Inpirasi

Trend Mohon Kerja Tapi Majikan Tengok MBTI

Share

Kalau sebelum ini, ramai yang suka ‘bersandarkan’ zodiak dan jenis darah seseorang untuk lebih mengenali personaliti sebenar mereka. Tapi sejak kebelakangan ini pula, muncul trend baru yang mana kalau nak tahu bagaimana sikap seseorang itu, perlu tahu apakah jenis MBTI mereka.

MBTI atau Myers-Briggs Type Indicator ini awalnya hanya untuk mengenali personaliti diri kita for fun sahaja. Sama seperti zodiak, jenis darah, bulan lahir dan sebagainya. Akan tetapi untuk beberapa penganut contohnya seperti orang Islam, kita tidak dibenarkan untuk mempercayai hal seperti itu bulat-bulat sebab ia sama seperti tilik nasib dan lain-lain.

Kredit: Kpop Map

Baru-baru ini muncul pula trend di mana, ada sesetengah pihak sebagai contoh majikan yang sedang mencari pekerja, hanya akan memilih pemohon berdasarkan jenis personaliti MBTI tertentu.

Awalnya, trend ini sangat menjadi obsesi kebanyakan majikan di Korea Selatan tapi dengan kepesatan teknologi media sosial pada masa kini. Ada beberapa syarikat termasuklah di Malaysia sendiri sudah mula mengikut trend ini. 

Asalnya, MBTI dipelopori dari idea asal teori konseptual yang dicadangkan oleh pakar psikiatri Switzerland, Carl Jung. Ujian ini menggunakan empat fungsi psikologi utama iaitu sensation (sensasi), intuition (naluri), feeling (perasaan) dan thinking (pemikiran).

Kemudian berdasarkan penilaian itu, kita boleh mengenalpasti 4 elemen tingkah laku yang utama iaitu Introversion/Extraversion, Sensing/Intuition, Thinking/Feeling, Judging/Perception. Oleh itu, ujian MBTI memecahkan personaliti seseorang kepada 16 kategori.

Kredit: Best Personality Test

Nak tahu personaliti untuk keseronokan diri sendiri tak salah pun tapi kalau sampai ada bakal majikan yang memang dah tolak pemohon awal-awal hanya disebabkan calon itu sebahagian daripada MBTI yang kurang menarik itu susah juga kan?

Bukan setakat itu, pernah juga tular satu iklan kerja kosong di Korea yang mana calon perlu membuat ujian MBTI terlebih dahulu. Jika keputusan mereka jatuh di bawah jenis INFP, INTP, INTJ, ENTJ dan ESFJ. Ha! Siap sedialah untuk kena reject!

Kredit: X MBTI Memes

Disebabkan fenomena ini, sebuah survey telah dijalankan dan ternyata 60.6% menolak MBTI sebagai kayu ukur ketika memohon kerja, manakala lagi 39.4% memberikan respon yang positif.

Hal ini memang kurang menyenangkan banyak pihak atas beberapa alasan. Antaranya layanan berat sebelah yang diberikan oleh pihak majikan. Walau bagaimanapun, kerelevanan MBTI dan cara kerja setiap individu pun tidak boleh disamakan kerana keputusan MBTI dengan personaliti sebenar seseorang belum tentu sama dan seiring. 

Kredit: CMG Agency

Selain itu, daripada majikan melihat dan menghakimi MBTI calon pekerja. Bukankah lebih baik kalau mereka dinilai berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan juga beberapa hal lain?

Penilaian melalui MBTI ini juga agak bersifat peribadi dan rasanya ada banyak lagi cara untuk menguji calon sehingga majikan jumpa pekerja yang layak, setuju tak?

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE