Foto: Dispatch

Berita yang baru diumumkan oleh agensi BTS sendiri pastinya telah mengejutkan para peminat tegar BTS iaitu Army. Kalini BTS memang benar-benar pergi Army! Mesti korang dah start rasa sedih kan..Iya lah, tak dapat nak melihat ‘oppa-oppa’ korang bersama buat beberapa tahun. Kenalah tunggu sampai tahun 2025. 

Selepas dua tahun mendapat pengecualian khas, anggota kumpulan K-pop terkenal, BTS akhirnya akan menyertai latihan wajib perkhidmatan tentera. Baru-baru ini, Big Hit Music telah berkongsi kenyataan terperinci untuk peminat.

Ahli BTS Sah Jalani Latihan Ketenteraan, Bermula Dengan Jin
Kenyataan rasmi daripada Big Hit Music melalui twitter

Di Korea Selatan, semua lelaki yang sihat tubuh badan berusia antara 18 dan 28 tahun diwajibkan berkhidmat dalam tentera antara tempoh 18 dan 21 bulan.

Kemasukan ahli BTS ke latihan ketenteraan tersebut akan bermula dengan anggota tertua BTS iaitu Jin dalam masa terdekat ini. Ahli lain iaitu Jungkook, RM, Jimin, SUGA, V dan JHope akan berkhidmat mengikut keputusan pihak berkuasa. 

Difahamkan, Jin, 29, perlu berkhidmat selama dua tahun; bermakna dia tidak akan membuat sebarang penampilan bersama band tersohor tersebut sepanjang tempoh itu. Kalau ‘bias’ korang  di antara ahli BTS ialah Jin, bertabahlah ya. 

Ahli BTS Sah Jalani Latihan Ketenteraan, Bermula Dengan Jin
Foto: Billboard

“Jin akan membatalkan permintaan untuk menangguhkan pendaftaran pada akhir Oktober 2022 dan mengikuti prosedur berkaitan Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera.

Ads

“Kedua-dua pihak, syarikat dan ahli BTS bagaimanapun tidak sabar untuk berkumpul semula sebagai sebuah kumpulan pada 2025 bagi melunaskan komitmen terhadap mereka kepada kerjaya seni, ” kata BigHit Music yang menguruskan BTS.

Sebelum ini timbul isu sama ada anggota kumpulan K-pop ternama itu dikecualikan menjalani latihan ketenteraan atau pun tidak kembali hangat dibincangkan. Perbahasan sejak bertahun-tahun itu kembali memanas memandangkan Jin yang juga anggota tertua bakal mencecah usia 30 tahun pada Disember ini.

BACA LAGI : Parlimen Korea Selatan Tentukan BTS Sertai Tentera Atau Tidak

Ads

Pengesahan kemasukan BTS dalam latihan ketenteraan ini sudah pastinya membuatkan peminat tegar yang mengelarkan diri mereka sebagai Army ini antara kelompok paling bersedih.

Tapi korang jangan risau sangat tau, menurut Menteri Pertahanan Seoul; BTS mungkin dibenarkan untuk terus membuat persembahan dan persediaan bagi konsert antarabangsa walaupun semasa menjalankan tugas ketenteraan. So, korang jangan bersedih sangat okay! Korang masih ada peluang untuk melihat ‘oppa-oppa’ korang semua.

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Akan Berehat Sekarang”, BTS Bakal Tampil Sebagai Artis Solo

Ads

Sumber: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI