Sebaik sahaja drama Budak Tebing yang memasuki musim ketiga mula ditayangkan sejak minggu lalu, salah seorang watak utamanya, Tongki telahpun dimatikan.
Watak Tongki lakonan Aedy Ashraf ditamatkan ‘riwayatnya’ seakat episod kedua dan ‘plot twist’ awal ini langsung tidak disangka-sangka oleh peminat setia drama tersebut. Ini kerana Tongki merupakan tulang belakang kepada drama Budak Tebing di samping watak Arif.
REMAJA menemui Aedy baru-baru ini bagi mendapatkan pandangannya berkenaan kejutan jalan cerita ini.
“Saya sangat gembira dapat kembali bekerjasama untuk drama Budak Tebing bagi musim ketiga. Ia bukanlah sepenuhnya pasukan produksi yang sama apabila kita mempunyai pengarah baharu serta beberapa pelakon baharu yang menjayakan watak berbeza. Kesemua perubahan ini memberikan nafas baharu untuk peminat setia drama ini dari segi lakonan serta jalan cerita.”
(Terdahulu, Budak Tebing 1 dan 2 telah diarahkan oleh Feroz Kadir manakala musim terbaru ini diarahkan oleh Nizam Zakaria.
“Saya sendiri pun belum menontonnya tapi saya percaya peminat Budak Tebing sebelum ini akan suka dan ingat musim ini sampai bila-bila. Ini kerana ia mempunyai elemen sentimental pada kali ini.
“Pada episod kedua, karakter saya sebagai Tongki telah dimatikan. Ia bermakna saya tidak akan terlibat secara menyeluruh dalam musim ini seperti musim-musim terdahulu,” jelasnya yang ditemui pada acara pelancaran butik wangian, Creed di Pavilion Kuala Lumpur.
“ ‘Kematian’ ini memberi impak kepada jalan cerita di sekeliling Tongki dan peminat Budak Tebing yang sudah terbiasa dengan kelibat karakter Tongki pada setiap episod.
Ads
“Kita akan dapat lihat bagaimana kehidupan budak tebing akan diteruskan tanpa adanya Tongki. Adakah mereka akan lost? Penonton perlulah mengikut episod-episod seterusnya untuk mendapat tahu.
“Walaupun Tongki kelihatan messy dan bergelar ‘budak tebing’, dia ialah seorang yang mempunyai pendirian yang sangat tetap. Persahabatan baginya adalah sesuatu yang diutamakannya. Nombor satu. Jika kawan dia lost sekejap, dia akan tarik semula kawannya ke jalan betul untuk tidak lupakan diri.
“Di situ, watak Tongki ini telah memberi kesedaran terutamanya kepada penonton remaja betapa pentingnya persahabatan dan menghargai kawan di sekeliling. Once gone, they will not come back,” ujarnya.
Aedy dan Adam Lee (kiri) dalam musim kedua Budak Tebing. FOTO: Instagram @aedyxashraf
Berkenaan perasaan Aedy apabila watak Tongki ditiadakan selepas episod kedua Budak Tebing 3, pelakon berusia 29 tahun ini mengejutkan penulis apabila dia mengakui idea untuk mematikan watak itu hadir daripadanya sendiri.
“Saya yang mengusulkan idea (mematikan watak Tongki) ini atas sebab-sebab kukuh dan mereka pun bersetuju setelah kami berbincang.
“Pada mulanya, skrip asal melibatkan saya sebanyak 13 episod penuh. Tipulah jika saya kata saya tidak cintakan karakter Tongki dan drama Budak Tebing.”
“Namun pada masa yang sama, saya perlu ‘keluar’ daripada kepompong Tongki.”
Ads
“Ini agar saya boleh menjadi seorang pelakon versatil yang akan diingati untuk karakter berbeza.
“Bagi setiap karakter yang saya bawa, saya hendak ia melekat di hati penonton. Disebabkan alasan itu dan di atas persetujuan stesen TV serta penerbit, mereka mematikan karakter Tongki.”
Ulas Aedy lagi, keputusan ini tidak seharusnya membuatkan peminat drama Budak Tebing dan peminatnya untuk tidak lagi mengikuti perjalanan drama ini.
Malah, Aedy berpendapat penonton pasti akan menikmati keseluruhan jalan cerita Budak Tebing 3 dengan beberapa karakter baharu seperti Kylo dan Husna; masing-masing dilakonkan oleh Nabil Aqil dan Nia Atasha.
Ads
“Saya fikirkan, selepas Aedy Ashraf, siapa? Jadi inilah masanya untuk pelakon-pelakon baharu ini menunjukkan bakat dalam sebuah drama yang mempunyai asas sekukuh siri Budak Tebing,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Aedy cuba menenangkan peminat Budak Tebing yang kecewa dengan kematian watak Tongki menerusi hantaran terbaru di Instagram.
“Terima kasih kepada yang setia menunggu Tongki. I love you,” tulisnya.
Budak Tebing 3 bersiaran untuk slot Lestary di saluran TV3 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9 malam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sehari ditayangkan, khabarnya Mael Totey The Movie telah pun mencatatkan kutipan hampir RM700,000 di saluran Astro First. Drama arahan Syahmi Sazli ini membuktikan bahawa meskipun beliau seorang YouTuber, namun anak Kelantan ini berjaya menarik perhatian penonton di kaca televisyen.
Filem ini juga merupakan sebuah hasil karya lakonan finalis Dewi Remaja 2018/2019, Aween Ismail yang juga merupakan anak kelahiran Kelantan. Tawaran yang diterima sekitar beberapa bulan lalu membuahkan hasil apabila filem tersebut nampaknya berjaya menarik perhatian penonton.
Jika sebelum ini penonton hanya dapat menyaksikan drama spontan hasil karya Syahmi Sazli di laman YouTube dengan durasi video kurang daripada 20 minit, kini pastinya ramai yang teruja untuk melihat hasil karyanya di kaca TV.
Mengisahkan tentang seorang pemuda lurus bendul, Mael yang cuba memikat gadis bernama Yaya (Aween Ismail), tetapi gadis itu telah meletakkan syarat untuk Mael belajar bahasa Inggeris terlebih dahulu. Semuanya berubah apabila Mael belajar bahasa Inggeris bersama ‘Teacher’.
Nak tahu apa kesudahannya? Korang kenalah tonton sendiri di Astro First. Hiks!
Turut membintangi filem tersebut adalah Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad dan dibantu oleh pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof dan Aznah Hamid.
Korang masih lagi sempat untuk menonton filem ini di saluran Astro First (480) sekarang. Apa lagi, jom support filem tempatan.
Syabas Remaja ucapkan buat seluruh warga kerja Mael Totey The Movie!
Sedapnya air RB Float lagi sedap kalau hanya RM1!!!
Bercakap mengenai A&W kami percaya ramai yang mempunyai nostalgia manis tersendiri dengan restoran makanan segera ini. Tidak dilupakan menu wajib disini, RB Float yang sentiasa menjadi pilihan kebanyakan pelanggan.
Ada berita baik guys!
Bersempena National RB Float Day, restoran A&W membuat promosi hebat iaitu air RB hanya RM1. Serius la wehh…
Berkongsi maklumat dalam laman Facebook rasmi jenama itu berkata, promosi tersebut sah di semua cawangan A&W dan boleh ditebus untuk makan di restoran atau dibawa pulang. Malah, promosi ini tersedia selagi stok masih ada dan tertakluk pada terma dan syarat.
HAPPY NATIONAL RB FLOAT DAY! Grab a regular RB float with one scoop of ice-cream for ONLY RM1! Packed with all…
Bagaimanapun perlu diingatkan, menu terbaru ini hanya boleh didapati dalam masa terhad iaitu hari ni sahaja sehigga 12 tengah malam nanti dan juga berdasarkan stok masih ada.
Jom cepat-cepat pergi lepas ni tapi jangan lupa pakai face mask dulu okay. Stay safe guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa perkara pertama yang anda lakukan bila anda hadapi masalah? Adakah anda cari keluarga dan kawan-kawan dan kongsi kerisauan anda dengan mereka? Adakah anda minta bantuan orang lain? Atau anda minta pada Allah SWT dulu?
Malangnya, ramai orang tak cari Allah SWT dulu bila masalah datang. Mereka lebih memilih untuk mengadu pada orang lain dan hanya berdoa pada Allah SWT selepas bercerita pada manusia lain.
Ibn Abbas RA berkata; “Satu hari, aku sedang menunggang di belakang Rasulullah SAW bila Baginda bersabda: “Wahai lelaki! Aku akan mengajarkanmu beberapa perkara. Lindungi perintah-perintah Allah, dan Allah akan melindungimu. Lindungi hakNya, Dia akan selalu bersamamu. Jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan hanya pada Allah; dan jika kamu perlukan bantuan, berdoa hanya pada Allah untuk mendapat bantuan. Dan ingatlah jika semua orang berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, mereka tak akan dapat member manfaat kepada kamu melainkan apa yang Allah telah tentukan (untuk kamu); dan jika mereka semua berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadamu, meraka tak akan dapat memdatangkan apa-apa kepadamu melainkan apa yang telah Allah takdirkan untuk kamu. Pen telah diangkat dan dakwatnya telah kering.” (HR Tirmidzi)
Hadis yang indah ini adalah bukti bahawa kita mesti berpaling hanya kepada Allah SWT dahulu sebelum manusia lain. Dan jika Allah menghendaki, Dia akan memberikan anda jalan keluar dengan menghantarkan bantuan yang sesuai kepada anda.
Allah SWT cinta pada orang-orang yang hanya bergantung harap padaNya, jadi bila ada masalah yang datang menimpa, bantulah diri sendiri dengan cari Allah SWT dahulu. Cuba cara yang satu ini, dan lihat bagaimana hidup anda akan berubah.
Semarakkan kempen World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 31 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulhijjah 1438 bermula kam 11.30 pagi di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak dan kempen Merdeka #QuranHour pada jam 8.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...