Tidak dinafikan wabak pandemik COVID-19 menjejaskan kebanyakan syarikat. Seluruh dunia terkesan dengan keadaan hari ini. Malah banyak syarikat penerbangan terkemuka dunia sudah mula memberi cuti kepada pekerja berikutan larangan terbang di seluruh dunia bagi mengawal wabak ini.
Sejak semalam syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Air Asia menawarkan kredit kepada mana-mana pembeli tiket yang sudah membeli namun tidak sempat terbang akibat wabak ini. Malah Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes memohon maaf di atas kesukaran dihadapi pengguna yang sudah membeli tiket. Menurut beliau Air Asia tidak memperoleh pendapatan kerana 96 peratus penerbangan terjejas tetapi kami masih mempunyai komitmen kewangan berterusan seperti pembekal bahan api dan ejen pajakan.
“Saya tahu ramai antara anda (pelanggan) kecewa kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit akaun sebagai alternatif terbaik,”katanya dalam satu emel.
So apa kata korang dalam hal ini, say YES OR NO to kredit atau nak duit balik.
Bacalah perkongsian dimuat oleh seorang doktor, Dr Yazeed Hair Johari mengenai isu ini.Katanya inilah masanya untuk kita saling membantu.
Baca perkongsiannya.
Tony Fernandes, share dekat sini. Disebabkan covid ni, Air Asia mula terjejas. Fees parking pesawat lagi, maintanance lagi, sewa bangunan HQ Air Asia lagi dan berapa ramai pulak staff Air Asia yang perlu diberi gaji.
Jadi, Tony mintak jasa baik kepada sesiapa yang dah beli tiket penerbangan yang tak sempat travel disebabkan covid ni, Air Asia nak offer. Pemulangan tiket dengan cara kredit. Bukannya dengan pemulangan cash .
So pemulangan dalam bentuk kredit ni adalah salah satu cara Air Asia menimbang semula Sistem Refundable.
Jadi, bila korang dapat kredit balik, korang boleh beli tiket baru. Bila-bila masa, bertahan sehingga 365 hari.
Ads
Hampir 80 % yang terima tiket dipulangkan dengan sistem kredit.
Selebihnya tak setuju.
Mereka prefer pemulangan tiket dalam bentuk cash.
Tapi aku rasa, ok je sekiranya ambik dalam bentuk kredit. Nanti bila ada masa, rancanglah semula.
Selama nie, Air Asia dah bantu ramai orang untuk fly dengan harga yang murah dan mampu.
Maybe this time , we should help them too
Air Asia lahir di Malaysia dan terkenal seluruh dunia. I’m proud of it !
Ads
Dalam bisnes yang boleh dipanggil mega business ni , operasi untuk menjalankan bisnes sebegini bukan kecil.
Bayangkan dulu bermula dengan 2-3 biji kapal terbang. Sekarang Air Asia dah ada banyak kapal terbang untuk memudahkan semua orang dapat fly dengan jadual yang sesuai .
Ada yang kata Air Asia untung banyak. Dalam masa 20 tahun ni. Tapi mungkin duit keuntungan tu banyak yang dipusing balik. Beli aircraft baru, tmbah jadual penerbangan dan lokasi. Sebab nak kasi korang semua fly ke hampir semua tempat dalam dunia dengan harga yang mampu.
Selain dari itu, berapa banyak dah periuk nasi AA jaga.
Buka peluang pekerjaan pada ramai orang. Bukan saja pilot dan stewardess, pekerja lain juga , logistic, tiket sales, makanan dan lain lain.
Nak jala kan operasi sebesar ni, dia punya belanja sangat besar. Kebajikan staff lagi.
Ads
Dalam kesesakan macam ni pun, Air Asia pun banyak bantu frontliner untuk fight covid
Duit untung dah dijadikan modal pusingan. Semua orang yang berniaga. Mesti akan besarkan perniagaan mereka dengan duit keuntungan.
Maybe, this time kita boleh bantu AA untuk kekalkan Air Asia sebagai syarikat penerbangan utama dalam dunia yang lahir di Malaysia!
Mungkin Air Asia boleh pertimbangkan tempoh sah 365 hari tu, jadi lebih lama.
Rasanya boleh memudahkan ramai orang untuk plan semula.
Ada siapa siapa yang dah beli tiket Air Asia untuk penerbangan akan datang tapi terjejas kerana Covid ni ?
Hambarnya hari raya tanpa hidangan lemang dan rendang.
Lemang merupakan salah satu simbolik hari raya. Walaupun cara pembuatan lemang agak merumitkan tetapi menu ini menjadi kegilaan ramai. Buluh yang diisi dengan beras pulut dan santan yang dilapikkan dengan daun pisang perlu dibakar sehingga masak untuk menghasilkan lemang.
Korang jangan risau kalau tak tahu nak buat lemang, zaman sekarang dah moden. Korang duduk dalam rumah tanpa perlu bakar di luar rumah pun lemang boleh siap.
Mungkin ramai di antara kita sudah merancang untuk membuat lemang sendiri sempena hari raya Aidilfitri nanti, memandangkan masyarakat Malaysia masih tidak lagi dibenarkan untuk keluar beramai-ramai pada hari raya nanti.
So, nah try cara masak lemang paling mudah abad ini perkongsian Nor Nisrin
LEMANG AIR FRYER
1. Siang-siang kena potong buluh berpeluh husband kata…air fryer saya 2.4liter muat untuk 10 batang buluh saiz sederhana. Tinggi dia 4 1/2 inci tanpa guna basket.. jadi ukur 1/2inci untuk tapak 4inci untuk bahagian atas…nak bersihkan buluh pakai kain bersih je lap kan.
2. Pulut tu saya guna 1/2kg rendam 6 jam dengan air biasa.. lepas basuh bersih tos kan then bole mula bancuh santan dia..santan pekat guna sebiji kelapa kemudian tambah 1 liter air.. buh garam n ajinamoto sesiap.. Ayah saya cakap rasa santan tu mesti mcm air laut baru masuk pulut.. rendamkan 1jam lagi.
3. Dah cukup 1jam bole masukkan pulut 3/4 ke dalam buluh (jangan lupa hentakkan bagi mampat sikit).. Selebihnya masukkan santan sampai penuh..tengah tu saya letakkan mangkuk supaya buluh x jatuh sbb x guna basket kan.
4. Ni first batch masa masak..saya guna suhu 150′ 25 minit.. nak cek masak ke tidak saya guna ‘cake tester’..ada rasa berderap masa cucuk maksudnya tak full masak tengah dia jadi saya tambah lagi 10min.. Alhamdulillah cun je masak pulut tu.
5. Alhamdulillah… pulut masak cun dan berminyak, x melekat senang je keluarkan dari buluh.. jadi buluh bole repeat guna lagi.. yang penting balut dengan kain basah bagi tahan lama hayat buluh tu..
6. Pulut lembut, lemak dan cukup rasa.. gu pulak dengan rendang ayam resepi Dato Rizalman.. uisyyy.. Terima kasih ayah, sampai jadi lemang anak ayah buat.. tapi kalau dapat balik raya boleh lah buat untuk ayah rasa lemang bakar versi moden ni
Mudahnya buat lemang guna air fryer ni. Jadi, sebelum korang buat lemang nanti, pastikan guna bahan yang sewajarnya dan bukannya tin. Paling penting, utamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Jangan sebab nak makan lemang, kesihatan korang tergadai.
Ketika ini kecoh di media sosial mengenai berita penangkapan ejen Mossad yang merupakan sebuah agensi perisikan negara Israel. Paling mengejutkan tertuduh ditangkap yang merupakan warganegara Malaysia dipercayai direkrut oleh agensi tersebut untuk menjalankan tindakan seperti yang diarah.
Kejadian cuba menculik dua warga Palestin yang kini menetap di Malaysia menjadi titiktolak kepada terbongkarnya rangkaian ejen Mossad yang aktif di Malaysia. Namun tahukah anda, sebelum ini seorang rakyat Malaysia juga pernah ditangkap kerana menjadi ejen perisik negara asing?
Dia ialah Siddiq Mohamad Ghouse yang merupakan setiausaha politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad selama tujuh tahun ketika bekas Perdana Menteri Malaysia itu bergelar Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri. Siddiq merupakan pengasas UMNO bahagian Ampang Jaya dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Sungai Petani.
Kes tersebut menjadi perhatian umum apabila Siddiq ditangkap pada 13 Julai 1981, tiga hari sebelum Tun Dr. Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Memetik laporan Utusan Malaysia, dia terlebih dahulu dibuang kerja beberapa hari sebelum ditangkap dan ditahan sebagai tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Perisikan yang dijalankan pihak Polis Cawangan Khas mendapati ejen KGB selalu menemui Siddiq di kawasan gelap pada waktu malam, sesetengah pertemuan itu dibuat dalam kereta Siddiq sendiri.
