Hiburan

Aedy Ashraf Genggam Anugerah Pertamanya Selepas 24 Tahun Berlakon, “Kepada Remaja, Jangan Putus Asa!”

Share

Kemenangan pelakon filem War On Terror: KL Anarchy, Aedy Ashraf menerusi kategori Aktor Filem Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 pada malam ini tidak disangka oleh Aedy sendiri.

Ini berikutan tempoh masa yang cukup lama diambil baginya diiktiraf di mana-mana acara anugerah yang mencalonkannya. Begitupun buat Aedy, segalanya tidak mustahil sekiranya kesabaran, dedikasi dan semangat untuk meneruskan minat seseorang itu diteruskan tanpa mengira penat lelah.

Bak kata Aedy sendiri, “What a time to be alive!

“Alhamdulillah. Pertama sekali saya rasakan untuk anugerah ini, saya ucapkan terima kasih kepada semua peminat saya yang telah mengundi. Terima kasih banyak-banyak untuk (trofi) ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua

“24 tahun saya berada dalam industri, ini merupakan anugerah pertama yang saya perolehi. Terima kasih ABP! Terima kasih kepada semua penaja,” katanya dalam ucapan yang diberikan.

Dalam pada itu, Aedy turut menggalakkan remaja Malaysia untuk tidak sesekali mengalah dalam mengejar impian mereka, no matter what your dreams are.

And if I can say something, kepada remaja-remaja dan orang muda di luar sana di Malaysia, saya mengambil masa 24 tahun untuk berada di sini. Di tempat yang saya mahukan ini.

“Jangan sesekali mengaku kalah, teruskan berusaha keras. Satu hari kelak, anda akan dapat apa yang ada inginkan. InsyaAllah,” katanya sambil kemudian melaungkan ungkapan ‘bebaskan Palestin’.

Turut tercalon dalam kategori Aktor Filem Popular kali ini ialah Bell Ngasri, Pekin Ibrahim, Kamal Adli dan Syafiq Kyle.

Tahniah Aedy!

BACA: Aedy Ashraf Pun Perlu Hantar Video Uji Bakat, Tidak Sewenangnya Dipilih Untuk Kahar Kapla High Council – REMAJA

BACA: Aedy Ashraf Jadikan ‘Beja’ Sebagai Penutup Watak Budak Sekolah Dalam Karier Lakonan – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