Ahli Kimia Ini Jelas Kesan Paracetamol & Kenapa Diambil SELEPAS Terima Vaksin

Share

 

Sudah agak ramai orang di sekeliling kita yang menerima suntikan vaksin. Daripada apa yang kita lihat, kebiasaannya mereka akan demam sehari selepas mendapat suntikan tersebut.

Namun, korang tidak perlu risau kerana ia merupakan kesan biasa yang dihadapi oleh mana-mana individu sejurus mereka menerima suntikan vaksin. Lazimnya, hanya dengan mengambil paracetamol atau lebih biasa dipanggil Panadol, seseorang akan kembali sihat  selepas mendapatkan rehat secukupnya.

Hal ini mendapat perhatian seorang pengguna Twitter yang juga merupakan ahli kimia untuk menerangkan kandungan, kebaikan dan kesan pengambilan paracetamol.

Beliau juga menjelaskan mengapa korang perlu mengambilnya selepas dan bukannya sebelum menerima suntikan vaksin.

Berikut merupakan penerangan yang telah dibuat oleh Sir Mas Faiz.

1. Panadol Actifast

Foto: : Lazada
(Boleh beli disini: https://invol.co/cl46kzz)

Paling popular, tapi kena berhati-hati kerana kandungannya ialah ion garam Natrium (Na+) yang tinggi sebanyak 173mg per tablet. Ambil maksima 2 biji sahaja ya.

Na+ memudahkan penghadaman dan diserap laju di usus kecil. Sebab itulah ia dinamakan ‘fast’. Bagi individu yang mempunyai penyakit darah tinggi, elakkan.

 

2. Panadol Optizorb

Foto: Indiamart (Boleh beli disini: https://invol.co/cl46l1n)

Ini antara formulasi terbaru. Kesan terapeutiknya laju, hanya dalam 20 minit. Panadol ini menggunakan Calcium Carbonate (CaCO3) dan alginic acid untuk menggantikan ion Na+, jadi mudah bagi kamu hadam.

Kandungan NA rendah, lebih selamat tapi sedikit berasid. Jadi sebelum makan kena alas perut terlebih dahulu.

 

3. Panadol Extra

Foto: panadol.com (Boleh beli disini: https://invol.co/cl46l3l)

Gabungan paracetamol dan kafein 65mg sesuai untuk yang mengalami simptom migrain atau sakit kuat. Kafein ialah sejenis analgesic untuk tahan sakit. Individu yang banyak minum kopi dan merokok harus mengelakkan pengambilan Panadol jenis ini. Tahap maksima kafein sehari ialah 500mg. Ingat, secawan kopi mengandungi lebih kurang 80-100mg.

 

4. Panadol Extend

Foto: Guardian
(Boleh beli disini: https://invol.co/cl46l54)

Tahan lama dalam 6 hingga 8 jam sedangkan panadol biasa hanya bertahan untuk 3 atau 4 jam. Sebab apa ia tahan lama? Kerana ia mengandungi double layer complexation. Penghadaman paracetamol ini adalah slow and steady namun tidak mendatangkan kesan yang kuat.

 

5. Panadol solube

Foto: panadol.com (Boleh beli disini: https://invol.co/cl46l72)

Formulasi khas untuk individu yang susah nak telan ubat kerana pahit. Campuran ion garam Na+ sangat tinggi iaitu kira-kira 450mg untuk satu biji tablet.

Makan sebiji sudah mencukupi. Jangan melebihi 2400mg ion Na+ sehari. Maklumlah, kita makan lauk pun ada garam lagi. Yang ada penyakit darah tinggi, elakkan.

 

6. Panadol Menstrual

Foto: Big Pharmacy (Boleh beli disini: https://invol.co/cl46l8b)

Campuran PCM dan pamabrom, 8-bromo theophylline. Kesan receptor kuat disebabkan kandungan bromine atom. Ikut perskripsi doktor. Panadol ini khas untuk yang ada haid. Yang tak ada jangan gatal nak makan.

*

Sir Mas Faiz juga menjelaskan bahawa Panadol adalah nama komersial dan paracetamol ialah nama pendek. Para-acetaminophenol ialah nama IUPAC dan ia sama saja seperti panadol atau paracetamol.

Ada banyak jenama ubat lain yang mengandungi paracetamol jadi korang boleh semak dulu di belakang kotak sebelum beli.

Kenapa makan Panadol (jika perlu) SELEPAS suntikan vaksin dan bukannya sebelum?

Ini kerana Panadol akan menaikkan kandungan ion garam Na+ dalam badan dan meningkatkan tekanan darah. Apabila tekanan darah tinggi, pengambilnya boleh pening dan kesan vaksin akan memburukkan lagi keadaan.

Paling penting, jangan makan Panadol lebih daripada had maksima. Semak dahulu kandungan milligram (mg) PCM dan Na+ pada setiap kotak jika ingin mengambil melebihi satu biiji. Ingat, Panadol ini adalah ubat tapi kalau sudah terlebih dos, ia boleh bertukar menjadi dadah.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan pengetahuan dan manfaat buat semua.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman