Air Alkali : Bagus Ke Amalkan Selalu Menurut Pakar?

Share

Banyak syarikat-syarikat penapis minuman mempromosikan minuman beralkali agak baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Sebelum itu mari kita kenali apa sebenarnya AIR ALKALI?

Air alkali yang dihasilkan secara semulajadi mengalir melepasi batu dari punca air semulajadi . Dengan cara ini, air dapat mengumpul khasiat mineral dan meningkatkan paras alkali. Walau bagaimanapun, air alkali yang kebanyakannya dijual bukanlah dibuat secara semula jadi, malah ia telah melalui proses kimia iaitu elektrolisis

.

Teknik ini menggunakan mesin ‘ionizer’ bagi meningkatkan paras pH air biasa. Banyak pengeluar produk air alkali mengatakan cara ini dapat mengasingkan molekul air berasid dan beralkali.

Menurut pakar kesihatan, kualiti air perlulah dititikberatkan sebelum melalui proses ‘ionization’ bagi memastikan air selamat diminum dan bebas kontaminasi.

Perkongsian dari Faizzuddin Abd Razak di Sembang Science berkongsi maklumat mengenai air beralkali. Semua jenis air memang baik namun jika diambil secara berlebihan, ia akan mengganggu sistem penghadaman terutama perut yang bersifat asidik. Baca perkongsiannya.

KEKERAPAN MINUM AIR ALKALI TIDAK BAGUS?

Memang betul darah manusia pHnya (potential Hidrogen) ialah 7.35 hingga 7.45 sedikit alkali.

Tapi ingat berlebihan dalam pengambilan minum air alkali akan mengganggu sistem penghadaman terutama perut yang bersifat asidik.

Bila asid dalam perut berkurang sebab dineutralkan dengan air alkali maka mekanisma pertahanan asid hidroklorik nak menghadam dan membunuh bakteria yang berada di makanan berkurangkan membuatkan jangkitan di salur permakanan.

Masa yang sama, ia boleh menjadi penyebab kepada metabolik alkalosis (Boleh rujuk gambar tentang gejala dan tanda metabolik alkalosis)

Dos penentuan kepada keracunan

Metabolik alkalosis lebih kepada penyakit endokrin dan metabolic. Untuk pesakit buah pinggang mereka perlu berhati hati sebab itu mereka ada pengambilan darah untuk menentukan profil renal dan serum elektrolit

Selain itu boleh dideteksi siapa pengidap penyakit ini dengan menggunakan kaedah pengambilan darah “arterial blood gases “ memang terus ambil darah dari arteri bukannya vein memang memancut darah kalau tak di plaster kuat selepas prosedur.

Ini baru alkalosis belum lagi asidosis pun ada juga punca dan sebab tertentu.


.


.


.

Rujukan
https://www.healthline.com/…/food-nutrition/alkaline-water-…

 

Published by
Nana