Hiburan

Ain Edruce Keguguran Cahaya Mata Kedua -“Sakit Gugur Itu Lagi Sakit Daripada Bersalin…”

Share

Pelakon dan pengacara popular, Ain Edruce berkongsi berita duka apabila memaklumkan dirinya mengalami keguguran cahaya mata kedua.

Menerusi hantaran di platform TikTok miliknya, ibu kepada seorang anak perempuan itu berkongsi momen selepas dirinya memberitahu suami, Amirul Hafiz dan keluarga mengenai kehamilannya.

BACA JUGA: Zahirah Macwilson Bakal Lahir Bayi Perempuan, Ramai Yang Tumpang ‘Excited’!

“Simpan sini buat kenangan. Tak ada rezeki Soraya nak adik lagi,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Lebih meruntun hati apabila melihat reaksi anakanda sulungnya, Soraya yang pada awalnya gembira selepas dimaklumkan bakal mendapat adik namun reda apabila mengetahui tiada rezeki untuk menimang adik.

Sementara itu, Ain memberitahu dia mengalami pendarahan yang teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di bahagian kecemasan.

“Betul lah orang cakap sakit gugur itu lagi sakit dari bersalin. Waktu ini aku pendarahan non stop.

“Dari rumah sampai kecemasan. Tak pernah aku rasa sakit macam ini dalam hidup aku. Ubat Painkiller paling kuat pun tak dapat fight betapa sakitnya aku waktu ini,” coretnya.

Sekadar info, Ain mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Amirul Hafiz Mustaffa, pada Disember 2019 lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia tiga tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Ain Edruce

Published by
Fath