Mesti bestkan kalau raya ni, BTS datang beraya rumah kamu. Walaupun benda tu satu perkara yang mustahil, tak salah berangan kan. Saja untuk mengisi masa lapang musim raya ni.
‘Countdown’ Single Esok, Ini Impresi ADELE Terhadap 6 Penyanyi ‘Diva’ Lain
Tinggal beberapa jam saja lagi sebelum kita semua dapat mendengarkan single terbarunya berjudul Easy On Me.
ARTIKEL BERKAITAN : ADELE Kembali Setelah 6 Tahun! Single Terbaru 15 Oktober Ini – REMAJA
Dalam tempoh kurang dua minggu selepas Adele mengeluarkan teaser pertama untuk Easy On Me, banyak info baharu yang telah dikongsikan olehnya. Antaranya termasuklah mengesahkan bahawa album keempatnya akan berjudul ‘30’ sempena usianya semasa dia memulakan pembikinannya.
Adele juga sempat melakukan sesi Instagram Live PERTAMANYA dan berkongsi beberapa lagi perkara menarik termasuklah impresinya terhadap enam orang penyanyi wanita popular yang selayaknya digelar diva disebabkan populariti, kejayaan dan kehebatan mereka.
Tidak sangka, Adele langsung tidak menyimpan rasa iri hati terhadap mereka semua dan sebaliknya, menyokong mereka daripada belakang serta mengasihi mereka sepenuh hati. Jom lihat siapakah yang dimaksudkannya itu.
Beyonce
“Tidak, saya tidak mempunyai lagu baharu dengan Beyonce. Saya tidak tahu mengapa ramai betul yang bertanyakan perkara sama. Tentunya saya sayangkan dia dan ya, saya teruja menantikan album Beyonce seterusnya. Awak gila?”
Amy Winehouse
“Lagu kegemaran saya daripada Amy? Hhm, mungkin Take The Box daripada album pertamanya. Obviously, saya menggemari Back To Black juga seperti orang lain. Tapi Take The Box daripada album pertama itu, fuh!”
Britney Spears
“Tentunya saya menyokong (kempen) #FreeBritney. Saya sayangkan Britney, pernah bertemu dengannya beberapa kali. Saya amat sayanginya dan saya amat gembira untuknya.”
Taylor Swift
“Saya sayangkan Taylor Swift!”
Lana Del Rey
“Saya suka Lana Del Rey.”
Doja Cat
“Saya sukakan Doja Cat juga.”
Harry Styles
Okay, okay. Kami tahu kami nyatakan hanya penyanyi wanita. But you have to give the last spot to Harry Styles because.. it is Harry!
“Ya saya kenali Harry. Dia hebat, dia baik. He is a very, very sweet boy. Ramai betul peminat Harry Styles (di dalam Live Instagram).”
*
Tonton sesi Instagram Live penuh itu di bawah dan jangan lupa strim Easy On Me pada 15 Oktober ini!
BACA LAGI : Adele Dedah Alami Anxiety Akibat Penceraian, Rutin Workout Bantu Kesihatan Mental – REMAJA
Gabungan Luar Biasa, 7 Sumandak Sabah Bakal Gegar Zepp KL November Ini!
Syarikat penganjur konsert, Orange International, dengan bangganya mengumumkan konsert ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ yang akan berlangsung pada 30 November 2024, jam 8:00 malam di Zepp, Kuala Lumpur.
Konsert ini bakal menampilkan barisan penyanyi popular dari Sabah, termasuk Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy Anam, Nikky Palikat, Wani Kayrie, dan Didi Astillah.
ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran ‘Mengundang’ Di Instagram Demi Promosi Konsert, Bella Astillah Mohon Maaf Kepada Peminat
Ini adalah langkah terbaharu penganjur dalam menyajikan hiburan berkualiti kepada peminat muzik tanah air, selepas kejayaan konsert-konsert sebelumnya seperti Radja & Ella dan Wali Band X Setia.
Menurut Ketua Pegawainya, Dato’ Fadzli, pemilihan artis adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam industri, termasuk pengiktirafan di pelbagai anugerah.
Bella Astillah baru-baru ini dinobatkan sebagai ‘Celebrity Of The Year’ di TikTok Awards Malaysia 2024, manakala penyanyi lain juga memiliki rekod prestasi yang membanggakan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Juara Lagu.
Konsert ini juga memberi peluang kepada pelapis baharu seperti Wani dan Didi untuk menunjukkan bakat mereka.
Selain itu, Orange International juga menjanjikan kejutan menarik untuk penonton pada malam konsert, dan mengajak semua peminat muzik untuk hadir.
