Ahli Running Man Jadi Avengers, Siapa Paling Onz?

Share

Rancangan realiti popular Korea, Running Man yang memang daebak semestinya mendapat perhatian masyarakat Malaysia kerana telatah peserta mereka membuatkan penonton terhibur.

Kali ini, ahli Running Man bertukar menjadi karakter-karakter ikonik Avengers dalam sebuah sesi fotografi. Ia merupakan sebahagian daripada episode istimewa (episode 455), ‘Running 9’ yang merupakan projek fan meeting

sempena sambutan ulangtahun rancangan Running Man yang ke-9.

Episode minggu ini, mereka ditugaskan untuk mereka design t-shirt sebagai merchandise bagi sesi fan meeting tersebut. Tanpa disangka-sangka, Yoo Jae Seok yang biasanya kurang bernasib baik dalam rancangan ini terus berjaya menjadi pemenang dan design t-shirt Avengersnya telah terpilih.

Yoo Jae Suk sebagai Captain America, Kim Jong Kook sebagai Hulk, Lee Kwang Soo sebagai Groot, Song Ji Hyo sebagai Gamora, Jeon So Min sebagai Yondu, Yang Se Chan sebagai Rocket, dan Haha sebagai Ant Man.

Jeon So Min paling mencuri perhatian kerana memegang karakter Yondu dan dicat menjadi warna biru serta berpenampilan tidak berambut. Ji Suk Jin pula menjadi bahan gelak kerana menjadi satu-satunya yang tidak berubah menjadi karakter Marvel sebaliknya berpakaian seperti Gung Ye (Raja legenda Korea).

So, amacam guys? Onz ke tak kalau ahli Running Man jadi skuad Avengers pula?

Gambar: Instagram RunningMan

Published by
Noor Ain Norman