Vokalis Drama Band, Aepul Roza diangkat sebagai juara musim pertama pertandingan realiti nyanyian, The Hardest Singing Show 2024.
Menerusi dua persembahan cemerlang dengan menyampaikan lagu It’s My Life (Bon Jovi) dan Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7) bergandingan dengan Putera Muhammad, Aepul mengenepikan lima finalis lain sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM150,000, pakej pelayaran dan trofi kemenangan.
Dalam ucapannya sebagai juara, Aepul menzahirkan rasa syukurnya kepada Ilahi kerana dikurniakan rezeki berkenaan memandangkan dirinya tidak pernah merasai sebarang bentuk kemenangan sebelum ini.
“Terima kasih semua. Team produksi dan Astro untuk ruang dan peluang ini. Saya terkejut. Saya tidak pernah menang apa-apa pertandingan walaupun cabutan bertuah!
“Alhamdulillah, rezeki Allah. Terima kasih buat juri yang saya hormati kerana mempercayai saya,” kata Aepul di hadapan penonton siaran langsung.
Ads
Dalam pada itu, gelaran naib juara pula menjadi milik Ayda Jebat yang membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000, pakej pelayaran dan trofi.
Manakala kedudukan pemenang tempat ketiga pula disandang oleh Stacy yang melayakkannya membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, pakej pelayaran dan trofi.
Ads
Stacy juga kekal unggul apabila sekali lagi memenangi Anugerah pilihan THSS Alha Alfa yang mempertaruhkan hadiah wang tunai minggu bernilai RM10,000.
Aisha Retno menduduki tempat keempat diikuti oleh Putera Muhammad, tempat kelima, dan Zizi Kirana di tempat keenam.
Ads
Keenam-enam finalis juga menerima kejetuan apabila kesemuanya menerima wang tunai tambahan RM10,000 sebagai tanda penghargaan di atas usaha keras mereka daripada pihak penaja, Alha Alfa Cosmetic.
Episod akhir THSS turut menjemput penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri jemputan diiringi oleh Adlin Aman Ramli untuk duduk di meja panel juri bersama-sama tiga juri tetap rancangan iaitu Edry Abdul Halim, Dato’ Sri Rossa dan Zizan Razak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah kami ucapkan kepada Nelydia Senrose dan Mohd Hafez Halimi yang baru saja selesai melangsungkan majlis resepsi perkahwinan.
Kalau sudah namanya resepsi selebriti, tentulah ramai rakan selebriti yang hadir melaram pada malam ini. Jom tengok stail siapa yang menjadi kegemaran korang.
Nelydia Senrose
Okay kami perlu sertakan sekali Nelydia di dalam senarai ini kerana dia kelihatan cukup cantik sekali!
Mendapat sentuhan jurusolek Dato Alha Alfa dan dandanan CKay Liow, Nelydia kelihatan seperti seorang puteri dalam persalinan Rizman Ruzaini ini.
Uqasha Senrose
Fuh merah Mak Ngah! Uqasha mendapat perhatian ramai malam ini dengan persalinan kebaya lace oleh Ezuwan Ismail. Rambut didandan bersanggul agar tidak menutupi perincian manik pada baju.
Raysha Rizrose
Dewi Remaja 2014/2015 ini juga memilih persalinan ala kebaya tetapi dimodenkan dengan sentuhan drapping pada bahagian pinggang. REMAJA juga menyukai pemilihan aksesori anting-anting Raysha yang cocok dengan warna nude bajunya.
Syamim Farid
Naib juara Dewi Remaja ini membuktikan persalinan ringkas tidak semestinya membosankan. Kata kuncinya adalah kekemasan dan kami amat cemburu dengan dandanan rambut serta solekan Syamim!
Nadiyah Shahab
Jika tak bergaya, bukan Nadiyah Shahab lah namanya. Suri kepada Ben Ali ini datang untuk meraikan sahabat baiknya dalam persalinan merah kedam dan drapping pada bahagian dada. Siapa kata beg dempak tak boleh dijadikan kluc elegan?
