Ketika peminat sedang asyik menyambut berita gembira mengenai pertunangan ahli grup Big Bang, Taeyang petang tadi, satu berita buruk pula menyinggah ke pengetahuan peminat dunia K-Pop.
Ahli grup SHINee dan vokalis utamanya, Kim Jong-Hyun atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Jonghyun telah ditemui mati di kediamannya, di Chungdam Korea Selatan.
Dalam kejadian petang tadi sekitar jam 4.42 petang waktu Korea Selatan, kakak kepada Jonghyun menelefon balai polis untuk membuat laporan bahawa adiknya itu akan membunuh diri pada bila-bila masa.
“Kami ke bangunan kediamannya dan mendapati mangsa telah terbaring bersama disisinya, arang batu yang dibakar di dalam bekas. Anggota kecemasan ada bersama kami di tempat kejadian dan mangsa terus dikejarkan ke Hospital Universiti Konkuk dalam keadaan jantung mangsa tidak stabil.”
Ads
Malangnya, penyanyi berusia 27 tahun ini meninggal dunia setelah tiba di bahagian kecemasan hospital terbabit. Polis telah mengesahkan kematian itu sebagai kes bunuh diri selepas semua tanda-tanda yang dicatatkan menjurus kepada kesimpulan tersebut.
Punca kematian berkait rapat dengan arang batu yang dibakar di rumahnya dan Jonghyun dilaporkan mati akibat gas beracun karbon monoksida.
Ads
Dalam pada itu, Jonghyun baru saja menamatkan konsert solo siri pertama bertajuk INSPIRED yang mencatakan jualan tiket yang cukup memberansangkan. Pihak pemasaran berjaya menjual kesemua tiket. Sejak tahun 2015, Jonghyun sudah beberapa kali menjayakan konsert solo seperti ‘The Story By Jonghyun’, ‘Jonghyun x Inspiration’ dan ‘The Letter – Jonghyun’ walaupun dia masih aktif dengan grupnya, SHINee.
Kim Jonghyun di konsert solonya, INSPIRED yang berlangsung pada 10 Disember lalu.
Kes bunuh diri seperti ini diklasifikasikan secara menyeluruh oleh pakar psikiatri dunia sebagai simptom penyakit mental. Ini kerana mangsa tidak dapat berfikir secara waras dan berada dalam situasi memerlukan bantuan serius pada masa kejadian.
Walau seceria manapun seseorang itu kelihatan di hadapan orang lain seperti Jonghyun yang terkenal dengan wataknya yang banyak bercakap, itu tidak bermaksud hati dan mindanya berada dalam keadaan tenteram.
Ads
Rest In Peace, senior Jonghyun.
Thank you for everything.
You will be missed. You won’t be forgotten. We love you! #RestInLoveSHINEEJonghyun
Kadangkala rasa pahit, dendam, kesedihan melampau dan rasa putus asa dipendam saja seorang diri sehinggakan pada satu saat, mangsa tidak boleh lagi menerima tekanan itu.
Sekiranya korang mengenali kenalan rapat yang mempunyai simptom emosi tidak stabil, ataupun kamu sendiri merasakan diri memerlukan bantuan pakar, jangan teragak-agak untuk menghubungi pihak yang boleh membantu. Antaranya ialah mereka di Befrienders Kuala Lumpur yang sentiasa boleh dihubungi dalam apa jua situasi.
Hubungi nombor 03-79568145 untuk mendapatkan bantuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka sebuah loji kumbahan yang terletak di Sungai Petani, Kedah boleh berubah menjadi begitu indah apabila ia dihiasi dengan ‘bunga sakura’; lalu mengundang perhatian orang awam.
Walaupun berbau busuk, difahamkan ramai pengunung ke Jalan Bakar Sampah, Paya Nahu ini sanggup menahan nafas demi mendapatkan gambar kenangan berdekatan permukaan loji kumbahan hanya disebabkan ia dihiasi bunga-bungaan itu.
Menurut Harian Metro, tumbuhan kiambang tersebut mulai bercambah sejak beberapa tahun lalu. Namun kali ini, ia meliputi hampir keseluruhan permukaan kumbahan dan tidak sangka, ia mampu dijadikan sebagai tarikan baharu pelancong.
“Memang banyak komen di media sosial mengatakan kawasan itu berbau busuk. Namun, saya pasti selepas anda melihatkan keindahannya di depan mata, anda akan terpesona dan terus mengabdikan gambar kenangan,” jelas penduduk di sana.
