“Pendidikan amatlah penting untuk saya. (Bergelar graduan jurusan undang-undang) juga merupakan impian keluarga saya. Bagi saya, untuk mengejar impian peribadi (sebagai seorang anak seni), saya perlu terlebih dahulu fulfill impian yang sudah ada dalam tangan.
“Saya menyertai pencarian Dewi Remaja setelah memulakan pengajian di Universiti Malaya. Sejak awal lagi, saya telah bulatkan tekad menghabiskannya pengajian walaupun rakan-rakan Dewi lain sudahpun giat menapak dalam industri hiburan. Pendidikan buat waktu ini adalah keutamaan saya.
“Jujurnya, saya pernah mempunyai perasaan ‘ketinggalan’ berbanding finalis lain. Ramai bertanyakan ke mana si Naib Juara sedangkan finalis lain sudahpun menyelesakan diri di landasan seni. You know what, I am not afraid.
“Tak kisah cepat atau lambat, rezeki tetap akan menjadi milik kamu jika kamu percaya boleh melakukannya. Semua orang ada jalan masing-masing and I am happy trully for my Dewi sisters,” ulasnya penuh tertib.
ARTIKEL BERKAITAN : Graduan Undang-Undang UM Raih Gelaran Naib Juara Dewi Remaja 2019 – REMAJA
“Naib Juara tidak hilang, cuma lambat sedikit. Benda ini… saya tidak kisah pun apa orang cakap kerana saya percaya pada kemampuan sendiri. That is exactly what Dewi Remaja has taught me.”
Benarlah kata Adriana, peluang yang tepat akan tiba pada waktu yang tepat.
Kemunculannya menerusi drama Kisah Cinta Kita di slot Akasia TV3 telah membuka pengalaman buat Adriana mengadaptasi diri di set penggambaran. Sedikit perasaan kekok dan gementar bila kembali berhadapan dengan kamera tidak dapat Adriana elakkan setelah agak lama tidak beraksi. Begitupun, ia pantas dapat diatasi setelah beberapa babak dilakonkan.
“An actor will progress over time dan begitu juga saya. Dengan penyertaan dalam lebih banyak kelas lakonan selepas ini, saya pasti skil lakonan dapat terus diasah.”
Adriana merupakan salah seorang persona yang tidak mengenal erti mengalah. Bak katanya, dia dan finalis lain telah, “Mempelajari kepentingan menjaga diri dan masa serta keinginan untuk berjaya satu hari nanti. Displin dan pemikiran positif secara tidak langsung telah membantu membentuk diri saya pada hari ini.”
Penyertaannya dalam pencarian Dewi Remaja buat kali kedua setelah terdahulu mencuba nasib pada tahun 2018 telah menghadirkan keyakinan yang lebih tinggi untuk menaruh harapan dan benar-benar menonjolkan kebolehan. Ia dilakukannya sendiri tanpa paksaan sesiapa.
“Ia adalah keputusan yang tepat. Bila saya berjaya melepasi kesemua pusingan uji bakat itu, saya terus merasa wow.. benarlah bila kita fokus, percaya dan serius untuk menyertai sesuatu pertandingan atau melakukan apa saja dalam hidup, you can definitely nail it.”
Satu demi satu langkahnya ke pentas finale dicatur dengan tenang. Tidak keterlaluan jika saya gambar Adriana sebagai salah satu calon underdog yang bijak mengintai peluang dan masa yang tepat untuk menyerlah serta membekaskan impak. Buktinya, jawapan finale milik Adriana masih terngiang-ngiang dalam ingatan kami.
“Jawapan saya pada malam itu hadir dari hati. Ia keluar secara natural dan lancar. I personally also like my answer.. dan saya masih nak jadi macam ayah saya.”
“Itu merupakan memori yang berbekas untuk saya. Orang akan ingat saya disebabkan oleh jawapan tersebut.”
Menempatkan diri sebagai Naib Juara Dewi Remaja 2019 tidak pernah terlintas dalam ingatannya. Adriana sekadar menyasarkan kedudukan tiga finalis terbaik pada malam tersebut, lalu sukar untuknya menggambarkan perasaan berdiri bersebelahan Shaza Bae pada waktu itu.
“Sepanjang pertandingan, I really felt mentally challenged. It is not so much about how others think of me; it is rather about my confidence, really. Saya selalu terbayangkan, ‘Aku boleh buat ke tak?’ dari awal sehinggalah ke malam finale. Akhirnya pada momen terakhir itu, barulah saya punya kekuatan to just let it go and be myself
,” katanya yang menyerahkan segala kudrat dan harapan kepada Yang Maha Esa. Jika ada rezeki, adalah; fikirnya.Gelaran Naib Juara Dewi Remaja 2019 yang disandangnya itu sekaligus menjadi pivotal point buat Adriana DAN ramai gadis remaja yang menyaksikan momen tersebut. Sekali lagi dia membuktikan bahawa kepercayaan dalam diri dan frasa ‘believe in yourself’ bukan satu omongan kosong.
“Ketahuilah matlamat kamu berada di uji bakat Dewi Remaja 2022 sebelum hadir ke sana. Cari apa misi sebenar kamu selepas pencarian itu berakhir. Dari situ, kamu akan lebih yakin mempersembahkan diri kamu di hadapan para juri. Tonjolkan saja diri, do not reserve your potential in front of them,” pesannya kepada mereka yang bakal meneruskan legasi jenama Dewi Remaja pada tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Nina Amin Kikis Rasa Malu Demi Kerjaya Modelling
BACA LAGI : Syamira Nazir Tidak Jadikan Hijab Satu Penghalang – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.