRI SEBAIK TIRAI DEWI REMAJA 2019 BERLABUH.
ARAHAN SENI: FZ AIMMAN, AZNIZA & MUSTAIZZAH PENGARANG: FZ AIMMAN PENYELARAS: RUZIANA ZAINAL, NOOR AIN NORMAN & FIEZREEN AHMAD JURUFOTO: AZFARINA SULAIMAN UNTUK IDEAKTIV SUNTINGAN: HEZRY ROKMAN PENGARAH KREATIF NADIA ABDULLAH PENERBIT VIDEO JUNIOR: SHERFIQA SHARIDAN JURUVIDEO: IZZUDIN ISMAIL & MUSLIM ABDULLAH SUNTINGAN VIDEO: AMIRUL FITRI SOLEKAN & DANDANAN: ARY MUZAMER BUSANA: GUESS & RIZMAN RUZAINI AKSESORI: HILL TO STREET
ADRIANA GHAFAR
BERKONGSI KISAH REALITI DI SEBALIK MISI BREAKING THROUGH MILIKNYA.
Tempoh beberapa bulan sesudah berakhirnya sesebuah pertandingan terbukti adalah tempoh yang amat penting buat mana-mana peserta program realiti. Ia menandakan bermulanya ‘pertandingan’ sebenar yang bakal membezakan momentum para pesertanya. Usah terkejut sekiranya yang lebih awal meninggalkan pertandingan memuncak naik dengan populariti serta produk berkualiti dalam tempoh tersebut. Apa jua boleh berlaku; bak kata orang it is a do-or-die time.
Justeru, apabila Adriana Ghafar yang menjadi bualan ramai penonton dek jawapan menyentuh jiwa yang dikongsikannya pada klimaks malam finale Dewi Remaja 2019; memilih untuk mendahulukan haluan sebagai pelajar jurusan perundangan di Universiti Malaya, ramai bertanyakan sekiranya sang Naib Juara itu tidak berminat untuk menempa nama dalam kancah seni tempatan.
Adriana tidak menghilang, jauh sekali melarikan diri. Gadis berusia 24 tahun ini hanya ingin menamatkan perjuangan yang sudahpun dimulakannya sebelum penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2019.
“Pendidikan amatlah penting untuk saya. (Bergelar graduan jurusan undang-undang) juga merupakan impian keluarga saya. Bagi saya, untuk mengejar impian peribadi (sebagai seorang anak seni), saya perlu terlebih dahulu fulfill impian yang sudah ada dalam tangan.
Ads
“Saya menyertai pencarian Dewi Remaja setelah memulakan pengajian di Universiti Malaya. Sejak awal lagi, saya telah bulatkan tekad menghabiskannya pengajian walaupun rakan-rakan Dewi lain sudahpun giat menapak dalam industri hiburan. Pendidikan buat waktu ini adalah keutamaan saya.
“Jujurnya, saya pernah mempunyai perasaan ‘ketinggalan’ berbanding finalis lain. Ramai bertanyakan ke mana si Naib Juara sedangkan finalis lain sudahpun menyelesakan diri di landasan seni. You know what, I am not afraid.
“Tak kisah cepat atau lambat, rezeki tetap akan menjadi milik kamu jika kamu percaya boleh melakukannya. Semua orang ada jalan masing-masing and I am happy trully for my Dewi sisters,” ulasnya penuh tertib.
Sepanjang pencarian Dewi Remaja 2019, Adriana Ghafar merupakan salah seorang calon underdog yang bijak mengintai peluang dan masa yang tepat untuk menyerlah serta membekaskan impak di mata juri. FOTO oleh AZFARINA SULAIMAN untuk IDEAKTIV
“Naib Juara tidak hilang, cuma lambat sedikit. Benda ini… saya tidak kisah pun apa orang cakap kerana saya percaya pada kemampuan sendiri. That is exactly what Dewi Remaja has taught me.”
Benarlah kata Adriana, peluang yang tepat akan tiba pada waktu yang tepat.