Fazura
Ringkas tetapi bersesuaian dengan majlis resepsi pada malam ini! Gaya dan dandanan Fazura ini mudah untuk ditiru oleh kita semua jika berkunjung ke majlis resepsi perkahwinan. Biru gelap dan gincu menyerlah, you are good to go!
Whulandry
Hamil tak semestinya dijadikan alasan untuk tidak bergaya. Bekas finalis Miss Indonesia, Whulandry mengenakan dress sarat longgar untuk dipadankan dengan baju Melayu suaminya ke majlis Nelydia. Rambut ringkas dibawa ke belakang agar perincian baju lebih menyerlah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Nadhir Nasar baru-baru ini meluahkan rasa kesal terhadap dakwaan isu buli yang berlaku antara pelakon senior dan junior di set penggambaran.
Menurut pemilik nama penuh Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (28) disebabkan kenyataan itu, ada segelintir pelakon senior mempunyai pandangan stereotaip terhadap pelakon baharu.
“Sebab kau, pelakon senior ada stereotaip terhadap pelakon baru. Hebat”
“Senang cerita, kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau. Tidak perlu semua benda perlu cerita. Lihat diri semula,” kongsinya menerusi platform X.
Bercakap mengenai perkembangan Nadhir Nasar, beliau kini merupakan teraju utama drama adaptasi ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi’ arahan Michael Ang. Ia mempunyai 20 episod yang ditayangkan bermula 25 September sehingga 28 November ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keputusan akhir program Big Stage 2022 semalam masih menjadi topik perbualan warganet memandangkan persaingan sengit yang tercetus di antara lima orang peserta yang bertanding.
Tumpuan tentunya terarah kepada 3 peserta yang menakluki tangga teratas semalam iaitu juaranya, Elica Paujin; naib juara, Danial Chuer dan pemenang tempat tiga, Aisha Retno. Ini berikutan kutipan markah mereka dari juri tetap semalam amatlah sengit. Hanya peratusan undian peminat yang berjaya memisahkan ketiganya apabila ia jelas dikuasai Elica.
Lantas, timbul lah persepsi sekiranya Danial dan Aisha mungkin kesal dengan keputusan semalam apabila di atas kertas, ia boleh dikatakan ditentukan oleh undian peminat.
Aisha Retno
Namun, pesepsi tersebut telah ditepis oleh mereka berdua dalam sesi Instagram Live yang dilakukan bersama Astro Awani pada hari ini.
Kata Aisha, saingan bagi Big Stage 2022 amatlah sengit dan dia bersyukur setelah diletakkan pada kedudukan ketiga. “Ia sengit sehingga membuatkan saya terfikir, kalaulah kami bertiga dipisahkan ke tiga musim berbeza, tidak mustahil kesemuanya boleh bergelar juara Big Stage.”
Danialbersetuju dengan pendapat tersebut dan merasakan benchmark yang diletakkan oleh kesemua peserta seakan ‘lain macam’.
“Bukan hanya kami bertiga tetapi peserta lain juga bekerja keras pada setiap minggu. Soal saingan sengit antara kami (bertiga) pula, saya bersyukur kerana orang ramai mempercayai bakat kami. Ia membuat segala persediaan dan execution kami selama ini berbaloi apabila bakat kami dapat diterima oleh juri serta penonton,” jelas Danial.
Danial Chuer
Sementara itu, mereka turut tidak menafikan keinginan untuk merakam lagu baharu bersama-sama setelah idea tersebut timbul semasa malam finale tadi.
Agaknya bagaimanalah genre yang akan Aisha, Danial dan Elica pilih?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang komitmen yang ditunjukkan pelakon dan ratu cantik, Shweta Sekhon apabila sanggup menurunkan hampir 6 kilogram demi menjayakan watak Dr Malini dalam filem...