Komposer yang juga selaku juri tetap rancangan realiti The Hardest Singing Show (THSS), Edry Abdul Halim tampil mengulas mengapa barisan juri memilih vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza sebagai juara, pada malam tadi.
Katanya, Aepul telah menunjukkan persembahan yang terbaik apabila berjaya memukau para penonton dengan drum terbalik 90 darjah di akhir persembahan nyanyiannya.
“Aepul ada wow factor, saya juga ada rujuk kepada pihak penerbit adakah kita perlu mengambil kira pencapaian mereka di minggu-minggu yang lepas. Tapi saya faham, kita nak beri peluang yang sama kepada semua peserta.
ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Juara Musim Pertama THSS, “Tak Pernah Menang Apa-Apa… Walaupun Cabutan Bertuah!”
“Lagi pun, saya sendiri dapat rasakan drum terbalik itu menjadikan satu dewan ‘wow’ dengan persembahan tersebut. Itu sebenarnya yang membuatkan orang nak lihat berulang di Youtube atau di mana-mana persembahan sebegitu,” katanya.
Pada masa sama, adik kepada pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim itu turut memaklumkan konsep dan tema yang mahu diketengahkan setiap peserta juga adalah memainkan peranan yang sangat penting bagi program itu.
“Peserta lain juga kemas, tapi ‘punchline’ itu kurang. Seperti Ayda, dia menggunakan konsep negara China. Mungkin dari pihak juri dan penonton berasa agak jauh sedikit dengan tema yang diketengahkan itu.
“Jadi, konsep juga memainkan peranan dalam pertandingan ini. Tapi saya tidak menafikan, persembahan Aepul tadi (malam semalam) iaitu momen terakhir, dia hadir dengan magis. Itulah goal yang sebenar,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Aepul dinobatkan sebagai juara dan sekali gus berjaya membawa pulang RM150,000.
Bertemakan ‘Taruhan Akhir’, Aepul Roza menampilkan persembahan yang sangat luar biasa menerusi lagu ‘It’s My Life’. Persembahan Aepul mendapat pujian dan standing ovation daripada penonton dan para juri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.