“Kami berkomitmen untuk membawakan muzik berkualiti kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia atau bangsa,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘Rangga & Cinta’ – Sebuah Filem Muzikal Alam Persekolahan Generasi Baru, Nicholas Saputra Jadi Penerbitnya!
Tiada angin, tiada ribut; syarikat produksi Indonesia, Miles Films telah mengumumkan bahawa ia bakal mengembalikan kisah percintaan filem popular, Ada Apa Dengan Cinta? sebagai salah satu daripada senarai projek baharunya.
Mendukung judul Rangga & Cinta, filem ini bagaimanapun tidak akan dilakonkan oleh barisan pelakon asalnya seperti Dian Sastrowardoyo (Cinta), Nicholas Saputra (Rangga), Titi Kamal (Maura), Adinia Wirasti (Carmen), Sissy Priscillia (Milly) dan Dennis Adhiswara (Manet).
Sebaliknya, ia akan dibarisi pelakon-pelakon remaja baharu yang akan dipilih daripada sesi uji bakat yang bakal dilangsungkan dalam masa terdekat.
Menerusi sidang media yang dilangsungkan oleh Miles Films, penerbit Rangga & Cinta iaitu Mira Lesmana serta pengarahnya, Riri Riza tampil menjawab beberapa persoalan yang membanjiri ruangan komen sejak poster filem tersebut dimuat naik pada Selasa.
“Rangga & Cinta merupakan sebuah filem muzikal yang akan menceritakan kisah percintaan remaja di alam persekolahan. Kami akan membawa semula dua karakter popular daripada Ada Apa Dengan Cinta? iaitu Rangga dan Cinta.
Namun, filem ini mempunyai kisahnya tersendiri bersesuaian dengan generasi remaja zaman sekarang,” ujar Mira.
“Ini bukanlah sebuah idea baharu yang hadir secara tiba-tiba, sudah lama kami bincang mengenainya. Cuma bila melihatkan kepada trend naskah muzikal yang semakin mendapat sambutan di Indonesia kebelakangan ini, kami putuskan ini waktu yang tepat untuk memperkenalkan projek ini.”
Sebagai info, filem bergenre muzikal terakhir yang pernah dihasilkan oleh Mira dan Riri ialah filem Petualangan Sherina pada tahun 2000. Pada tahun 2010 pula, Miles Films pernah menghasilkan persembahan muzikal Laskar Pelangi di pentas teater.
Peranan Nicholas Saputra
Biarpun Rangga & Cinta dilakonkan oleh pendatang-pendatang baharu, aktor asal Ada Apa Dengan Cinta? iaitu Nicholas Saputra tetap akan terlibat dalam naskah ini. Namun kali ini, beliau duduk di kerusi penerbit pula bersama-sama Mira Lesmana dan Toto Prasetyanto.
Ditebak mengenai penglibatan Nicholas atau mesra dengan panggilan Nico, Mira kongsikan momen sewaktu beliau mengajukan pelawaan kepada aktor berusia 40 tahun itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Genap Usia 41 Tahun Ini! Heroin Filem AADC, Dian Sastrowardoyo Masih Anggun Persis ‘Anak Dara’ – REMAJA
“Kami kawan akrab dan kami tahu, Nico bukan sekadar seorang aktor. Dia mampu melihat setiap sesuatu secara teliti dan dia ada pemikiran yang panjang. Nico juga pernah menerbitkan dokumentari Semesta (2020).
“Saya kongsikan tentang Rangga & Cinta dan tanyakan sama ada dia ingin menjadi penerbit? Jawabnya dalam mesej, ‘Buuuukkkkk! Berikan saya sedikit masa untuk berfikir’.
“Hakikatnya, dia memberitahu saya kemudian bahawa dia sudahpun bersetuju untuk menerbitkan filem ini semasa saya menelefonnya. Ternyata, Nico seorang yang teliti kerana ‘diri profesionalnya’ masih menetapkan masa untuk berfikir (tentang pelawaan Mira).
“Kelibat Nico ini lebih manis kerana Ada Apa Dengan Cinta? merupakan titik masuknya ke dunia perfileman dan dia membesar daripada filem itu.”
“Dan saya tahu dia seorang yang rajin bekerja! (Ketawa),” tambah Mira.
Ah! Tidak sabar rasanya untuk menantikan filem Rangga & Cinta.
Rata-rata peminat filem Ada Apa Dengan Cinta? turut mengharapkan ada kemunculan ‘cameo’ oleh Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo biarpun masing-masing tidak mendukung semula watak asal yang membuatkan mereka popular.
Butiran lanjut mengenai tarikh tayangan filem ini masih belum diketahui.
BACA LAGI: Heroin Filem AADC, Dian Sastrowardoyo Kini Mula Mengajar Dan Bergelar Pensyarah – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.