Seminggu tempoh waktu yang getir untuk senarion politik Malaysia, barulah pada hari ini, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan secara video pada sebelah pagi tadi.
Menerusi muat naik tersebut, beliau menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dalam kerajaan yang dianggotai oleh ‘golongan perasuah’.
Pendirian tersebut bukan soal parti atau majoriti sebaliknya menyentuh soal identiti dan integriti.
“Saya menjadi ahli politik kerana pada masa itu negara saya dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku serta rasuah di mata dunia.
“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik, bebas rasuah, dihormati dan bermaruah.
“Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali bersetuju untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka,” kata beliau lagi.
Difahamkan, ‘golongan perasuah’ itu merujuk kepada parti yang dahulunya di blok pembangkang iaitu UMNO.
Namun setelah petang tadi, ternyata Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ucapkan Hello Kepada Perdana Menteri Kelapan Malaysia
Sekaligus, ia menyaksikan kepimpinan kerajaan yang baru ditubuh bersama UMNO, PAS, MCA dan beberapa lagi parti lain. In other words, parti yang disertai Syed Saddiq kini secara rasmi bergabung dengan golongan yang ditentang oleh beliau.
Jadi apa yang akan berlaku selepas ini?
“Ahli politik datang dan pergi, rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini. Biar mati bermaruah jangan hidup dijajah,” katanya.
Setelah Syed Saddiq pernah menerajui Kementerian Belia & Sukan sejak 2018, mungkinkah kita akan melihat kelibat beliau sebagai seorang ahli politik dan menteri lagi?
Tonton video penuh kenyataan Syed Saddiq di bawah.