Kemunculannya menerusi drama Kisah Cinta Kita di slot Akasia TV3 telah membuka pengalaman buat Adriana mengadaptasi diri di set penggambaran. Sedikit perasaan kekok dan gementar bila kembali berhadapan dengan kamera tidak dapat Adriana elakkan setelah agak lama tidak beraksi. Begitupun, ia pantas dapat diatasi setelah beberapa babak dilakonkan.
“An actor will progress over time dan begitu juga saya. Dengan penyertaan dalam lebih banyak kelas lakonan selepas ini, saya pasti skil lakonan dapat terus diasah.”
Adriana merupakan salah seorang persona yang tidak mengenal erti mengalah. Bak katanya, dia dan finalis lain telah, “Mempelajari kepentingan menjaga diri dan masa serta keinginan untuk berjaya satu hari nanti. Displin dan pemikiran positif secara tidak langsung telah membantu membentuk diri saya pada hari ini.”
Penyertaannya dalam pencarian Dewi Remaja buat kali kedua setelah terdahulu mencuba nasib pada tahun 2018 telah menghadirkan keyakinan yang lebih tinggi untuk menaruh harapan dan benar-benar menonjolkan kebolehan. Ia dilakukannya sendiri tanpa paksaan sesiapa.
“Ia adalah keputusan yang tepat. Bila saya berjaya melepasi kesemua pusingan uji bakat itu, saya terus merasa wow.. benarlah bila kita fokus, percaya dan serius untuk menyertai sesuatu pertandingan atau melakukan apa saja dalam hidup, you can definitely nail it.”
Satu demi satu langkahnya ke pentas finale dicatur dengan tenang. Tidak keterlaluan jika saya gambar Adriana sebagai salah satu calon underdog yang bijak mengintai peluang dan masa yang tepat untuk menyerlah serta membekaskan impak. Buktinya, jawapan finale milik Adriana masih terngiang-ngiang dalam ingatan kami.
“Jawapan saya pada malam itu hadir dari hati. Ia keluar secara natural dan lancar. I personally also like my answer.. dan saya masih nak jadi macam ayah saya.”
“Itu merupakan memori yang berbekas untuk saya. Orang akan ingat saya disebabkan oleh jawapan tersebut.”
Ads
Menempatkan diri sebagai Naib Juara Dewi Remaja 2019 tidak pernah terlintas dalam ingatannya. Adriana sekadar menyasarkan kedudukan tiga finalis terbaik pada malam tersebut, lalu sukar untuknya menggambarkan perasaan berdiri bersebelahan Shaza Bae pada waktu itu.
“Sepanjang pertandingan, I really felt mentally challenged. It is not so much about how others think of me; it is rather about my confidence, really. Saya selalu terbayangkan, ‘Aku boleh buat ke tak?’ dari awal sehinggalah ke malam finale. Akhirnya pada momen terakhir itu, barulah saya punya kekuatan to just let it go and be myself,” katanya yang menyerahkan segala kudrat dan harapan kepada Yang Maha Esa. Jika ada rezeki, adalah; fikirnya.
(Dari Kiri) : Syamira Nazir, Nina Amin, Shaza Bae, Myra Natasya dan Adriana Ghafar sebagai penghias hadapan Majalah Remaja edisi digital Mac 2022. FOTO oleh AZFARINA SULAIMAN untuk IDEAKTIV
Gelaran Naib Juara Dewi Remaja 2019 yang disandangnya itu sekaligus menjadi pivotal point buat Adriana DAN ramai gadis remaja yang menyaksikan momen tersebut. Sekali lagi dia membuktikan bahawa kepercayaan dalam diri dan frasa ‘believe in yourself’ bukan satu omongan kosong.
“Ketahuilah matlamat kamu berada di uji bakat Dewi Remaja 2022 sebelum hadir ke sana. Cari apa misi sebenar kamu selepas pencarian itu berakhir. Dari situ, kamu akan lebih yakin mempersembahkan diri kamu di hadapan para juri. Tonjolkan saja diri, do not reserve your potential in front of them,” pesannya kepada mereka yang bakal meneruskan legasi jenama Dewi Remaja pada tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jelas, Noor Neelofa Mohd Noor sering menjadi rujukan dan contoh seorang wanita berjaya di Malaysia.
