Ahli Super Junior Cuba Bertutur Bahasa Malaysia Sehingga Terkeluar Perkataan Salam

Share

Semalam, konsert kedua yang membuka siri jelajah penyanyi antarabangsa di Kuala Lumpur, iaitu K Wave 2 Music Festival telah berlangsung dengan meriah apabila seramai 10,000 orang penonton membanjiri Stadium Merdeka di sini.

Rata-rata merupakan peminat muzik K-Pop dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Malah, ramai juga yang hadir dari Singapura, Indonesia dan Brunei kerana konsert semalam berjaya menghimpunkan nama-nama besar dari Korea Selatan.

Antara termasuklah Super Junior (SuJu), Kim Taeyeon dari grup Girl’s Generation, Mamamoo, NU’EST W, Halo, Tahiti dan grup rookie, Ace.

3 Lagu Tak Cukup

Seperti biasa apabila konsert seperti K Wave 2 Music Festival ini berlangsung, pastinya penyanyi perlu berkongsi masa (dan pentas) dan rata-rata hanya sempat menyanyikan 3-4 buah lagu. Memang rasa tak cukup, terutamanya apabila penonton baru hendak ‘warm up’ dengan grup terawal seperti ACE dan Tahiti.

Tetapi, mereka perlu beredar untuk memberi ruang kepada yang lain.

Dalam pada menantikan kemunculan idol senior seperti SuJu dan Taeyeon, kami turut terkejut dengan persembahan oleh penyanyi baru yang cukup bertenaga.

Paling menyerlah adalah grup Mamamoo yang dianggotai oleh Solar, Moonbyul, Wheein dan Hwasa. Walaupun Solar ataupun nama sebenarnya, Kim Yong-Sun perlu menyanyi di atas kerusi akibat belum puli daripada sakit belakang, Mamamoo tampil bertenaga dari awal persembahan sehingga penamat.

Super Junior Tidak Mengecewakan

Seperti yang diketahui oleh peminat SuJu, kemunculan mereka sejak jelajah Super Junior World Tour – Super Show 7 pasti akan membuatkan ramai yang berteriak mendengar nyanyian mereka, melihat gerakan menari dan – hhm – mendengar dialog mereka dalam bahasa tempatan.

Semalam, setiap ahli Suju diberikan kesempatan untuk mengucapkan sesuatu kepada peminat. Dan ada di antara mereka yang cuba untuk bertutur di dalam bahasa Malaysia. Antaranya:

Lee Tuk

“Apa khabar? Terima Tatas (err apa?) Sudah Berapa Lama? Sudah  Makan? Belum Makan! Saya Sekarang Bersama Dengan Anda. Jumpa Lagi.”

Penonton terus berteriak apabila Leu Tuk menyambung..

“Terima kasih, aku cinta padamu. Assalamualaikum..”

Err..

Eunhyuk:

“Apa Khabar. Nama Saya Eunhyuk. Adakah Kau Rindu Padaku. Aku Rindu Padamu. Terima Kasih.

“Do you wanna (tak jelas). Do you wanna chew? *Flying Kiss*”

Oh, “Do you wanna cium.”

Choi Siwon

“Apa Khabar. Well, is everything alright? I’m happy to be here with you guys, thank you for the love and support. Thank you so much, and I love you really tight okay.”

Kim Heechul:

“Apa khabaq! Heechul-gi woot!”

Heechul juga sempat untuk mengimbas kembali,

“Super Junior pernah datang ke Malaysia untuk merekod muzik video ‘Dancing Out’.”

Ya, mereka pernah ke sini pada tahun 2008 ketika mereka masih bergelar rookie lagi. Tak percaya? Ini klip video mereka.

Jumpa lagi tahun depan!

 

Published by
FZ