Ahli Keluarga Kena Tahan Polis & Perlu Peguam? Jabatan Bantuan Guaman Sedia Perkhidmatan Percuma

Share

Ada ahli keluarga yang ditahan polis atas kesalahan undang-undang? Kadang bila melalui saat sukar itu, kita pasti terfikir hendak mencari peguam dan masa yang masa terfikir jumlah bayaran yang perlu dibayar agak mahal.

Namun tahukah korang bahawa masih ada lagi perkhidmatan khidmat nasihat dan mewakili kita di mahkamah yang boleh diperoleh secara percuma dengan bantuan dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

Untuk pengetahuan korang semua, Jabatan Bantuan Guaman ini ialah merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang menawarkan bantuan guaman bagi warganegara yang kurang berkemampuan.

Melalui 22 cawangan di seluruh Malaysia, jabatan ini menawarkan bantuan bagi golongan yang memperoleh pendapatan RM30,000 ke bawah bagi kategori satu dan bagi kategori dua sumber kewangan tahunan melebihi RM30,000 tetapi tidak melebihi RM50,000.

Apa khidmat bantuan yang mereka berikan

  1. Khidmat Nasihat dalam semua perkara undang-undang Malaysia.
  2. Mewakili anak guam dalam perbicaraan di mahkamah-mahkamah di Malaysia yang termasuk dalam bidang kuasanya.
  3. Menjalankan proses pengantaraan bagi tujuan menyelesaikan pertikaian secara damai dan sukarela.
  4. Memberi khidmat pendamping guaman bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual.



Tahukah anda, antara perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman (dahulu dikenali dengan Biro Bantuan Guaman) adalah khidmat pengantaraan.

Pengantaraan ini dalam bahasa mudahnya adalah perbincangan antara pihak-pihak untuk mencari penyelesaian di luar Mahkamah.

Sesi Pengantaraan ini akan dikendalikan oleh Pegawai Pengantara JBG yang berpengalaman dan kompeten.

Jika ada persetujuan antara pihak-pihak, maka akan dibuat perjanjian penyelesaian.

Perjanjian tersebut akan diendors sebagai sebuah perintah Mahkamah.

Jadi, ianya menjimatkan masa dan kos pihak-pihak.

Bagaimana nak hubungi?

Untuk maklumat lanjut, korang boleh je layari portal rasmi Jabatan ini di www.jbg.gov.my
Nak tahu 22 cawangan di seluruh Malaysia, layari ini http://www.jbg.gov.my/index.php/ms-my/info-jbg/cawangan.


Sekurangnya kalau ada masalah, kita tahu mana nak cari peguam. Kalau korang nak tahu korang layak ke tak dapat bantuan secara percuma di Jabatan Guaman Malaysia ini, boleh cuba kalkulator di bawah:-

http://www.jbg.gov.my/…/ms-my/perkhidmatan/ujian-kemampuan

Published by
Almaswa Haji Che Ros