Advance Kanak-Kanak Sekarang, Budak Lelaki 5 Tahun Pandu Kereta Ibunya Untuk Beli Lamborghini

Share

Advance betul budak-budak sekarang.

Bukan main susah lagi nak tegur anak-anak zaman sekarang. Sangat berbeza dengan kita zaman dahulu apabila rotan dan suara tegas dari ayah dan ibu pun boleh buat kita menangis.

Tapi hal yang berlaku di pada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ini memang rare

. Beliau ditahan memandu kenderaan milik ibunya oleh pihak polis sewaktu dalam perjalanan untuk membeli Lamborghini.

Kanak-kanak tersebut ditahan di sebuah lebuh raya Utah berdekatan Ogden.

Menurut laporan media tempatan, pada mulanya pihak polis menjangkakan dia merupakan pemandu kurang upaya (OKU). Mereka kemudiannya terkejut setelah mendapati pemandu kereta berkenaan sebenarnya merupakan seorang kanak-kanak lelaki.

Lebih mengejutkan adalah apabila pihak polis mendapati kanak-kanak itu ternyata sedang menuju ke California yang terletak kira-kira 800 batu dari kawasan tersebut.

Menurut seorang jurucakap polis menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter, kanak-kanak itu merajuk dengan ibunya kerana wanita berkenaan tidak mahu membelikannya sebuah Lamborghini.

“Jadi, dia membuat keputusan untuk memandu kereta ibunya dan menuju ke California untuk membeli kereta itu sendiri,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, polis hanya menemui wang sebanyak AS$3 (kira-kira RM13) di dalam dompet kanak-kanak tersebut semasa soal siasat dijalankan.

Hebatnya kau dik, 5 tahun dah pandai memandu kereta sendiri. Penulis masa umur 5 tahun pakai  basikal beroda lagi. 

Sumber : Astro Awani

 

Published by
Nana