Gaya Hidup

Ainul Aishah Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan, Tampil Berseri Di Majlis ‘Gender Reveal’

Share

Setelah dua tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Ainul Aishah yang kini sedang sarat hamil anak sulung, mengumumkan bakal menimang bayi perempuan tidak lama lagi.

Pendedahan tersebut dibuat pelakon filem popular Nana Tanjung itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Selamat Timang Cahaya Mata Sulung, Pilih Nama Uqaira. Tahniah!

Perkongsian tersebut memaparkan Ainul dan rakan-rakannya sedang menyambut majlis ‘gender reveal’ .

“Kawan-kawan zaman kecil saya adakan makan tengah hari ‘baby shower’ dengan saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur miliki mereka dalam hidup saya.

“Terima kasih semua untuk majlis ‘baby shower’ terindah dan hadiah comel. Sayang semua,” tulisnya sambil mendedahkan jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pelakon itu kerana ada seri ibu mengandung selain mendoakan buatnya agar dipermudahkan segala urusan bersalin kelak.

Sebelum ini, Ainul mengumumkan bakal menimang zuriat pertama pada Februari lalu, namun tidak mendedahkan jantina anaknya.

Sekadar informasi, Ainul dan suami tercinta, Khalid Redzuan telah mendirikan rumah tangga 18 September 2022.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Ainul Aishah 

Published by
Fath