Ramai sangat yang bercakap tentang bahaya mengambil painkiller kerana ada yang mengatakan bahawa ia boleh merosakkan buah pinggang dan sebagainya.
Namun begitu, bagi mereka yang mempunyai migrain, apa lagi solusi yang ada selain makan ubat?
Nah, jangan kusut. Berikut merupakan penjelasan tentang painkiller dan kesannya yang telah dibuat oleh seorang pharmacist berdaftar, Izzah di laman twitternya kira-kira tiga tahun lalu.
Ia di retweet semula kerana masih ramai yang keliru dan tidak pasti berkenaan dengan masalah ini.
Jadi, hadam betul-betul.
Sakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori dan rawatan yang diberikan berbeza mengikut jenis sakit.
Untuk tahu tahap keseriusan jenis sakit itu, biasanya ikut skala 0-10
0 = Tak sakit
10 = Sakit teramat sangat
Sakit ni ada macam-macam jenis, jadi bila korang jumpa dengan doktor, jelaskan tahap kesakitan yang dirasai. Contohnya, rasa panas, berdenyut, pedih, mencucuk, kebas dan sebagainya.
Korang boleh rujuk rawatan mengikut WHO pain ladder berikut daripada step pertama, dan jika masih sakit naik ke step kedua dan seterusnya.
Ambil ubat bila sakit saja dan pastikan ikut dos yang betul, insyaAllah tiada kesan jangka panjang.
Sakit paling biasa, selalunya pesakit akan ambil paracetamol. Berikut adalah info tentang paracetamol yang korang boleh ambil.
Beza jenis-jenis paracetamol di pasaran
Ubat tahan sakit yang biasanya diambil selepas Paracetamol adalah painkiller jenis NSAID. Antara nama-nama ubat yang termasuk dalam kumpulan ini adalah Aspirin, Ibuprofen, Diclofenac, Naproxen, Mefenamic acid, Meloxicam, Ketoprofen, Celecoxib dan Etoricoxib.
Namun begitu, perlu berhati-hati sekiranya korang merupakan pesakit asma, gastrik (gastritis), jantung, buah pinggang atau sedang mengambil ubat cair darah (seperti warfarin).
Kesan sampingan biasa yang mungkin korang hadapi adalah sakit perut, manakala jika diambil berterusan lebih dari 3 bulan, kesan jangka panjangnya mungkin menjadikan ulser dalam perut, pendarahan dalam perut dan sakit buah pinggang.
Kalau paracetamol dan NSAID pun dah tak jalan juga, option lain yang ada adalah opioids. Ini untuk sakit yang kuat, perlu diambil bila betul-betul sakit saja.
Diharap penerangan ini dapat memberi pencerahan untuk korang yang selama ni confused dan tertanya-tanya sama ada bolehkah mengambil painkiller?
Kesimpulannya, tidak ada masalah sekiranya diambil dalam dos yang betul. Jika tidak baik juga, seeloknya korang berjumpa dengan doktor untuk mendapat pandangan perubatan daripada mereka.