Bukan sahaja memiliki raut wajah cantik, Dewi Remaja 2009/2010 ini juga dikagumi semua lapisan masyarakat dan dijadikan idola oleh remaja perempuan terutamanya.
Setelah menamatkan zaman bujang pada 27 Mac lalu, pengantin baru ini telah dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh kerajaan Kelantan.
Sebagai usahawan berjaya, Neelofa menjadi salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah di majlis sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.
Untuk info, anugerah HSK merupakan program tahunan yang diperkenalkan kerajaan Kelantan bagi merai, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan dalam negeri. Ia dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan.
Menariknya, ini bukanlah kali pertama Neelofa diiktiraf sebagini. Sebelum ini pelakon dan usahawan terkenal ini berjaya menggondol Anugerah Usahawan di Influencer Awards 2019 yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco.
Apapun, we have always loved her business-y vibes.
Sebagai contoh wanita yang sentiasa mahukan yang terbaik dalam kehidupan tidak kiralah dari sudut kerjaya mahupun rohani, kami pasti ramai yang terus terinspirasi dengan pencapaiannya. Tidak kisahlah lelaki atau perempuan boleh mencontohi nilai positif yang ditonjolkan wanita ini.
Selalu kita dengar orang cakap, “Orang cantik untunglah. Mekap macam mana pun cantik. Tak mekap pun boleh keluar rumah!”
Disebabkan itulah, ramai remaja perempuan yang obses memakai mekap tebal pada setiap hari. Nak pergi tengok movie – mekap tebal. Nak pergi kelas – mekap tebal.
Kadang-kadang sampai nak pergi rumah member sendiri pun, ramai yang tak confident untuk mengenakan mekap nipis.
Sebenarnya, korang just kena cuba produk mekap yang betul dan sesuai dengan kulit wajah. Sometimes, pakai tebal-tebal pun tak nampak seri juga sebab salah gunakan produk. Bila kami tanyakan kepada Dewi Remaja, mereka pun setuju dengan statement kami.
“Percaya tak, kebanyakan daripada kami pun tak suka pun pakai mekap tebal melainkan terpaksa untuk bekerja,” kata salah seorang finalis iaitu Ernisha sebelum menyambung, “Bila kami dapat makeup kit box daripada penaja kami iaitu Obsess Cosmetics, seriously ia bertepatan dengan keperluan everyday saya.
“So far, saya dah cuba beberapa produk macam Blusher Stick, Liquid Matte Lipstick (favorite Ernisha Chipsmore) dan Loose Powder. Ramai yang selalu tanyakan kepada saya macam mana nak dapatkan pipi yang sedikit merah, tak over. Korang cuba guna blusher stick ni.
“Walaupun terlebih apply, senang sangat nak blend semula,” katanya.
Untuk Zeera Azizi pula, produk favorite daripada Obsess Cosmetics adalah Duo Stick Eyeshadow.
“Kalau tak biasa pakai eyeshadow, korang try dulu stick eyeshadow. Senang je sebab yang Zeera pakai ini (Buttermilk) tak berapa nak shiny atau metalik. Especially bagi yang bermata coklat tu, mata memang pop out!”
Tak complete-lah makeup kita tanpa produk untuk bibir kan? Ada sesetengah orang yang tak berapa gemar sangat kalau gincu atau lip gloss mereka melekit. Sama juga seperti Aween Ismail dan Rasya Dean.
“Yang Aween pakai ni ialah Liquid Matte Lipstick: Jellybean. Tak berapa nak pink sangat so orang dekat sekeliling tak adalah terkejut tengok muka korang (ketawa). Cara warna dia absorb pun not bad.”
“Okay, Rasya pula apply Liquid Matte Lipstick Lollipop. Rasya rasa warna ni ‘kena’ kalau korang nak match dengan solekan natural ataupun solekan dramatik.
“Nak keluar rumah, calit je then boleh keluar.”
Ada beberapa lagi produk yang mereka dapat seperti Insanely Long Mascara dan DD Cushion Foundation.
“Tia tahu maskara ni antara produk terbaru oleh Obsess Cosmetics. And for me, that is wonderful sebab Tia jenis yang tak pakai mekap sangat di luar tetapi mascara is a must! Kalau tak, mata terus nampak tak bertenaga. Tia suka brush dia juga, senang nak apply walaupun kalau korang newbie.”
“Ini step wajib untuk Sherin sebab nak elakkan muka berminyak, kan. For me, loose powder adalah antara produk yang semua perempuan kena ada di dalam handbagespecially loose powder yang tak tebal macam Obsess Cosmetics ni.
“Muka tak rasa cakey, and bau pun best!”
***
Walaupun mereka sukakan produk berlainan, tapi yang penting mereka semua rasakan mekap harian tak perlu tebal mana pun. Asalkan korang tau bahagian muka mana yang nak kena highlight, dah cukup dah untuk bersiap.
Paling penting, kena confident setiap masa!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi individu Noor Neelofa Mohd Nor bukanlah mudah seperti yang dilihat oleh masyarakat. Kejayaannya hari ini dilalui penuh dengan cabaran dan liku-liku sebelum sampai ke tahap di mana personaliti ini berada sekarang.
Bermula dengan hanya seorang peniaga kasut selepas Neelofa menjuarai Pencarian Dewi Remaja 2009/10, wanita ini terus mewarnai industri hiburan tanah air dengan membintangi drama serta filem, selain turut bergelar pengacara TV dan model.
Setapak lagi ke hadapan, Neelofa terus menempa kejayaan dan bergelar seorang usahawan berjaya melalui jenama tudungnya, Naelofar Hijab.
Nama Neelofa juga kini sudah ke peringkat antarabangsa apabila dia sering menghadiri pertunjukan fesyen yang menghulurkan jemputan kepadanya.
Sebagai seorang selebriti berhijab, Lofa turut berbangga kerana dia menjadi di antara wakil pertama individu berhijab di pentas fesyen dunia.
Pernah ditolak oleh jenama fesyen terkenal dunia
Berkongsi pengalamannya ketika mula-mula berhijab dahulu, Lofa mengakui bahawa dia pernah ditolak oleh sebuah jenama fesyen terkenal dunia yang bertapak di Malaysia ketika ingin membuat pinjaman pakaian daripada mereka.
“Masa mula-mula saya nak loan baju dari[ada sebuah jenama fesyen mewah dunia, saya pernah kena reject kerana mereka mengatakan bahawa jenama tersebut tidak sesuai dipakai oleh individu yang berhijab.”
Oh no they did not!
“Ketika itu saya agak terkejut kerana alasan yang diberikan oleh pihak mereka.
“Adakah mereka ingat orang yang berhijab itu tidak pandai bergaya? Orang kampung? Jadi dari situ saya rasa tercabar dan ingin membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu duduk serta berdiri sebaris dengan orang lain di peringkat antarabangsa.
“Mula-mula saya menggayakan turban jika menghadiri event luar negara tetapi Alhamdulillah, pada September lalu saya berjaya menggayakan hijab sepenuhnya ketika menghadiri fashion show antarabangsa. Saya bangga kerana dapat membawa imej berhijab di mata dunia.
“Ini baru langkah permulaan untuk saya kerana ada banyak lagi yang saya nak capai dalam kerjaya ini,” jelas Neelofa yang berkongsi pengalamannya bersama Top 7 Finalis Dewi Remaja di Ate Cetera, Sri Hartamas.
Walaupun sibuk dengan kerjayanya, Neelofa sempat meluangkan masa bersama juniornya bagi memberi semangat dan kata-kata nasihat kepada mereka yang bakal memasuki dunia hiburan nanti.
Apa-apa pun, terima kasih kami ucapkan kepada Neelofa dan semoga anda lebih berjaya di masa akan datang dan terus menjadi inspirasi buat anak muda yang ingin berjaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang tukang sapu di Thailand secara tidak sengaja menjadi perhatian ramai selepas videonya dimuat naik oleh seorang jurugambar dari Rusia tular di TikTok.
Jurugambar tersebut,...