Namun begitu, REMAJA difahamkan bahawa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) telahpun memasang pita keselamatan baru-baru ini bagi menghalang orang ramai daripada memasuki jambatan konkrit menuju injap pintu kolam.
Ini berikutan jumlah pengunjung yang semakin ramai ke sana. Langkah ini juga diambil bagi mengelak sebarang insiden buruk yang berkemungkinan menimpa orang ramai ketika mengambil gambar seperti terjatuh ke dalam loji.
Tidak dinafikan pemandangan di kawasan itu memang cantik. Jadi tidak hairanlah sekiranya ramai orang yang sanggup ke sana biarpun ia berbau busuk. Namun diingatkan agar korang tetap menjaga keselamatan dan jangan pula berpusu-pusu apabila berada di sana okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Situasi kes Covid-19 yang dikaitkan dengan syarikat Top Glove nampaknya masih belum surut setelah ia mencatatkan sebanyak 5,450 kes di kalangan pekerjanya dan dikenali sebagai kluster Teratai.
Baru semalam, syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove didakwa memecat seorang pekerja asing setelah dia mendedahkan keadaan sebenar kediaman pekerja Top Glove yang tidak mengikut SOP.
Dalam laporan oleh rakan media di Reuters itu, pekerja berusia 27 tahun itu dikatakan telah mengambil dua keping gambar yang menunjukkan keadaan pekerja kilang yang sedang bersesak tanpa jarak semeter di antara mereka. Gambar itu kemudiannya dihantar kepada pertubuhan hak pekerja di Nepal; yang kemudiannya melaporkan kepada kerajaan Malaysia.
Walaupun pihak Nepal tidak mendedahkan siapakah gerangan pekerja yang membuat laporan itu, seorang pekerja Top Glove yang dikenali sebagai Yubaraj telah mendedahkan kepada Reuters bahawa syarikat tersebut telah menamatkan perkhidmatannya kerana perbuatan tersebut.
*
Hari ini, satu lagi berita mendukacitakan tiba ke pengetahuan media apabila seorang pengawal keselamatan di kilang Top Glove dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, Sabtu lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Yam Narayan Chaudhary Tharu merupakan seorang warganegara Nepal dan pernah berkhidmat di sebuah kilang yang terletak di Meru Klang. Menurut laporan BFM, kira-kira tiga minggu lalu, mangsa yang berusia 29 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan namun dilaporkan meinggal dunia hujung minggu lalu.
Setelah berita tersebut disahkan, Top Glove mengeluarkan kenyataan akan menghulurkan bayaran pampasan kepada waris mangsa sebagai tanda mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh keluarga mendiang.
*
Laporan kematian seperti inilah yang perlu kita ambil secara serius. Ia mengingatkan kita supaya jangan sesuka hati berada di tempat yang sesak dengan orang ramai sekiranya tiada keperluan. Kita tidak tahu sekiranya ada di antara mereka yang telah dijangkiti.
Semalam, REMAJA ada melaporkan mengenai kenaikan jumlah trafik di beberapa kawasan tarikan pelancong selepas kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri.
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Itulah yang melanda penyanyi, Ismail Izzani semalam apabila dia berkongsi kejadian yang menimpa lengan kanannya. Kejadian tidak disengajakan itu berlaku di kawasan tangga menurut Mail melalui video di Instagram Story-nya.
“Bagi semua yang bertanya, Mail terjatuh di kawasan tangga dan dengan tak sengaja terduduk di atas lengan kanan. Mail terus melakukan pemeriksaan bersama doktor dan beliau mengesahkan tiada kesan patah ataupun retak pada lengan dan tapak tangan.
“Cuma, ada tisu bengkak di bahagian dalam dan doktor menasihati saya untuk memakai arm sling ini serta tidak terlalu menggunakan tangan kanan agar cepat pulih. Tetapi saya okay saja,” katanya.
Menerusi satu foto yang dimuat naik oleh Mail di Instagram sejurus selepas itu berserta status “Kecundang”, lebih 1,100 komen telah menghujani ruang komen untuk memberikan kata-kata semangat kepada Mail.
Antaranya termasuklah pesanan, “Get well soon baby”, “Hope you can dance and sing soon” dan “Kau tetap ada walaupun diriku tak sempurna.”
Amboi, komen sampai terkeluar lirik lagu Bidadariku! Apa-apa pun REMAJA doakan agar Mail cepat sembuh & menjaga kesihatan sebaiknya sementara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...