Seiring dengan penangkapan Siddiq, semestinya isu tersebut menjadi satu perkara yang dibimbangi boleh menggangu gugat keamanan negara lantaran penglibatannya sebagai ejen perisik KGB. Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, KGB merupakan sebuah agensi perisikan yang dimiliki oleh kerajaan Soviet Union sebelum kesatuan itu berpecah menjadi beberapa buah negara pada 1991.
Menurut laporan daripada keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 Julai 1981 pula, seiring dengan penangkapannya, tiga orang pegawai Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur telah diarahkan keluar negara pada hari tersebut sebelum pukul 12.30 tengahhari. Pengusiran tiga pegawai tersebut merupakan kejadian pertama seumpamanya yang berlaku di negara ini.
Namun penglibatan Siddiq sebagai ejen KGB bukanlah baru diketahui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Beliau sudah menghidu kegiatan Siddiq sejak 1979, namun beliau mengambil keputusan untuk mengekalkan Siddiq sebagai pekerjanya bagi memudahkan pihak polis membuat siasatan menyeluruh dan mengutip bukti-bukti terhadap Siddiq dan juga ejen-ejen Soviet.
Walau bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir ketika itu menjelaskan keselamatan negara tidak terjejas memandangkan apa yang dilakukan Siddiq tidak ada yang berguna bagi ejen-ejen Soviet. Ini kerana dia tidak dibenarkan memegang dokumen berdarjah ‘rahsia besar’ negara ketika bertugas sebagai Setiausaha Politik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa kata dengan hanya luangkan masa untuk mendengar dan berbual dapat membantu seseorang melupakan niatnya untuk melakukan sesuatu yang buruk?
Itulah yang berlaku di Cheshire, United Kingdom apabila seorang polis wanita muda berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri.
Tindakan yang dianggap sebagai wira tersebut dilakukan oleh anggota Warrington Police iaitu PC Milyard. Menurut laporan anggota polis muda tersebut meluangkan masa untuk mendengar luahan serta berbual dengan lelaki yang cuba terjun daripada sebuah jambatan terletak di Folly Lane, Warrington.
Dan lebih menarik lagi, PC Milyard telah diberikan hadiah sejambang bunga oleh lelaki yang diselamatkannya. Menerusi sebuah foto yang dimuat naik oleh laman Twitter Warrinton Police yang berbunyi, “Semalam, PC Milyard telah membantu seorang lelaki yang cuba membunuh dengan terjun dari sebuah jambatan. Hari ini, lelaki tersebut datang ke balai polis untuk mengucapkan terima kasih di atas pertolongannya”.
Selepas perkongsian dilakukan di Twitter, posting tersebut menjadi tular dalam sekelip mata terutamanya di kalangan netizen di United Kingdom. Sehinggakan ia menerima lebih 14 ribu retweet dan lebih 132 ribu jumlah likes.
PC Milyard bersama jambangan bunga yang diterima daripada lelaki yang diselamatkannya.
Rata-rata netizen memuji tindakan yang dilakukan oleh polis muda ini yang dilihat mempunyai kesungguhan untuk menyelamatkan satu jiwa yang sedang menderita.
Masalah kesihatan mental sememangnya merupakan satu perkara yang perlu ditangani dengan bijak. Tindakan dilakukan PC Milyard merluangkan masa untuk mendengar luahan dan juga bersedia untuk berbual dengan lelaki tersebut turut dipuji.
Antara komen menarik diterima menerusi mesej balas posting tersebut, “semoga tindakan bijak polis muda ini dapat memberikan inspirasi kepada orang lain untuk bersedia mendengar dan meluangkan masa dengan seseorang yang berdepan masalah kemurungan dan ada berfikiran suicidal”.
Difahamkan setiap anggota polis di United Kingdom kini diberikan latihan daripada segi teori dan praktikal untuk berdepan dengan kes-kes seperti ini.
REMAJA berharap agar kes ini boleh juga dijadikan sebagai inspirasi dan pengajaran buat generasi muda di Malaysia. Jangan biarkan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat yang ada masalah kemurungan berseorangan. Jauhkan diri daripada berdiam diri dan hanya memerhati. Percayalah, pertolongan kita walaupun sekecil mana boleh memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan orang lain.
Malah seperti dalam kes ini mampu menyelamatkan nyawa seseorang!
Let them know that we’re always there.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...