Daud Kim sinonim dengan imej lelaki mualaf yang digemari ramai menerusi akaun YouTube-nya.

 

Sebelum ini, nama Daud Kim sering diidolakan oleh remaja di Korea Selatan malah di Malaysia sendiri apabila dia sering menceritakan mengenai pengalamannya sebagai seorang Muslim di negara kelahirannya, Korea.

Dengan jumlah subscribers di YouTube yang kini melebihi 2.27 juta orang (!), Daud mempunyai personaliti yang amat menyenangkan penonton. Malah, kerajinannya untuk memuat naik video dengan kerap pada setiap minggu juga membuatkan ramai yang ternanti-nanti kandungan video seterusnya daripada Daud.

Namun kelmarin, video yang dimuat naik olehnya sedikit berbeza daripada video-video sebelum ini.

Ia adalah mengenai pertuduhan seorang wanita asing yang mendakwa Daud pernah cuba berperilakuan tidak senonoh dan “cuba mengapa-apakan” perempuan tersebut. Justeru, Daud ingin menjelaskan keadaan yang sebenar menerusi video kelmarin dalam posting berjudul I Am Daud.

YouTuber Mualaf Korea, Daud Kim Dituduh Pernah ‘Apa Apakan’ Perempuan

Katanya, kejadian itu berlaku sekitar setahun dan dua bulan yang lalu, sebelum Daud memeluk agama Islam.

Pada 27 June 2019, Daud sedang menghabiskan masa sendirian di sebuah kelab malam di Hongdae. Di situ, dia telah bertemu 2 orang gadis dan bertukar nombor. Beberapa jam kemudian, Daud menghantar mesej untuk bertemu dengan salah seorang gadis tersebut di rumahnya.

Note: Gadis itu sendiri membenarkan Daud dan memberi alamat rumah.

Ads

Daud ke sana dan tidur di sofa selepas teruk mabuk. Apabila dia terjaga, seseorang menjerit terhadap Daud dengan menuduh Daud bahawa mereka akan melaporkan kepada polis dengan tuduhan percubaan seksual.

Pada awalnya, Daud enggan menyerahkan diri untuk membantu siasatan di balai polis kerana dia tidak mengingati apa-apa peristiwa yang berlaku. Namun setelah mendengar pertuduhan mereka, Daud merasa bersalah.

Mereka bertemu semula dan Daud meminta maaf. Tiada kes akan disabitkan ke atas Daud dan laporan polis itu telah ditarik balik.

YouTuber Mualaf Korea, Daud Kim Dituduh Pernah ‘Apa Apakan’ Perempuan

 

Ads

Berhijrah Menjadi Muslim

Kejadian tersebut adalah salah satu faktor mengapa Daud mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam, demi menjadi seorang yang lebih baik.

Setahun masa yang diambil oleh Daud untuk bertaubat kepada Allah atas segala perlakuan buruknya sebelum ini.

YouTuber Mualaf Korea, Daud Kim Dituduh Pernah ‘Apa Apakan’ Perempuan

“Sekarang saya mengerti mengapa kita tidak seharusnya minum alkohol dan mengapa lelaki harus melayan perempuan dengan hormat.

“Saya mengambil tanggungjawab atas kejadian tersebut dan sebab itulah saya merekod video ini. Saya memohon maaf kepadanya dan kepada subsribers saya.”

Ads

*

Tonton video penuh pengakuan daripada Daud Kim di bawah.

REMAJA pernah menyenaraikan beberapa selebriti Muslim Korea yang pernah ditonjolkan menerusi sebuah rancangan di Astro pada bulan Ramadan yang lalu.

Comel Sangat Lihat Korean Muslims Dalami Islam & Siap Sedia Ramadan

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI